Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik satu sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.99 kepada RM3.00 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Disember.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.

Harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter bermula esok hingga 8 Dis ini, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Kementerian itu dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak berubah masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh itu.

Kenyataan itu memberitahu bahawa harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan sebenar harga minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga siling petrol RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel sebanyak RM2.15 seliter walaupun harga pasaran APM untuk RON95 dan diesel meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Harga runcit petrol RON97 turun tiga sen kepada RM3.05 seliter bagi tempoh 25 November hingga 1 Disember.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik sembilan sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak sembilan sen seliter kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 4 November hingga 10 November, demikian menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter sementara harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 10 sen

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen seliter kepada RM2.97 mulai esok hingga 3 November, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kementerian itu, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“(Ia) sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik 10 sen, RON95 dan diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen seliter kepada RM2.87 mulai esok (14 Oktober) hingga 20 Oktober, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini kementerian itu memaklumkan bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 hingga 20 Oktober.

Menurut kementerian itu ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran APM bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga runcit petrol, diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Harga jualan petrol RON97, RON95 dan diesel kekal tidak berubah dengan masing-masing pada RM2.74, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 19 sehingga 25 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan MOF itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik satu sen

KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada kadar RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh mulai esok hingga 4 Ogos ini, sementara harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.73 kepada RM2.74.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

MOF menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RM40 juta dibayar kepada 40,000 penerima BPN – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Sebanyak RM40 juta telah dibayar kepada 40,000 penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara bagi tempoh 12 hingga 19 Jun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malah, kata beliau, sehingga 19 Jun lepas sebanyak 10.19 juta penerima BPN telah menerima bantuan tersebut yang membabitkan bayaran keseluruhan berjumlah RM10.88 bilion dengan tahap pelaksanaannya mencecah 97 peratus.

“Tambahan juga, pada minggu lepas saya telah berkongsi bahawa sebanyak 181,000 rayuan BPN yang diluluskan akan menerima bayaran berjumlah RM162 juta pada akhir bulan ini.

“Sukacita saya kongsikan bahawa bayaran-bayaran ini akan dibuat mulai esok iaitu 24 Jun, 2020. Saya berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban kesemua bakal penerima BPN,” katanya ketika membentangkan Laporan ke-10 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata sebanyak 4.3 juta permohonan telah diluluskan di bawah program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja setakat 19 Jun, 2020, yang melibatkan dana sebanyak RM2 bilion sebulan.

Malah, kata beliau, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini juga telah meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar, seramai 7.66 juta pengguna elektrik akan menerima manfaat daripada bantuan ini.

“Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna dengan bil elektrik kurang daripada RM77 atau di bawah 300kWj sebulan pula akan menikmati bekalan elektrik percuma,” katanya.

Beliau berkata bayaran Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM3,000 bagi setiap perniagaan mikro telah bermula sejak 15 Jun, 2020 manakala bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang telah diluluskan selepas disemak lanjut akan menyaksikan bayaran dibuat mulai 29 Jun ini.

“Jumlah keseluruhan GKP yang dibayar adalah bernilai lebih kurang RM1.57 bilion dan ia akan memberi manfaat kepada sebanyak 524,446 PKS Mikro,” katanya.

Menurutnya, setakat 19 Jun lepas, permohonan Dana Pinjaman Mudah PKS yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetujuterima oleh PKS adalah RM8.2 bilion yang akan memberi manfaat kepada sebanyak 19,253 PKS.

“Di bawah Skim Kredit Mikro Bank Simpanan Nasional, sebanyak 6,742 permohonan daripada peniaga mikro telah diluluskan yang bernilai RM236.4 juta manakala bagi program Tekun Nasional, jumlah permohonan yang diluluskan ialah 22,843 yang bernilai RM174.63 juta,” katanya.

Menyentuh PENJANA, Tengku Zafrul berkata beberapa inisiatif berkaitan telah bermula pada bulan ini dengan beberapa lagi di peringkat awal pelaksanaannya.

Ini termasuk program subsidi upah yang ditambahbaik dengan peruntukan RM5.3 bilion dan inisiatif internet percuma satu gigabyte berjumlah RM3 bilion bagi mengalakkan aktiviti pendidikan dan produktiviti.

“Pada masa sama, pasukan Laksana bersama dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi pelaksana lain juga sedang giat memastikan soalan lazim, cara permohonan dan kelayakan inisiatif disampaikan dengan baik agar penerima dapat mengakses bantuan tersebut.

“Status pencapaian akan mula dikongsi setelah usaha pelaksanaan bermula secara berperingkat dalam masa terdekat,” kata beliau.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

MOF segerakan peruntukan tambah pengimbas suhu

SHAH ALAM, 28 JAN: Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti yang dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menterinya Lim Guan Eng berkata pengimbas suhu itu untuk memastikan kemampuan kakitangan Kementerian Kesihatan mengenal pasti individu yang mempunyai simptom menghidapi virus 2019-nCoV (Novel Coronavirus) dapat diperkukuhkan lagi di kawasan-kawasan masuk negara.

“Memandangkan permohonan ini berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal saya telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir untuk memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin.

