Categories
EXCO SELANGOR

Negeri tubuh unit rapatkan jurang jabatan, agensi dengan pusat

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerajaan Negeri menubuhkan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bagi merapatkan jurang di antara jabatan serta agensi dengan kerajaan persekutuan.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau berkata Program Rekalibrasi Tenaga Kerja anjuran kerajaan persekutuan menyebabkan peranan Kerajaan Negeri kurang relevan.

“Oleh demikian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 Ogos lalu memutuskan unit ini ditubuhkan dalam membantu menyelesaikan isu melibatkan antara majikan dan pekerja.

“Walaupun portfolio ini baharu ditubuhkan tahun lalu ia memerlukan hala tuju dan penyusunan program selain lebih banyak peluang untuk Kerajaan Negeri untuk terlibat dalam perancangan program-program persekutuan dengan melibatkan pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Beliau turut meminta kerjasama semua Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk hadir bertemunya dalam memperkasakan program kerjaya yang dianjur menerusi UPPS.

Pada 13 Ogos, Ganabatirau memaklumkan pihaknya akan memperkasa portfolio pemberdayaan pekerja bagi membantu golongan yang hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, antara langkah yang perlu diambil adalah menambah peruntukan untuk membantu golongan terkesan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Categories
AGENDA NASIONAL

Mohd Sabu gesa Putrajaya percepat beri vaksin kepada rakyat

KLANG, 2 JUN: Kerajaan pusat digesa mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat bagi memastikan lebih ramai diimun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Ahli parlimen Kota Raja berkata penyelesaian segera perlu kerana beberapa negara yang sebelum ini mempunyai bilangan kes tinggi menunjukkan penurunan selepas rakyatnya menerima vaksin.

“Setakat ini baru lima peratus yang menerima vaksin, rakyat tidak ramai tetapi terlalu lambat. Saya harap pihak berkuasa kurangkan birokrasi dan cari jalan mengatasinya,” kata Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan program Saringan Komuniti di Dewan Sukan Klang di sini semalam bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Mohamad Sabu juga meminta rakyat tidak menolak vaksin selepas terdapat laporan di beberapa negeri sebahagian peserta tidak hadir menerima suntikan selepas dipanggil Kementerian Kesihatan.

“Ini adalah salah satu ikhthiar, saya menyeru kepada semua termasuk kepada mereka yang memberi ‘fatwa’ mengarut untuk menerima vaskin. Rujuklah fatwa dari ulama,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan pusat mencontohi Selangor dengan membuat saringan secara percuma kerana menerusi kaedah itu ia dapat mengesan lebih awal golongan berisiko dari menjadi penyebar.

Categories
SELANGOR

Selangor harap kerjasama profesional kerajaan pusat

SHAH ALAM, 10 MAC: Kerajaan Selangor bersedia bekerjasama dengan barisan kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya turut berharap hubungan dua hala antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan berjalan dengan lebih profesional.

“Demi kesejahteraan Selangor dan Malaysia, kedua-dua pihak perlu mempunyai kerjasama erat kerana negeri ini menyumbang sehingga 25 peratus kepada pendapatan negara. Jika ia gagal, paling menerima kesan adalah rakyat.

“Menyedari perkara ini, saya hulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat secara profesional,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pelantikan barisan menteri dan timbalan menteri baharu, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengarusperdanaan Gender Negeri Selangor yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet baharu yang memenuhi aspirasi rakyat merangkumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS.

Pada 1 Mac lepas, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

-BERNAMA

MB: Kejam paksa siswazah tanggung hutang

Dikala ekonomi menghimpit, Kerajaan Pusat sewajarnnya meneroka cara meringankan bebanan hutang siswazah.

Categories
SELANGOR

Air: Pusat tuntut tanah, Kerajaan Negeri takkan gadai kedaulatan Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mahu mengambilalih tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dan dimasukkan sebagai aset dalam perjanjian konsesi air.

Perkara itu dimaklumkan Mohamed Azmin ketika sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam sidang media selepas itu, Mohamed Azmin menegaskan, Kerajaan Negeri tidak akan menyerahkan tanah berjumlah 26,000km itu.

ISU AIR SELANGOR BARUKatanya, Kerajaan Negeri hanya bersetuju untuk menyerahkan aset air yang sudah dinaiktaraf syarikat konsesi sahaja dan tidak akan menggadaikan kedaulatan tanah Selangor

“Antara perkara utama yang dilanggari Kerajaan Persekutuan adalah untuk menyemak semula perjanjian yang termeterai dalam perjanjian utama iaitu Kerajaan Negeri sudah bersetuju menyerahkan aset air milik syarikat konsesi yang dinaiktaraf.

“Tetapi dalam tempoh dua tiga bulan lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak bukan sahaja aset yang sudah dinaiktaraf tetapi jajaran tanah yang dilalui aset itu mesti diserahkan sekali.

“Apakah rakyat dan pengguna Negeri Selangor bersetuju menyerahkan 26,000 km tanah itu?” soalnya dalam sidang media berkenaan, di Lobi Parlimen.

Mohamed Azmin berkata, setiap sen pembayaran yang diterima daripada pengguna akan dibayar terus kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melalui mekanisme ‘Ring Fencing’ seperti yang dipersetujui dalam perjanjian utama sebagai jaminan.

azminBeliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, Kerajaan Negeri mempunyai RM14.9 billion aset air tanpa mengambilkira nilai tanah.

“Mana ada syarikat konsesi yang diberikan hak milik tanah. Syarikat konsesi mungkin diberikan tempoh selama 20 hingga 30 tahun dan akhirnya diserahkan kepada Kerajaan Negeri kerana tanah itu milik negeri.

