Categories
NASIONAL SELANGOR

Pemerintah Umno-BN didakwa serah Tanah Kampung pada orang kenamaan

Manikavasagam

SHAH ALAM, 15 SEPT: Lebih 40 tahun mendiami Kampung Jalan Kenangan, Kapar, penduduk asal kampung itu berputih mata apabila geran tanah kediaman yang dijanjikan Kerajaan Umno-BN diserahkan kepada orang luar.

Pengerusi Badan Bertindak Kampung Jalan Kenangan, Hanif Mohd Sani berkata penduduk asal yang berpenat-lelah meneroka tanah kampung itu diketepikan sehinggakan terpaksa mendiami tanah setinggan.

“Setiap kali pilihan raya mereka akan tabur janji yang sama, nak beri geran, hinggalah kira-kira seminggu sebelum pilihan raya 2008, akhirnya mereka keluarkan borang 5A tetapi yang dapat orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kampung ini, cuma sebahagian sahaja orang kampung yang dapat,” jelas beliau.

Menurut Hanif, penduduk pada asalnya sudah pun memperolehi Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi tanah kediaman masing-masing tetapi pada 2001 Kerajaan Negeri Umno-BN membatalkan tol berkenaan. Hanif mendakwa mereka dijanjikan geran tanah sebagai ganti.

Menurut Hanif lagi, lot tanah paya hutan bakau berdekatan pintu kunci air berkembar di kampung itu diserahkan kepada beberapa orang kenamaan politik yang bergelar Datuk dan Datuk Seri.

“Pada asalnya saya dapat tahu mereka hendak buat projek tetapi tidak jadi bila Pakatan Rakyat Selangor menang pilihan raya pada 2008. Sejak itu hutan paya bakau itu cuma ditebang, kemudian naik hutan semula, tebang lagi, naik balik hutan, tidak ke mana,” ujarnya lagi.

“Ada juga penduduk asal ditawarkan borang 5A, tetapi dalam keadaan dibahagi dua, rumah kena pecah dibahagikan dengan jiran sebelah, jadi terpaksa tolak kerana tidak adil kepada penduduk asal kampung ini,” kata Hanif.

Hanif yang belum mahu mendedahkan nama individu yang memperolehi tanah hutan paya bakau itu memberitahu beliau masih menyimpan segala dokumen berkaitan termasuk pelan asal dari pejabat tanah sekiranya diperlukan sebagai bukti.

Bagaimanapun kekecewaan penduduk asal Kampung Jalan Kenangan terubat apabila baru-baru ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang ada sekarang menyerahkan TOL bagi tanah kediaman penduduk terbabit.

Selain itu, ketika ini Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi juga sedang berusaha agar penduduk kampung itu boleh menerima borang 5A dalam masa tiga tahun lagi.

Categories
NASIONAL

‘Mahu Kembalikan Maruah Rakyat Sementa’

Dr Daroyah Alwi_01

KAPAR 23 APRIL : Calon PKR DUN Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata beliau mahu mengembalikan maruah rakyat yang tercalar pada Pilihan Raya 2008 lalu.

“Saya mahu kembalikan maruah DUN Sementa yang tercalar pada 2008, kerana tidak dapat hantar calon ke DUN untuk selesaikan masalah,” katanya ketika ditemui selepas program bertemu rakyat di Pasar Pagi Pekan Kapar.

Dalam pilihan raya 2008, calon BN Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding

Berhubung dakwaan Umno-BN bahawa beliau adalah orang luar dan bukan anak tempatan, Dr Doroyah pantas menolak dakwaan tersebut.

Dr Daroyah menegaskan beliau merupakan anak tempatan yang lahir di Bukit Kapar.

“Saya bukan orang luar. Saya lahir di Bukit Kapar, dulu sebelum dipecahkan, Bukit Kapar berada di dalam DUN Sementa.

“Ramai saudara mara saya di sini. Ini kawasan saya. Saya hairan kenapa orang kata saya orang luar,” jelasnya.

