Categories
NASIONAL

Mahkamah Rayuan: Penduduk Kampung Chubadak patut terima pampasan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 NOV: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan Kampung Chubadak Tambahan tidak diklasifikasikan sebagai penduduk setinggan sebaliknya mereka adalah pemegang lesen dengan ekuiti dan wajar diberikan pampasan munasabah.

Berita baik ini dimaklumkan oleh Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) yang bertindak selaku peguam yang mewakili penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Interview penduduk Kg. Chubadak (ASRI)“Alhamdulillah. Kes Kampung Chubadak Tambahan menang di Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ni.

“Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam penduduk bahawa mereka bukan setinggan (squatters simpliciter) tetapi adalah pemegang lesen dengan ekuiti dan mereka wajar diberikan pampasan yang munasabah,” katanya menerusi laman facebook rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat.

Katanya, kes akan dirujuk kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan tuntutan pampasan selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

ChubdakSejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pihak pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Pada penghujung Oktober lalu, rumah terakhir di Kampung Chubadak Tambahan telah dirobohkan dan mengakibatkan pergeseran diantara aktivis dan pihak berkuasa.

EZY

Mahasiswa: “Kampung Chubadak, kita lawan sampai menang”

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Sayu mendengar cerita rumah Kampung Chubadak dirobohkan- Nik Nazmi

KUALA LUMPUR 31 OKT: Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat lawatan pasangan warga emas yang rumah mereka diroboh di Kampung Chubadak, di sini, hari ini.

Kini, Abdul Halim Hamid, 76, dan isterinya, Wahidah Mat Salleh, 72, yang menetap di situ lebih 40 tahun lalu hanya berteduh di bawah sebuah khemah yang dibina jiran tetangga.

ChubadakNik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata Wahidah tidak dapat menahan sebaknya semasa menceritakan kezaliman DBKL ketika merobohkan rumahnya.

“Sayu mendengar ceritanya,” kata Nik Nazmi.

Sebelum itu, kira-kira 80 orang menyertai bantahan tindakan merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul yang diadakan di perkarangan Masjid Bandar Baru Sentul.

Seorang penduduk di bantahan itu menarik perhatian apabila dia berselimutkan kain kapan bertulis Chubadak dan memakai rambut palsu.

Menurut beberapa aktivis yang menyertai bantahan itu, ia menjadi simbolik kepada terkuburnya Kampung Chubadak Tambahan.

“Saya mahu rumah saya kembali,” kata penduduk berkenaan dipetik Malaysiakini.

Bantahan itu turut disertai Ahli Parlimen Batu Tian Chua; Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat Aiman Athirah, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS).

Mereka kemudiannya berarak ke pejabat pemaju yang terletak 1.5km dari tempat mereka berkumpul.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut rangka polisi khas warta kampung warisan

SHAH ALAM 31 OKT: Kerajaan Pusat patut merangka polisi khas atau undang-undang khusus bagi mewartakan perkampungan tradisi/warisan ini di sisi undang-undang bertujuan untuk mengawal dan melindungi perkampungan itu.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LPTB PPM), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, berkata ia bagi menjaga kebajikan peneroka bandar yang terpaksa dipindahkan akibat arus pembangunan, perintah mahkamah atau sebab lain.

Interview penduduk Kg. Chubadak (ASRI)Beliau sedih dan kecewa dengan insiden rumah pasangan keluarga Melayu di Kampung Chubadak Tambahan, Kuala Lumpur yang dirobohkan tempoh hari.

Rumah itu didiami pasangan warga emas iaitu Makcik Wahidah bersama suaminya Haji Halim yang menduduki tanah itu sejak 45 tahun lalu.

Katanya, apa yang menyedihkan, kerja merobohkan rumah beliau dibuat tanpa rundingan atau notis awal dari mana-mana pihak dan tiada langsung bayaran pampasan yang diberikan sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju sebelum ini

“Apa yang dikesali juga, katanya sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin Umno sama ada Menteri Wilayah Persekutuan mahupun ketua Umno bahagian tampil memberikan bantuan atau pembelaan terhadap keluarga ini,” katanya dipetik Harakah Daily.

Menurutnya, mungkin slogan ‘Ketuanan Melayu’ atau ‘Rakyat Didahulukan’ hanya untuk membela rakyat yang mesra mereka sahaja tetapi rakyat marhaen seperti Makcik Wahidah ini dibiarkan merempat dan menderita.

Kampung ChubadakTambahnya, pindaan juga perlu dibuat kepada beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi melindungi perkampungan tradisi/warisan ini daripada terus diganggu-gugat dengan sewenang-wenangnya.

