Ucapan Exco-Exco sempena Hari Raya Aidilfitri 2015

sinopsis: Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua warga Selangor yang beragama Islam.

Hak milik tanah bukan sahaja tapak rumah, juga tapak tani

Kerajaan Negeri berhasrat untuk membantu peneroka melalui pemberian tanah tani selain dari tanah kediaman.

Bukit Jelutong antara tapak baharu pembinaan Maahad Tahfiz

Demi merakyatkan ilmu Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti beberapa tapak baharu yang akan dibangunkan Maahad Tahfiz.

Anwar: Selangor, NGO paling ke depan bantu mangsa bencana banjir

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor, serta badan-badan bukan kerajaan, yang disifatkan paling ke depan menyusun rencana membantu mangsa bencana banjir.

Selangor lancar pelan ‘terjah dan musnah’ perangi denggi

Sinopsis
Kerajaan Negeri akan mempraktikkan kaedah “terjah dan musnah’ bagi memerangi wabak denggi yang berlaku dalam jumlah catatan membimbangkan di seluruh Selangor.

‘Atuk’ Khalid hulur bantuan kepada 5 beradik kematian ibubapa

Sinopsis

Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini hadir menziarah kelima-lima adik berasik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

MES :Program Mikrokredit Miskin Bandar ( MIMBAR )

Program Mikrokredit Miskin Bandar atau MiMBAR merupakan bantuan pinjaman mikrokredit TANPA FAEDAH dan bantuan niaga untuk peniaga kecil di bandar Selangor.

Merupakan salah satu program dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menambahkan pendapatan seisi keluarga bagi melepasi Paras Garis Kemiskinan serta berkongsi kekayaan kerajaan negeri kepada masyarakat miskin bandar yang memerlukan.

Dengan RM1, usahawan SKIMSEL berjaya

Dengan bantuan Kerajaan Negeri Selangor menerusi program pembiayaan pinjaman tanpa cagaran, Skimsel, seorang suri rumah berketurunan orang Asal Temuan mampu menjadi usahawan berjaya dengan perniagaan pakaian bundle RM1 sehelai.

APA DAH JADI – Pasar Seri Shah Alam

Apa dah jadi meninjau keadaan peniaga di Pasar Seri Shah Alam yang dikatakan mahu meneruskan kontrak berniaga mereka dengan kerajaan negeri Selangor.

Layari http://www.selangorku.com

MES: Penstrukturan semula industri kekalkan air percuma

Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan program pemberian air percuma pada Jun 2008.

Penduduk Selangor yang menggunakan meter individu mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu atau 5,680 gelen sebulan.

Kolej INPENS sambut ulang tahun ke-20

INPENS adalah singkatan bagi Industri Pendidikan Negeri Selangor. Kolej Antarabangsa INPENS merupakan institusi pengajian tinggi milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebuah anak syarakit Kerajaan Negeri Selangor.

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Selangor jadikan PJ dan Klang Bandar bertaraf dunia

MBI-01

KENYATAAN MEDIA

Kerajaan Negeri Selangor sedang merancang untuk menubuhkan sebuah dana kekayaan negara – ?sovereign wealth fund? (SWF ) di bawah Menteri Besar Incorporated ( MBI ) untuk membuka nilai aset di Petaling Jaya dan Klang bagi tujuan pembangunan semula dan pembangunan baru.

Dana ini buat sementara waktu dinamakan Selangor Urban Development Fund atau SUDF, dijangka mempunyai saiz dana permulaan sebanyak RM1 bilion yang akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak berkepentingan sektor swasta dalam industri pembangunan hartanah dan infrastruktur termasuk pemaju dan syarikat-syarikat pembinaan.

Di samping itu, kerajaan negeri bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan akan memperuntukkan peratusan tertentu daripada rizab tunai atau lebihan belanjawan untuk dana tersebut.

Rancangan itu didedahkan semalam oleh Dato? Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato? Seri Abdul Khalid bin Ibrahim ketika membentangkan kertas kerja dalam The Future Of Urban Living Conference di Iskandar, Johor.

“Menyedari terdapat beberapa kekangan kewangan terutama kekangan kewangan yang bersifat semulajadi, kerajaan negeri akan membuka nilai aset asas dalam bidang hartanah tertentu yang dimiliki oleh negeri, melalui kaedah konfigurasi atau memanfaatkan aset itu sendiri sebagai sumber pembiayaan utama.

“Dengan model ini, kerajaan negeri ( dan pihak berkuasa tempatan ) akan menjadi penggerak atau pemangkin kepada pembangunan bandar dengan satu pelan induk komprehensif dan menyeluruh, manakala pemain sektor swasta hanya akan menjadi pelaksana rancangan yang digariskan oleh kerajaan negeri,” kata Dato? Menteri Besar yang juga merupakan Felo Eisenhower.

Beliau berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk menyelesaikan semua butir-butir yang berkaitan termasuk perancangan & reka bentuk umum, peratusan rizab tunai untuk diasingkan oleh kerajaan negeri, jumlah sumbangan oleh pihak-pihak swasta, profil risiko-pulangan, prosedur standard untuk operasi ( SOP ), tahap pendedahan atau mana-mana spesifikasi lain.

SUDF bertujuan untuk menjadikan Petaling Jaya dan Klang sebagai bandar-bandar bertaraf dunia berdasarkan konsep “kondusif, mapan dan kehidupan bandar bestari” dengan mengintegrasikan semua aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar selaras dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Jika berjaya, SUDF akan menjadi SWF Malaysia kedua selepas Terengganu Investment Authority ( TIA ), yang kemudiannya ditukar menjadi 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB ).

Persidangan tiga hari itu dianjurkan bersama oleh Eisenhower Fellowship, organisasi dari Malaysia dan Singapura. Pada hari Khamis sebelum itu, Dato? Menteri Besar telah membentangkan kertas kerja bertajuk “How To Make World-Class City: The Shah Alam Experience”.