Sementara itu, turut serta dalam program bertemu rakyat ialah Calon PKR kerusi Parlimen Kapar, G.Manivannan.

Manivannan berkata. tempoh memperkenalkan diri penting berikutan beliau ‘muka baru’ walaupun beliau anak jati Selangor.

“Saya percaya rakyat Kapar dapat menerimanya demi meneruskan kecemerlangan bekas MP Kapar, S Manikasagam.

“Penerimaan rakyat setakat ini sangat memberangsangkan, kami dapat sokongan daripada Ketua-ketua Cabang dan YB Mike sendiri,” katanya.

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sepetang Bersama Kak Wan – Salam Selangor

Episod 79

Sinopsis:

Hampir 1,000 hadir program ‘Sepetang Bersama Dr Wan Azizah? di Dewan Orang Ramai Kg Perepat, Kapar.Klang. Dalam program santai ini, sedikit perkongsian bersama penduduk mengenai cerita sebenar sejarah 12 tahun perjuangan reformasi terdahulu yang bermula tanggal 20 September 1998. Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang juga pelajar perubatan terbaik Royal College of Surgeon, Ireland pada tahun 1977 ini juga turut prihatin dan mengambil peluang melawat kilang pengusaha kerang dan makanan sejuk beku di Kampung Tok Muda yang diusahakan oleh Persatuan Wanita kampung terbabit.
Turut hadir Timbalan Speaker Selangor Haniza Talha, MP Kapar, S.Manikavasagam dan Penyelaras DUN Sementa Dr Daroyah Alwi.

Tetamu : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

kak wan

Categories
NASIONAL

PKR Selangor Lancar Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia

PETALING JAYA 21 SEPT : Bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus menerajui Selangor, PKR Selangor akan melancarkan kempen ?Jelajah Selangor Tawan Malaysia? yang akan bermula pada 14 Oktober depan.

Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei berkata program gerak gempur yang bertemakan ‘perkukuhkan kemenangan rakyat dan tawan Malaysia’ itu akan memfokuskan kawasan tumpuan.

Antaranya, kawasan Parlimen Selayang, Pandan, Bandar Tun Razak, Kuala Langat, Kapar, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan dan Subang.

Kawasan DUN yang terbabit adalah Kuang, Rawang, Sementa, Kota Anggerik, Batu Tiga, Batang Kali, Permatang, Sri Muda, Sri Andalas, Batu Caves, Bukit Antarabangsa, Ijok, Melawati, Seri Setia, Taman Medan, Bukit Lanjan, Dengkil, Semenyih, Kajang dan Pelabuhan Klang.

Beliau berkata PKR akan berbincang dengan DAP dan PAS sekiranya mereka ingin dengan PKR dalam program itu.

“Selain mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya 2008, parti itu juga akan menawan kerusi Parlimen dan DUN milik Umno-BN.

?Salah satu misi pilihan raya umum ke-12, PKR Selangor menyasarkan sebanyak 11 kerusi Parlimen untuk dimenangi.
?Berdasarkan statistik terkini kami mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan lapan kerusi Parlimen sedia ada dengan tambahan tiga kerusi milik BN iaitu Sabar Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.

?PKR juga akan mempertahankan 14 kerusi DUN dan menawan tujuh kerusi DUN milik Umno-BN iaitu di kawasan Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa dan Pelabuhan Klang,? katanya.

Shuhaimi berkata PKR juga yakin majoriti kemenangan akan meningkat berdasarkan kajian dilakukan parti itu.

?Parlimen Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kuala Langat kita yakin jumlah majoriti akan bertambah.?

Ketika ini Pakatan memperoleh 35 daripada 56 kerusi DUN manakala BN sebanyak 20 dan seorang Adun Bebas.

Di peringkat kerusi Parlimen pula PR memperoleh 17 daripada 22 kerusi di Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, mesyuarat agung tahunan AMK Cabang PKR akan bermula pada 22 September hingga 13 Oktober depan.

Ia akan melibatkan 22 kawasan cabang PKR.