“Mereka adalah rakyat negara ini yang lama mendiami sesebuah kawasan tersebut dan banyak menyumbang ke arah pembangunan bandar dan hal ehwal kemasyarakatan setempat,” jelasnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya perpindahan tidak dielakkan, maka layanan adil dan berperikemanusiaan perlu diberi khususnya dari segi penempatan baru bersesuaian dan bayaran pampasan adil dan munasabah mengikut situasi semasa.

Kerajaan juga, kata beliau harus membuat kawalan ketat terhadap projek pembangunan dirancang berdekatan atau di atas tanah kampung itu dengan mengambil kira faktor penduduk asal di kawasan itu yang harus diberikan keutamaan.

Tambah beliau, perkampungan tradisi/warisan yang sudah berusia ratusan tahun itu dipelihara dan disusun semula dengan lebih teratur serta dilengkapi dengan kemudahan asas melalui peruntukan dana khas dari kerajaan.

“Dalam insiden di Kampung Chubadak Tambahan ini, saya menegaskan bahawa diplomasi dan rundingan adalah jalan terbaik supaya hak tuan rumah dapat dipertahankan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Rumah Kampung Chubadak dirobohkan, Makcik Wahidah sempat azan

KUALA LUMPUR 28 OKT: Ketika perhatian negara menumpukan kes fitnah liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, di Kampung Chubadak beberapa rumah dirobohkan hari ini.

Menurut aktivis masyarakat, Nashita Md Noor, berkata antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.

Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.

Katanya, Makcik Wahidah menjadi peneroka Kampong Chubadak sejak lebih 40 tahun namun pemaju merampas tanpa sebarang pampasan.

Kampung Chubadak“Gergaji dan hammer ini antara peralatan yang kami beli. Aiman Athirah Al Jundi dan saya keluar mencari bahan-bahan bagi membina bangsal yang diubahsuai menjadi rumah buat Makcik Wahidah tinggal setelah rumahnya dirobohkan oleh DBKL.

“Hasil kutipan derma dan usaha aktivis dapatlah makcik Wahidah rumah yang lebih selesa.

Hari ini rumah kecil usaha rakyat juga mahu mereka robohkan,” tulis Nashita laman Facebooknya.

Makcik WahidahTulisnya, belum sempat barang dikeluarkan dari kawasan rumah, beberapa orang warga asing mula untuk robohkan rumah dari belakang.

“Penduduk naik berang dan memarahi mereka kerana langgar perjanjian untuk tidak robohkan rumah dengan segera,” tulisnya.

Nashita juga sempat memuat naik gambar suasana kejadian perobohan itu dan terdapat aksi beberapa penduduk ditangkap.

Tulisnya, Makcik Wahidah juga sempat melaungkan Azan sebelum rumahnya itu dirobohkan.

Dalam pada itu, dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang.

10368265_10201896984705490_3255594849036775639_nDua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis, Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Abdul Muqit Muhammad.

Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM) manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentul.

Walaupun tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi.

Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.

kg_chubadak_wahidah_1_1606Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.

Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf Pelan Bandar Kuala Lumpur (KLCP) 2020 mengkategori Kampung Chubadak sebagai penempatan setinggan bersama lima kampung.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Tindakan DBKL yang mungkin didalangi Kerajaan Persekutuan itu mengkhianati generasi awal penduduk Kampung Chubadak, selain turut mengkhianati Kerajaan Selangor.

559558_866143460084199_7960464184983324523_n

10420781_10201896928904095_521183094510376800_n

Gambar: Facebook Nashita Md Noor

EZY

Categories
NASIONAL

Penduduk Chubadak nekad bina semula rumah dirobohkan DBKL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Peneroka Kampung Chubadak Tambahan nekad membina semula rumah mereka yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.

Penduduk terbabit, Saiful Asyraf, berkata hal itu berikutan Kampung Chubadak Tambahan sudah menjadi tanah kediaman mereka sejak dahulu lagi.

“Di sinilah kami dibesarkan. Di sinilah kampung kami. Jadi walau apa pun kami akan bina semula rumah kami di sini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, baru-baru ini.

chubadak3Saiful berkata, kerja pembinaan akan dilaksanakan secara gotong royong penduduk kampung yang akan dimulakan selepas umat Islam meraikan sambutan Aidilfitri

“Kami mengupah tukang upah yang mahir sebagai ‘kepala’ dan dibantu penduduk kampung secara gotong royong.

