Categories
NASIONAL

Surat Jusuf Kalla Bukti Tidak Pernah Diwawancara Berita Harian

yusufkalla

SHAH ALAM 19 JULAI : Mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dalam satu surat menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perolehan dana asing melancarkan perhimpunan Blackout 505.

Dalam satu surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang akhbar Berita Harian (BH), Jusuf bertegas tidak pernah diwawancara berhubung isu berkenaan dan menyanggah berita yang diterbitkan akhbar tersebut pada 28 Jun 2013 dengan tajuk ‘Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505’.

“Saya ingin jelaskan bahwa tidak pernah ada wawancara khas antara Azharri Siddiq dengan saya, kerana Azharri datang untuk membawa surat permintaan ketemu 8 jurnalis Malaysia yang saya tolak.

“Pertemuan tersebut (1 Jun 2013) hanya silaturrahim singkat kerana diatur seorang anggota Parlimen Indonesia.

“Apa yang ditulis sebagai interview di Berita Harian tidak realistis, karena itu Azharri sudah meminta maaf kepada saya beberapa kali,” ujar Jusuf dalam surat yang bertarikh 18 Julai 2013 yang turut diberi salinannya kepada Anwar.

Pada 16 Julai lepas, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memutuskan untuk menyaman akhbar BH berikutan laporan fitnah yang menyatakan beliau memperolehi dana asing yang besar daripada Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk digunakan pada perhimpunan Black505.

Laporan akhbar berkenaan kononnya dipetik daripada satu wawancara khas mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

Anwar, di Dewan Rakyat pada Selasa lalu turut memberitahu menerima panggilan dan kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada Jusuf yang kesal kenyataannya diputar belit.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya menjelaskan mengapa kementerian berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan mengenai isu ini sedangkan penjelasan serta bantahan telah dibuat oleh Jusuf sendiri.

 

Categories
NASIONAL

Fitnah Dana Asing, Anwar Mahu Saman BH

anwar black505 padang merbok 02

KUALA LUMPUR 16 JULAI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan akan menyaman akhbar Berita Harian (BH) berikutan laporan fitnah yang menyatakan beliau memperolehi dana asing yang besar daripada Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk digunakan pada perhimpunan Black505.

Laporan akhbar berkenaan pada 29 Jun lalu memetik satu wawancara khas mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

Menurut Anwar, beliau dihubungi Jusuf melalui telefon dan memberitahu tidak menyangka kenyataannya akan diputar belit sedemikian.

“Tulisan itu tak benar, tidak datang dari saya, saya akan bantah,” kata Anwar ketika membacakan kiriman pesanan ringkas (SMS) Jusuf di dalam Dewan Rakyat pagi ini.

Anwar turut mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya menjelaskan mengapa kementerian berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan mengenai isu ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, Jusuf menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif BH, Ketua Pengarang BH, Eksekutif BH dan Ketua Pengarang Kumpulan BH dan New Strait Times.

“Bagaimanapun setakat ini belum ada pembetulan dan penjelasan,” katanya lagi.

Justeru, Anwar menyatakan peguamnya dan Jusuf akan mengambil tindakan undang-undang terhadap BH yang memfitnah kedua-dua mereka.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Perjanjian Sia-sia Tanpa Tandatangan Najib – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 28052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perjanjian yang dibuat di antara Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 tidak sah kerana Najib sendiri tidak tandatangani perjanjian itu.

Justeru, Anwar berkata tidak timbul soal beliau memungkiri perjanjian tersebut yang diatur mantan Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU-13.

2. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Seremban mengenai penganjuran blackout505 10 hari sebelum perhimpunan itu, 17 Mei lepas.

3. Kerajaan Negeri akan terus mempertahankan pendirian bahawa projek Loji Langat 2 hanya boleh diteruskan dengan penstrukturan semula industri air Selangor.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar : Najib, Umno-BN Yang Langgar Perjanjian Damai

anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 02

PETALING JAYA 26 MEI : Perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) didakwa dilanggar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dari awal lagi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan semasa berkempen, tiada kebebasan media dan proses pilihanraya yang tidak adil.

Sebelum ini, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa satu perjanjian dibuat antara Anwar dan Najib dimana mereka memberi komitmen untuk tidak menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen.

Perjanjian yang diatur oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla itu meminta agar Najib dan Anwar menerima sebarang keputusan pilihan raya.

?Tidak perlu hendak cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) tersebut.

?Kita sudah tandatangan syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku,? katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam.

Jusuf dilaporkan mendakwa Anwar mengingkari perjanjian itu yang digerakkannya pada April lalu, sebulan sebelum PRU13 diadakan.

Jusuf dilaporkan berkata, beliau menghubungi Anwar sehari selepas PRU13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ?melihat realiti?.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen.

Di sidang media semalam, Anwar turut menafikan beliau pernah bersemuka dengan Najib, sebaliknya perjanjian itu ditandatangani berasingan selepas mendapat nasihat daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau akan bersemuka dengan Jusuf dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar.