Categories
SELANGOR

Worldwide Holdings perkasa prasarana sekolah KAFA

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

KUALA SELANGOR, 15 MEI: Worldwide Holdings Berhad komited memperkasakan prasarana bagi Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) supaya penuntutnya mendapat pendidikan terbaik.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Ami Nardin Ishak berkata, inisiatif itu berjaya mendapat kelulusan pihak pengurusan Worldwide pada peringkat pertama membabitkan kawasan Jeram.

“Sebelum ini, saya sudah melawat tiga sekolah di sini dan ia kelihatan sangat daif kerana mereka tidak mempunyai peruntukan secukupnya.

“Oleh itu, penambahbaikan di sekolah KAFA bakal dilaksanakan kerana mereka berhak mendapatkan prasarana yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Worldwide Prihatin Bersama Asnaf di Masjid Nurul Hidayah, Jalan Simpang Tiga Jeram, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Perkhidmatan Strategik, Ahmad Azman Azizul Rahman dan Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Alam Sekitar, Zamri Abdul Rahman; Ketua Pegawai Kewangan Worldwide Holdings; Kamal Zaharin Nazir, pegawai kanan Worldwide Holdings serta wakil daripada Lembaga Zakat Selangor.

Ami Nardin berkata, penambahbaikan itu adalah komitmen kepada masyarakat setempat supaya mereka mengenali Worldwide Holdings ekoran terdapat beberapa projek bakal dilaksanakan di Jeram.

“Menerusi perkembangan projek ini, ia juga dapat membuka peluang pekerjaan khususnya kepada anak tempatan di sekitar kawasan ini.

“Insyaallah pelbagai bantuan dan program akan diteruskan untuk kita berkongsi dengan masyarakat setempat,” katanya.

Categories
NASIONAL

JAKIM akan serap sehingga 3,000 guru KAFA ke jawatan tetap

PARIT BUNTAR, 3 NOV: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang untuk menyerap antara 1,000 hingga 3,000 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) ke dalam jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata untuk tujuan itu pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat saringan terhadap guru berkenaan sebelum mereka diserap ke jawatan tetap.

“Proses saringan itu daripada segi prestasi, khidmat dan kelulusan akan dibuat oleh Jakim dengan JPA. Kita berharap melalui proses ini sekurang-kurangnya 1,000 hingga 3,000 guru Kafa dapat dilantik (ke jawatan tetap),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian dekat sini hari ini.

Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru Kafa bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis Kafa seluruh negara ketika ini.

Mengulas mengenai Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, Mujahid berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap semua kaum di negara ini.

“Selain itu, dalam kekangan hutang kita (kerajaan) cari jalan bagaimana menjana pendapatan negara supaya golongan B40 ada pendapatan boleh guna,” katanya.

Mengenai Karnival Sinar Harapan, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata program dua hari mulai hari ini diadakan bagi meraikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

4,000 guru KAFA diserap ke jawatan tetap bermula 1 Oktober

LABUAN, 22 SEPT: Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pertama yang diserapkan ke jawatan tetap dalam tempoh enam bulan bermula 1 Oktober ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, mereka merupakan guru-guru kontrak yang memenuhi syarat serta keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ini antara usaha yang diambil oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama itu, katanya pada program ramah mesra bersama guru-guru KAFA di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, di sini hari ini.

Menurut Fuziah, guru KAFA berada di bawah dua pihak berkuasa iaitu sama ada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau Jakim dengan emolumen masing-masing ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kewangan.

Lazimnya mereka yang di bawah JAWI tidak berdepan masalah berbanding Jakim yang bergantung kepada dana daripada Kementerian Kewangan, katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata satu kertas kerja sedang disediakan untuk dikemukakan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri bagi menaik taraf sesetengah premis KAFA yang berada dalam keadaan daif.

“Pada masa sama, kita juga berharap wakil-wakil rakyat dapat membantu menaik taraf premis KAFA di kawasan masing-masing selain menghulurkan bantuan kewangan,” katanya yang turut menggesa jabatan dan majlis agama Islam negeri mengambil langkah sama.

SUMBER: BERNAMA

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Elaun guru KAFA dulu dan sekarang jauh beza

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 23 FEB: Kenaikan elaun bulanan RM1,500 buat warga pendidik Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) disambut baik dan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai pembentukan modal insan.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Penyelia KAFA), Ahmad Asmadi Mohamed Razali, berharap keprihatinan pihak Kerajaan Negeri menjadi pemangkin kepada guru KAFA mengekalkan prestasi terbaik.

“Apa yang saya lihat, guru KAFA lebih mementingkan keikhlasan dalam mendidik pelajarnya. Saya pasti bekerja dengan keihklasan akan lahir yang terbaik daripada mereka,” katanya.

Bagi guru KAFA, Md Faishal, ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA 2017 turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas kepercayaan.

“Elaun itu dijangka naik pada masa akan datang memandangkan kadar perbelanjaan kewangan dan kos sara hidup semakin tinggi,” katanya.

Manakala, Jemilah Abd Rahman, yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Paya Jaras berpandangan, elaun guru KAFA kini jauh berbeza jika dibandingkan dahulu selain turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan guru KAFA.

 

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

JAIS komited lahirkan guru KAFA berkualiti

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terus komited melahirkan guru KAFA berkualiti dalam perkhidmatannya untuk mendidik generasi Islam.

Pengarahnya, Dato’ Haris Kasim berkata, langkah itu akan dipastikan menerusi latihan dan kursus diikuti mereka bagi memastikan keupayaan serta profesionalisme sentiasa dipertingkatkan.

Katanya, ia seiring pendewasaan pendidikan alaf baru yang menuntut peningkatan kualiti perkhidmatan guru terbabit.

“Kepantasan perubahan dunia pendidikan, sains dan teknologi memberi impak besar kepada perkembangan pelajar.

“Dunia tanpa sempadan antara cabaran yang wajib digalas supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA tahun 2017, Meraikan Guru KAFA Bersara dan Jasamu Dikenang 2018.

Pada masa sama, Haris berkata, menjadi tanggungjawab pihaknya melahirkan kakitangan berwawasan, berkualiti dan mempunyai jati diri tinggi supaya mampu menggalas tugas dengan cemerlang.

“Tanggungjawab ini juga supaya profesion perguruan dipandang tinggi ke hadapan.

“Saya juga menyeru guru bersiap siaga dalam menjangka kemungkinan yang akan berlaku dalam pengurusan pendidikan alaf baru dengan penuh kesabaran seperti terkandung dalam pelan pengurusan risiko JAIS,” katanya.

Dalam program itu, seramai 493 penerima Anugerah Perkhidmatan Guru Kafa Cemerlang (APC) menerusi lima kategori berbeza.

Daripada jumlah itu, 320 penerima menerima APC bagi kategori Guru Kafa; seramai 29 orang menerima APC (Ketua Guru) dan APC penyelia KAFA seramai dua orang.

Manakala, 93 orang menerima Anugerah Jasamu Dikenang 2018 (khidmat 25 tahun) dan seramai 49 orang menerima Anugerah Persaraan (60 tahun).

Anugerah disampaikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, di Dewan Jubli Perak, di sini.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Terus tingkat ilmu, guru KAFA lebih kompetensi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 FEB: Kerajaan Negeri memuji usaha Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang komited meneruskan pengajian sehingga mempunyai kelulusan ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PHD).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun kelulusan minimum jawatan guru KAFA hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun mereka berjaya mencipta kemajuan untuk lebih berkompetensi.

“Kerajaan Negeri merasa bangga kerana guru KAFA terus meningkatkan ilmu, walaupun kelulusan minimum hanya di peringkat SPM dan ketika ini guru ini bukan sahaja mempunyai diploma serta ijazah pertama tetapi juga mempunyai kelulusan ijazah sarjana dan PHD.

“Diharap kepakaran dan profesionalisma ini terus menjadi motivasi kepada guru lain, sekali gus dapat memberi komitmen tinggi dalam melahirkan bangsa berjiwa Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks dibacakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Yunus Hairi di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Guru KAFA 2017, Meraikan Guru KAFA Bersara dan Jasamu Dikenang 2018.

Pada masa sama, Mohamed Azmin mahu tenaga pengajar lain berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan komitmen tinggi bagi melahirkan budaya kerja cemerlang serta mempunyai sikap profesionalisma.

