Categories
NASIONAL

Khalid: Kenapa Jakim lambat bertindak terhadap Kassim Ahmad?

SHAH ALAM 26 FEB: Kelewatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat sebarang tindakan dan pendakwaan terhadap Kassim Ahmad boleh mengundang salah faham di kalangan umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata Jakim sehingga kini masih gagal membuat sebarang tindakan kepada Dr Kassim Ahmad di atas kenyataannya yang mempermainkan Nabi Muhammad SAW.

khalid samad“Kenapa hingga kini tiada tindakan langsung diambil terhadap Kassim Ahmad? Apabila dia dijemput untuk berucap, langsung tiada tindakan.

“Saya hairan bagaimana mainan politik seperti ini boleh dibuat sewenangnya dan saya mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan bagi membuktikan keikhlasan mereka basmi ajaran sesat di kalangan orang Islam,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau turut menyelar sikap berdiam diri yang diambil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati).

“Tiada tindakan langsung, Perkasa diam, Jati pun diam malahan semua pertubuhan agama haluan kanan ini seolah-olah tidak ambil pusing dengan kenyataan yang dikeluarkan Kassim Ahmad ini.

“Kassim jelas berkata tidak perlu beri sebarang kelebihan kepada Nabi Muhammad SAW tetapi mengapa jabatan agama diam saja, tetapi apabila melibatkan Syiah, semua bertindak pantas,” kata Khalid.

Khalid berkata, beliau kesal kerana hingga kini tiada tindakan dibuat dan mahu perkara ini selesai secepatnya bagi mengelakkan lebih ramai lagi umat Islam negara ini terpesong dengan kenyataan yang dibuat Kassim itu.

“Bukanlah saya desak tindakan keras dikenakan kepada Kassim, tetapi sudah sekadar menegur dan menasihati beliau pun sudah cukup bagus,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Pihak berkuasa patut ambil tindakan segera kepada Kassim Ahmad

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 24 FEB: Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memecat penulis buku kontroversi, Kassim Ahmad kerana didapati cuba mengembangkan pemikiran anti hadis di kalangan umat Islam ketika itu.

Anwar ketika itu masih lagi sebagai Timbalan Presiden Umno dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata tindakan itu tidak menggembirakan Presiden Umno, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad yang mahukan jawatan Kassim dikembalikan.

“Masa itu saya terima laporan termasuk dari Mufti Pulau Pinang ketika itu yang dia sudah mula buat ceramah. Saya ditunjukkan bukti tentang pemikiran anti hadis dan Rashad Khalifa berupa pita rakaman ceramah dan laporan.

Anwar“Saya pecat dia. Dia bantah saya dengan disokong Presiden Umno, Dr Mahathir tetapi pada masa itu saya ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang tidak ambil dia balik,” kata Anwar dalam ceramah beliau sebelum merasmikan Jentera Daerah Mengundi (JDM) Taman Saujana Impian di sini kelmarin.

Kata Anwar lagi, disebabkan dendamnya itu, Kassim dalam satu kenyataan di muka hadapan akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia pernah menggesa agar Anwar digantung atas tuduhan kononnya pengkhianat negara.

“Boleh periksa tiga empat hari sebelum pilihan raya, laporan satu muka terpampang laporan besar Utusan Malaysia, Anwar wajar dihukum gantung kerana dia khianat, dia tidak taat kepada negara, yahudi dan macam-macam ikut suka dia.

“Siapa yang jelas menentang prinsip Islam? Mana dia Ustaz Umno? Mana dia NGO pro Umno? Jelas ini adalah alat politik Umno. Orang seperti inilah dijaja dan diangkat Umno. Saya bersyukur, Alhamdullilah kerana kita tahu siapa orang ini. Inilah orang nak saya digantung,” kata Anwar lagi.

Anwar turut kesal dengan sikap yang diambil pihak bertanggungjawab kerana melengah-lengahkan tindakan sewajarnya walaupun isu ini sangat jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Buat Seminar Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian di Putrajaya, disokong pula Yayasan Perdana dan dilancar pula Dr Mahathir. ‘Sesuai’ sangatlah tu. Ada pula ustaz Umno pertahankan lagi.

“Apa pasal tidak siasat? Di Putrajaya, Mufti Wilayah patut tanya. Kalau nak serang PAS, Pakatan Rakyat bagi pada dia tetapi bila jelas menolak hadis, diam membisu seribu bahasa,” ujar Anwar lagi.

Anwar turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan Umno agar tidak menggadaikan soal prinsip Islam semata-mata kerana perbezaan idealogi politik.

EZY

Anwar : Saya pernah pecat Kassim Ahmad

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Pesawah Minta Kaji Semula Subsidi dan Harga Padi

KUALA LUMPUR : Kerajaan Pusat digesa mengkaji semula harga padi dan subsidi kini yang tidak pernah ditukar sejak 22 tahun lalu.

Pengerusi Pertubuhan Peladang E2 Kubang Sepat MADA, Mohamad Fuad Yaakob berkata, warga Felda menerima pelbagai imbuhan sedangkan pesawah yang menjadi tonggak utama produk makanan negara diabaikan.

“Bermula musim pertama 2010, harga padi semakin murah sedangkan kos semakin meningkat.

“Kami berharap kerajaan mempertimbangkan hasrat kami,” katanya di satu sidang media di lobi Dewan Rakyat.

Pertubuhan itu mencadangkan agar harga padi dinaikkan ke RM1.35 sekilogram dan subsidi ke RM0.50 sekilogram.

Harga pasaran yang ditetapkan kerajaan masa kini adalah RM2.60 sekilogram bagi beras manakala harga padi bernilai RM0.75 sekilogram dan subsidi RM0.24 sekilogram.

Katanya, kenaikkan tersebut mampu menaikan pendapatan pengusaha padi ke lebih kurang RM1,080 sebulan.

Beliau berkata terdapat 140,000 keluarga petani di dalam kawasan MADA yang keluasan 240,000 hektar, yang berpendapatan hanya RM480.00 sebulan.

Pada sidang media itu, MP Kuala Kedah, Kassim Ahmad berkata kali terakhir harga padi dikaji semula adalah 22 tahun lalu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pertanian.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.