Categories
PBT SELANGOR

MPKj tarik 75 kenderaan tersadai, atasi isu lambakan

SHAH ALAM, 26 JAN: Sebanyak 75 kenderaan buruk dan tersadai di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ditarik ke depoh bermula 4 Januari sehingga semalam.

Yang dipertuanya Najmuddin Jemain berkata tindakan penundaan dengan kerjasama Car Medic Sdn Bhd menumpukan kawasan sekitar Kajang dan Semenyih.

“Sebanyak lima jentera tunda digunakan bagi melancarkan oeperasi mengangkut kenderaan terbiar atau tersadai ini.

“Pihak operator Car Medic juga menggunakan kren tadano bagi mengalih kenderaan pelbagai guna yang ditinggalkan pengusaha bengkel membaiki kenderaan Bandar Rinching,” katanya dalam mesyuarat MPKj hari ini.

Pada 22 November tahun lepas Najmuddin berkata MPKj menjadi pihak berkuasa tempatan pertama dalam negara menggunakan kaedah kitar semula kenderaan buruk bersifat mesra alam.

Beliau berkata kaedah End Live Vehicle (ELV) digunakan bagi mengatasi lambakan kenderaan buruk sekitar daerah terbabit.

Menurutnya kerjasama pintar dijalin bersama Car Medic Sdn Bhd yang akan menunda semua kenderaan buruk ke depoh simpanan di Bandar Baru Bangi sebelum dibawa semula ke depoh syarikat berkenaan untuk proses ELV.

 

 

 

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPKj perintis kaedah kitar semula kenderaan buruk, atasi lambakan

SHAH ALAM, 22 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama dalam negara menggunakan kaedah kitar semula kenderaan buruk bersifat mesra alam.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata kaedah End Live Vehicle (ELV) digunakan bagi mengatasi lambakan kenderaan buruk sekitar daerah terbabit yang dijangka bermula 1 Disember ini.

Menurutnya kerjasama pintar dijalin bersama Car Medic Sdn Bhd yang akan menunda semua kenderaan buruk ke depoh simpanan di Bandar Baru Bangi sebelum dibawa semula ke depoh syarikat berkenaan untuk proses ELV.

“Setiap kenderaan dileraikan secara teratur mengikut kaedah SW422 (piawaian Jabatan Alam Sekitar) dan komponen yang tidak dapat dikitar semula dihantar ke Kualiti Alam atau Pentas Flora untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 5,000 kenderaan buruk yang dinotis akan ditunda menggunakan trak tunda konvensional MPKj dan lori kren syarikat berkenaan.

“MPKj mempunyai tiga trak tunda konvensional. Dengan kawasan pentadbiran yang luas, hanya 40 hingga 50 kenderaan dapat ditunda dalam tempoh sebulan manakala 150 kenderaan ditetapkan kepada pihak syarikat.

“Aduan melibatkan kenderaan berat seperti bas, lori dan kenderaan perdagangan lain juga dapat ditunda tanpa melibatkan sebarang kos,” katanya.

Najmuddin juga yakin kaedah ELV menjadi pemangkin penyelesaian lambakan kenderaan buruk dan boleh diguna pakai di seluruh PBT negara.

Categories
SELANGOR

MBPJ ambil tindakan 700 kenderaan buruk kacau ganggu

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA 1 DIS: Hampir 700 kenderaan buruk dikenal pasti di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengakibatkan gangguan petak tempat kenderaan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata MBPJ giat menjalankan operasi kenderaan buruk yang dilaksanakan secara berterusan di lokasi utama bersama Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kejuruteraan.

MBPJ“Sehingga kini 326 kenderaan buruk diambil tindakan pengalihan manakala 324 selebihnya dialihkan pemilik kenderaan selepas notis dikeluarkan.

“Pemilik kenderaan disaran ambil tindakan segera pengalihan terutama di kawasan kediaman agar tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam,” katanya

Katanya, sementara itu, bagi penguasa bengkel diminta memberi kerjasama agar mematuhi undang-undang dan tidak menghalang petak letak kereta.

EZY