Katanya, pembangunan keupayaan perlu disokong budaya organisasi yang mengutamakan penambahbaikan berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat.

“Menyedari hakikat itu, pelbagai program dan inisiatif dilaksanakan bagi memupuk serta membangun modal insan berkemahiran tinggi.

“Peruntukan turut disalurkan di pusat latihan antaranya Institut Latihan dan Dakwah Selangor serta Institut Murabbi Antarabangsa Negeri untuk melihat perkembangan peningkatan kualiti perkhidmatan,” katanya.

Dalam program itu, seramai 493 guru KAFA menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang menerusi lima kategori membabitkan Anugerah Jasamu Dikenang (khidmat 25 tahun), Anugerah Persaraan, APC (Guru KAFA), APC (Ketua Guru) dan APC (Penyelia KAFA).

Categories
SELANGOR

Peruntukan KAFA & Maahad Integrasi ikut gred operasi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 NOV: Peruntukan bagi sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Air (KAFA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains untuk 2017 mengikut gred operasi dan kelayakannya.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Yunus Hairi berkata, sekolah agama seluruh negeri turut mendapat kemudahan dan pemantauan berterusan Kerajaan Negeri.

“Peruntukan ini tertakluk mengikut kategori operasi iaitu bagi Gred A, peruntukan operasinya RM813,800, gred B pula RM406,200 dan gred C RM222,600.

“Bentuk kemudahan ini juga termasuklah pegawai keselamatan, pembersih kawasan, guru tetap, guru kafa dan peruntukan elaun baru untuk kakitangan tetap dan sokongan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman di Sidang Dewan Selangor (DNS) yang membangkitkan peruntukan tahunan bagi sekolah rendah agama, seluruh negeri.

DNS 2016Sebelum ini, prospek pembangunan dan kemudahan pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) Cina dan Tamil turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri untuk tempoh 2017 ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2017 berkata, peruntukan berkenaan melonjak daripada tahun sebelumnya, sebagai memastikan kualiti pendidikan terus diberdaya.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16 juta semenjak 2013 bagi infrastruktur pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T).

“Belanjawan 2017 mencadangkan peruntukan bagi SAR dinaikkan kepada RM9 juta, manakala SJK(C) dinaikkan kepada RM7 juta dan SJK(T) dilonjakkan peruntukan kepada RM5 juta,” katanya.

EZY

DYMM Sultan Selangor puji Kerajaan Negeri jaga kebajikan imam,guru KAFA

DYMM Sultan Selangor puji usaha Kerajaan Negeri jaga kebajikan imam masjid dan guru KAFA.

Categories
SELANGOR

Semua guru KAFA layak terima elaun RM1,300 – RM1,500 sebulan

SHAH ALAM, 31 MAC : Semua guru KAFA layak menikmati elaun bulanan berasaskan tahun perkhidmatan dari RM1,300 kepada RM1,500 sebulan mulai Januari 2016.

Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, , Kerajaan Negeri memperuntukan RM65 juta setahun bagi pembayaran elaun terbabit.

Katanya, pembayaran dilakukan secara berperingkat mulai Mac 2016 berikuitan proses kemaskini data guru KAFA dengan memastikan guru sedia ada dan guru KAFA baru dilantik atau berhenti perkhidmatan.

yunus hairi soal jawab DUN 01“Mereka yang berkhidmat di bawah 5 tahun menikmati tambahan elaun RM50. Manakala, 5 hingga 10 tahun sebanyak RM100 dan 10 hingga 15 tahun sebanyak RM150 serta RM200 bagi melebihi 15 tahun.

“Ini menggunakan peruntukan diluluskan sidang belanjawan 2016 sejumlah lebih dari rm 18 juta,” katanya menjawab pertanyaan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar), semalam.

Ahmad Yunus berkata, Elaun guru KAFA Selangor merupakan elaun tertinggi berbanding negeri lain.

Daripada 6,900 guru KAFA, beliau berkata, separuh darinya dibiayai seratus peratus Kerajaan Negeri, manakala selebihnya dari Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM800.

