Categories
SELANGOR

MPK sedia kanopi berkualiti, tolak dakwaan pertubuhan peniaga

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menafikan dakwaan Pertubuhan Peniaga Tekstil dan Barang-barang Am India Malaysia (MITA) yang mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu menjual ‘khemah Deepavali’ mahal dan tidak berkualiti.

MPK menegaskan kanopi gred B yang berharga RM250 itu adalah berpatutan dan mempunyai kualiti yang baik.

little india klang“Kanopi gred B berharga RM250 itu mempunyai kualiti yang baik dan harganya berpatutan,” katanya melalui kenyataan media.

MPK juga memaklumkan harga kanopi yang ditawarkan itu juga mampu dimiliki peniaga di kawasan terbabit.

“MPK menyediakan kanopi terbabit kepada peniaga bertujuan menyeragamkan penggunaan kanopi seterusnya mencapai standard yang dibenarkan bagi mengelakkan reka bentuk tidak teratur,” katanya.

mpkSebelum ini, MITA bertindak membuat laporan polis bagi menuntut pampasan atas kerosakan akibat beberapa khemah yang dijual MPK kerana rosak dalam insiden ribut dan hujan lebat di Little India, baru-baru ini.

Pertubuhan itu juga menuntut MPK membayar semula harga khemah berkenaan dan pada masa sama membenarkan 160 peniaga di kawasan terbabit menyewa khemah daripada pembekal tempatan.

-NFN-