“Bahan binaannya pula, kami gunakan kayu dan papan terpakai yang masih boleh digunakan semula, manakala simen serta batu-bata saja kena beli,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga turut menerima bantuan RM1,000 daripada Muslimat PAS, sekali gus meringankan beban mereka.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Saiful rindu kemeriahan raya Kampung Chubadak, tiada lagi kemesraan dirasa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Suasana hiba dan sayu menyelubungi Saiful Asyraf sekeluarga apabila terkenangkan suasana kemeriahan hari raya Aidilfitri di Kampung Chubadak Tambahan yang didiaminya sejak lahir lagi.

Lebih menyedihkan lagi pada Aidilfitri kali ini, Saiful, 27 dan keluarganya bukan sahaja kehilangan tempat berteduh, bahkan tidak dapat mengadakan persiapan hari raya seperti baju Melayu terutama buat adiknya yang masih bersekolah serta yang baru berumur empat dan dua tahun.

image-1“Tinggal tempat baru memang menyukarkan. Dulu rumah sendiri cuma bayar bil api dan air sahaja, tak payah bayar sewa. Raya kali ini saya boleh katakan kosong. Dah tolak sewa dan bayaran lain, dalam poket tinggal kosong, jadi tiadalah duit untuk belanja raya.

“Tidak ada persiapan raya langsung. Baju raya untuk saya dan adik juga memang tiada walaupun sehelai termasuk adik bongsu yang berumur dua tahun. Rumah pun kecil.

“Aidilfitri kali ini memang sayu, terkenangkan semula rumah yang kita bina dengan titik peluh sendiri. Kenangan masa menghadapi banjir dan bermacam lagi. Ini kali kedua rumah dirobohkan DBKL tetapi kali pertama beraya tanpa rumah sendiri,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Saiful yang juga anak sulong itu berkata, ketika ini beliau dan keluarga terpaksa menyewa sementara di sebuah rumah di taman perumahan di Gombak dengan kadar sewa RM700 sebulan.

Saiful yang kini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi membantu menyara keluarga seramai sembilan beradik itu berkata, selain hari raya, suasana bulan puasa juga berbeza.

“Ayah dah berumur 60 tahun dan baru sahaja beransur pulih daripada penyakit angin ahmar baru-baru ini. Dia memang tak boleh buat kerja kuat dan berjalan jauh.

“Di Kampung Chubadak, kami berbalas juadah dan berbuka di surau beramai-ramai serta tarawih di surau 21 rakaat diselang-seli dengan tazkirah. Tetapi di tempat baru ini lain, jiran sibuk dengan hal masing-masing, bahkan tarawih cuma lapan rakaat sahaja dan suasana puasa di sini tiada rasa apa-apa,” katanya.

-NFN/EZY

Categories
NASIONAL

Semangat Makcik Wahida jadi inspirasi masyarakat Indonesia perjuangkan keadilan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JUN: Kisah semangat penduduk Kampung Chubadak Tambahan mempertahankan kampung mereka daripada diusir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pertengahan bulan ini bukan sahaja mengundang simpati rakyat negara ini.

Malah, peristiwa hitam itu turut menjadi inspirasi kepada usaha membantah pembinaan kilang simen oleh penduduk sebuah kampung di kawasan pergunungan Kendeng Utara, Jawa Tengah Indonesia.

Selamatkan-Pegunungan-KendengSebuah badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Rakyat Menggugat (GERAM) di sana menjadikan semangat Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida memperjuangkan rumahnya dari dirobohkan DBKL sebagai pembakar semangat.

Antaranya, mereka menggunakan gambar makcik Wahida dalam kain rentang dan ‘bunting’ gerakan demonstrasi di hadapan bangunan kerajaan yang diadakan pada 19 Jun lepas.

Dengan tajuk ‘Selamatkan Pergunungan Kendeng’, mereka menggesa seluruh rakyat berkumpul bagi menyatakan solidariti mengusir jentera berat daripada terus melakukan kerja menarah kawasan pergunungan.

Mereka mendakwa tindakan kerajaan itu melanggar akta alam sekitar seterusnya mengubah ekologi semulajadi kawasan pergunungan khususnya Kampung Rembang.

kg_chubadak_wahidah_1_1606Demonstrasi itu berjaya menarik ratusan penduduk yang tidak bersetuju dengan tindakan membelakangkan kepentingan penduduk.

Gambar yang digunakan merupakan suasana makcik Wahida berdiri menahan jentera ‘back hoe’ daripada terus mara merobohkan rumahnya.

Sebelum ini, makcik Wahida dilaporkan terpaksa berjaga malam secara bergilir-gilir dengan suaminya kerana risau rumahnya diroboh secara mengejut.