“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberikan sumbangan lebih kurang RM37 juta setiap tahun untuk bayaran elaun gurutakmir, imam, pegawai PPMD dan guru Kafa Selangor,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Empat KAFA di DUN Gombak terima sumbangan

OLEH : SYASYA SUFIAN

GOMBAK, 18 DIS: Sebanyak empat buah sekolah menerima sumbangan dan dana Kebajikan Kelas Fardhu Ain dan Al-Wuran (KAFA) bernilai antara RM5,000 hingga RM15,000.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzuan, berkata bantuan itu diagihkan setiap tahun kepada sekolah bergantung kepada permohonan keperluan naik taraf.

12512698_946007358817198_9104563258754437006_n“Kerajaan Negeri berharap peruntukan ini digunakan untuk meningkatkan kemudahan dan infrastruktur sekolah,” katanya.

Sumbangan cek itu disampaikan sewaktu Majlis Penyampaian Agihan Bantuan Sekolah Kerajaan Selangor 2015, fasa dua bagi DUN Gombak.

Antara sekolah terlibat dalam penerimaan bantuan berkenaan adalah Sekolah KAFA Al-Iman, KAFA Al-Kahfi, KAFA Ibtidaiyyah dan KAFA Ar-Rahimah.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: Ekhsan bebas bawa isu pecat ke mahkamah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 26 MEI: Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badarul Hisham bebas membawa isu pemecatannya ke mahkamah, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Itu hak dia sebagai insan. Kalau dia nak bawak isu ini ke mahkamah, kita tak boleh halang,” katanya pada sidang media Majlis Penutup Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Ketua-Ketua Kampung Negeri Selangor Siri 4/2015 di Hotel De Palma di sini, hari ini.

mark short yb ahmad yunusTerdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat keputusan memecat Ekhsan Bukharee selepas panel penyiasat jabatan itu mendapati dia melanggar perjanjian perlantikan guru Kafa.

Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim sebelum ini turut menegaskan keputusan itu diambil secara profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak termasuk Kerajaan Selangor.

Ekhsan Bukharee dalam kenyataannya selepas itu dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah berhubung pemecatannya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

JAIS: Pecat ikut prosedur tanpa campur tangan pihak lain

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 MEI: Notis tamat perkhidmatan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badarul Hisham diambil mengikut prosedur tanpa sebarang campur tangan pihak lain.

Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim mengulangi keputusan tindakan itu juga diambil selepas panel penyiasat jabatan itu mendapati Ekhsan melanggar perjanjian perlantikan guru Kafa.

pengarah jais a“Tindakan ini tiada kaitan dengan desakan Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak, apatah lagi Dato’ Menteri Besar.

“Terus-terang saya katakan, Mohamed Azmin tidak pernah menyentuh Jais dalam membuat keputusan ini,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Jais, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ekhsan yang mengatakan dirinya menerima tekanan.

Pada 8 April lalu, Ekhsan menimbulkan kekecohan apabila bertindak menyerahkan surat ‘Suara Hati Guru Kafa’ kepada Mohamed Azmin dan Exco di pintu masuk lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ketika persidangan berlangsung.

Surat itu diserahkan bagi menuntut janji Kerajaan Negeri berhubung kenaikan elaun guru Kafa dari RM1,300 kepada RM1,500 selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Selepas insiden itu, Ekhsan mendakwa dia mula menerima tekanan demi tekanan bermula dengan surat tunjuk sebab daripada Jais seterusnya diminta menghadiri prosiding siasatan, pada 24 April lalu.

guru kafaKemuncak tekanan diterimanya adalah arahan pemecatan kerja berkuatkuasa 1 Jun ini yang dimaklumkan melalui lisan oleh pegawai Jais dan sepucuk surat yang diterima, pada 20 Mei lalu.

“Tidak timbul soal tekanan seperti yang didakwa Ekhsan sebaliknya tindakan Jais bertindak mengikut saluran. Tiada sebarang isu membabitkan elaun guru Kafa dan saya sendiri tidak faham mengapa ia diperbesarkan.

“Penstrukturan semula elaun ini sudah dikaji Kerajaan Negeri sebelum dilaksanakan. Ia melibatkan peruntukan besar hampir RM20 juta,” kata Haris.

-NFN-