“Kementerian Kewangan akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Kesihatan agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Categories
AGENDA NASIONAL

Kerajaan akan menerbitkan RM14.2 bilion hutang langsung kasar

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Kerajaan merancang untuk menerbitkan RM14.2 bilion hutang langsung secara kasar sambil menebus semula RM21.6 bilion dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini, kata Kementerian Kewangan hari ini.

Dengan ini, penerbitan bersih hutang langsung bagi tempoh itu adalah -RM7.4 bilion, kata Menterinya Lim Guan Eng, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata aktiviti pembiayaan kerajaan bagi tahun ini sedang berlangsung seperti dirancang dan ini dibuktikan dengan aktiviti penerbitan dan penebusan sebenar hutang langsung.

Berdasarkan anggaran tahunan 2019 dan rancangan pembiayaan yang terbaru, kerajaan akan menerbitkan RM135 bilion hutang langsung sambil menebus RM83 bilion, dan oleh demikian hutang langsung yang akan diterbitkan untuk seluruh tahun 2019 dianggarkan RM52 bilion.

“Kerajaan tidak berniat untuk mengubah rancangan penerbitan hutang langsung dan penebusan untuk bulan November dan Disember tahun ini. Oleh itu, kerajaan yakin akan menepati sasaran defisit fiskal 2019 berjumlah RM52 bilion atau 3.4 peratus berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK), iaitu lebih rendah berbanding defisit fiskal 2018 sebanyak RM53.4 bilion atau 3.7 peratus berbanding KDNK,” katanya.

Keyakinan itu dikongsi oleh semua tiga agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka, yang telah mengesahkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada paras A- atau A3 dengan unjuran stabil sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pada 2018.

Sementara itu, bagi tempoh Januari-Oktober 2019, kerajaan telah menerbitkan RM121 bilion hutang langsung secara kasar, merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia bernilai RM51.5 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (RM50.5 bilion); bil Perbendaharaan (RM11.5 bilion); dan instrumen lain termasuk bon Samurai bernilai RM7.5 billion.

Pada masa yang sama, kerajaan telah menebus hutang langsung bernilai RM61.7 bilion bagi tempoh sama dan secara khususnya pada bulan Oktober 2019, kerajaan telah menerbitkan hutang langsung bernilai RM10.0 bilion.

“Kerajaan juga pada bulan yang sama telah menebus hutang langsung bernilai RM11.8 bilion. Ini bermakna penerbitan hutang bersih langsung pada Oktober 2019 adalah -RM1.8 bilion. Sesiapa yang mendakwa sebaliknya barangkali merupakan pembohong tegar, jahil atau tidak mampu membaca data kewangan secara tepat,” kata Lim.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Isu ditinggalkan kerajaan terdahulu halang pelaksanaan janji royalti minyak

PETALING JAYA, 13 SEPT: Isu yang ditinggalkan kerajaan terdahulu menghalang pelaksanaan janji yang dibuat di bawah manifesto Pakatan Harapan, khususnya berkaitan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan terdahulu menyebabkan sejumlah besar dana sama ada dibazirkan atau meletakkan Malaysia dalam keadaan bermasalah.

“Anda bercakap mengenai dana RM150 bilion, yang bukannya satu jumlah yang kecil. Ini sudah tentu memberi cabaran kepada kerajaan untuk melaksanakan janji.

“Pada masa sama, saya yakin kerajaan akan mengumumkan langkah tertentu untuk membuktikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak tidak berkurang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-dompet 1Pay dan platform e-dagang Oneshop oleh Pusat Beli-belah 1 Utama di sini, hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan mengambil langkah konkrit untuk memenuhi janjinya kepada kedua-dua negeri tersebut, dengan mengambil contoh, pembatalan perjanjian Rakan Pelaksana Projek bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Lim berkata keputusan itu dibuat berasaskan rasionalisasi kos, selain untuk memastikan harga, perkhidmatan dan pelaksanaan yang lebih baik.

Ketika ditanya sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan pandangan sesetengah pakar ekonomi bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan semula, beliau berkata: “kita memansuhkan GST pada Jun tahun lepas dan tidak bercadang untuk memperkenalkannya semula.”

Sementara itu, Pusat Beli-belah 1 Utama hari ini secara rasminya melancarkan e-dompet 1Pay dan laman web beli-belah dalam talian, https://www.oneshop.com,my.

Mengulas mengenai acara hari ini, Lim berharap lebih ramai lagi peruncit melaksanakan peralihan kepada e-dagang dan e-dompet, justeru itu rakyat Malaysia dapat menikmati kaedah pembayaran yang lebih mudah, selamat dan boleh dipercayai selain transaksi tunai.

Beliau berkata pendigitalan, persaingan dan inovasi telah membawa Malaysia mengalami pembaharuan sistem pembayaran, dengan jumlah transaksi pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda kepada 34 juta transaksi pada 2018 berbanding kurang daripada dua juta pada 2017.

“Berdasarkan penembusan tinggi perbankan mudah alih dan dalam talian, kad elektronik dan e-dompet, Malaysia berada di landasan untuk mencapai kecekapan ekonomi yang lebih kukuh menerusi transaksi tanpa tunai,” katanya.

-BERNAMA