Beliau menjelaskan tidak pernah menolak pembangunan tetapi kerajaan perlu bersikap adil dan memberi pampasan yang sewajarnya dan bukannya mengambil kesempatan.
EZY

Categories
NASIONAL

Projek belum ada, DBKL sudah sibuk usir penduduk Chubadak

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Kira-kira 80 penduduk Kampung Chubadak Tambahan mengadakan demonstrasi secara amanbagi membantah tindakan meroboh rumah mereka yang sudah didiami sejak sekian lama di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini.

Sambil membawa sepanduk “Pertahankan Kampung Warisan Melayu”, “Hormati Peneroka Bandar” dan “We are Malaysia, not panda”, demonstrasi itu turut menyaksikan pembabitan penduduk kampung pelbagai peringkat usia termasuk beberapa wakil rakyat dan aktivis politik.

03Antara yang hadir adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman.

Memorandum itu kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Pejabat Datuk Bandar, Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Norjannah Appendi.

Sementara itu, Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata DBKL tidak mempunyai alasan jelas dan konsisten untuk merobohkan kampung berkenaan kerana sering memberi alasan bercanggah.

09Katanya, beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan itu akan terus bersama rakyat untuk menentang penindasan terhadap mereka.

“Isu ini selagi tidak ada perancangan yang menghormati peneroka bandar, ia tidak akan selesai. DBKL kejap kata ingin bina kondominium kemudian nak buat kubur.

“Sama ada mereka tidak tahu atau tidak konsisten dan mereka hanya mahu robohkan rumah sahaja. Belum jelas projek pembangunan tetapi sudah sibuk hendak usir penduduk,” katanya sambil disambut dengan sorakan “Hidup Rakyat”.

Sementara itu, Mat Sabu pula berkata, kekeliruan dan kecelaruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat dilihat dengan jelas sejak kebelakangan ini.

Katanya, rakyat perlu sentiasa bersatu menentang kezaliman dan membela keadilan untuk mengelakkan mereka daripada terus menjadi mangsa kerakusan kerajaan pusat.

“Kita mesti buat suatu perubahan dan kampung ini akan menjadi titik perpaduan untuk membela keadilan,” katanya.

Sementara itu, Malaysia Kini melaporkan Peguam Kampung Chubadak Tambahan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri jika Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib masih bertegas mahu merobohkan rumah penduduk.

07“Memorandum ini cara pertama, keduanya kita akan hantar memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan), Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong jika tuntutan tidak didengar Datuk Bandar.

“Ia dihantar sebagai tanda kemarahan penduduk terhadap kenyataan Datuk Bandar yang bertegas akan melakukan perobohan walaupun terdapat rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Ahmad Zamri menegaskan memorandum hari ini juga menuntut supaya Ahmad Phesal menghentikan aktiviti perobohan sehingga tamatnya tempoh injunksi, pada 26 Jun ini.

Selain itu, beliau menuntut supaya Ahmad Phesal berunding dengan penduduk kampung sebelum melakukan sebarang tindakan ke atas rumah penduduk kampung Melayu itu.

-NFN-

 

 

Categories
NASIONAL

Kampung Chubadak: “Kami kesal tiada seorang pun pemimpin UMNO datang”

KUALA LUMPUR 15 JUN: Penduduk Kampung Chubadak kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak bersuara ketika rumah mereka dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Kekesalan itu diluahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal kampung itu dipaksa keluar oleh DBKL bagi memajukan kawasan tersebut.

Bp6DqYuCUAAq4Q8“Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,” katanya dipetik dari Malaysia Gazette.

Kata Munah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.

“Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.

“Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.

“Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpi-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami,” katanya penuh kesal.

Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.

“Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?

chubadak3“Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?

“Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal,” katanya.

Jelas Munah, perkara sudah pun berlaku dan sudah terlambat untuk mana-mana pemimpin datang membantunya. Pemimpin yang datang dan berjuang bersama mereka ialah pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua dan Pemuda Pas.

Ini bukan soal politik katanya tetapi lebih kepada misi kemanusiaan. Namun pemimpin UMNO yang diharapkan tidak pernah muncul apalagi untuk bersuara.

“Hati kami dah hancur lebur sama seperti hancurnya rumah kami yang dirobohkan DBKL tanpa ehsan. Lepas ni, tak payahlah susahkan diri datang jumpa kami nak hulur bantuan itu dan ini.

“Semuanya tidak akan dapat mengubat hati kami yang dah lebur. Kampung kami sudah hilang dan kini telah pun menjadi sejarah.

“Namun perasaan kesal tetap akan kekal dalam diri kami kerana sikap pemimpin yang jelas nampak hanya mementingkan diri sendiri daripada rakyat,” katanya.