“Mengapa sekarang tanah itu diminta menjadi milik PAAB? Ia tidak pernah berlaku dan kita melihat tindakan Kerajaan Persekutuan ini untuk menggagalkan penstrukturan air,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan enggan mengeluarkan Lesen Kemudahan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebagai pengiktirafan pemilikan ke atas semua baki aset air yang dimiliki pengurusan itu.

“Kerajaan Persekutuan tidak mahu meluluskan pemeteraian Perjanjian Kemudahan dan Sewaan di antara PAAB juga Air Selangor bagi penyewaan aset air yang akan dipindahkan kepada PAAB.

“Mereka juga enggan mengiktiraf pemilikan aset air Selangor berjumlah RM14.9 bilion yang bakal disuntik ke dalam Air Selangor.

“Kerajaan Persekutuan juga enggan mengiktiraf dan menerima pemindahan RM2 bilion dari aset air milik Air Selangor bagi tujuan penyediaan dana kepada pengurusan itu bagi mengambilalih semua konsesi air di negeri ini,” katanya.

-NFN-

Titah DYMM Sultan Selangor @ Majlis Santapan DiRaja bersama ATM, PDRM

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Kerajaan Pusat memberikan peruntukan secukupnya bagi penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa bagi menghadapi musuh negara.

Tuanku turut meminta semua peringkat pasukan keselamatan negara supaya berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta mengutamakan kualiti kerja yang cemerlang.

Categories
NASIONAL

Mansuh segera Akta Hasutan 1948, henti serang pimpinan PR

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Kerajaan Pusat digesa untuk menghentikan pendakwaan dan serangan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) serta- merta.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata Kerajaan Pusat juga seakan sengaja bersikap berat sebelah di sebalik penggunaan Akta Hasutan 1948.

Nik Nazmi berkata, akta berkenaan tidak pula diguna pakai terhadap pimpinan pro Barisan Nasional (BN) yang lebih jelas ‘menghasut’.

“Banyak pimpinan BN, ISMA dan Perkasa yang mengeluarkan kenyataan yang nyata bersifat jenayah tetapi tiada sebarang tindakan.

pakatan rakyat putrajaya naeem“Misalnya, saya pernah membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Perkasa, Ruslan Kassim, yang ingin memancung empat Ahli Parlimen PAS Selangor kira-kira dua bulan lalu, namun tiada tindakan susulan selepas kenyataan saya diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa hari kebelakangan ini, beberapa pimpinan PR didakwa di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain termasuk Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (PKR); Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (PAS); Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran (PKR); ADUN Seri Delima, RSN Rayer (DAP); Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (DAP) dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS).

Sehubungan itu, Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji memansuhkan Akta Hasutan 1948 itu.

niknazmi“Kalau benar Najib menepati janji, saya mendesak supaya beliau segera memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini seperti yang beliau katakan.

“Hentikan pendakwaan dan serangan terhadap pimpinan PR serta-merta.

“Dengan penghapusan Akta Hasutan 1948, tiada lagi rakyat yang akan ditindas hanya kerana kelantangan mereka menyuarakan pendapat mahupun mengkritik kerajaan,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Malaysia terus perkukuh ekonomi Israel, kerajaan perlu terus terang

Oleh: CHE’GU BARD

 Pada Februari 2012 lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pernah mendedahkan hubungan kerjasama Malaysia-Israel khususnya dalam soal perdagangan minyak sawit. Beberapa dokumen bukti telah didedahkan kepada umum melalui pelbagai media.

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat, malah SAMM juga sebelum itu mendedahkan bagaimana komponen buatan Israel telah dihantar ke negara ini untuk dipasang menjadi barangan ‘Made in Malaysia’, kerana pasaran untuk barangan ‘made in Israel’ adalah sangat terhad.

 SAMM juga telah memunculkan jadual kapal perdagangan di antara pelabuhan terkemuka tanahair dan juga pelabuhan di Israel, selain itu didedahkan juga bagaimana sebuah syarikat berkaitan zionis diberi peranan dalam kerajaan termasuk di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga di dalam sebuah syarikat kewangan di bawah adik Najib Razak. Semua ini didedahkan oleh SAMM sejak sekian lama dengan fakta dan bukti.
Kemuncaknya adalah isu minyak sawit yang dihantar ke Israel untuk perkukuh ekonomi di sana. Perkara ini membawa kepada pengakuan menteri bertanggungjawab Mukhriz Mahathir yang menulis di laman twitternya berbunyi;

“@MukhrizMahathir: Benar kerana minyak sawit yg diexport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod, Israel.

Persoalan lanjutan yang tidak pernah dijawab ialah, sedangkan kapal bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan pun pernah diserang oleh regim zionis – bagaimana zionis ini boleh membenarkan pelabuhan mereka digunakan bagi pihak Pelestine untuk minyak kelapa sawit?
Faktanya, pada bulan Mei 2010 menyaksikan tentera marin Israel telah menyerang kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmala yang mengorbankan 15 sukarelawan. Pada Mei 2011, kapal bantuan kemanusiaan MV Spirit of Rachel Corrie ditembak sebaik sahaja memasuki zon keselamatan Palestin.
Dengan fakta di atas, adalah amat meragukan jika Israel begitu baik hati membenarkan pelabuhan Ashdod dan Haifa diguna sebagai transit minyak sawit ke Pelestin. Melainkan ini satu pembohongan besar Umno terhadap rakyat Malaysia, betapa sebenarnya minyak sawit tersebut adalah untuk kegunaan negara Israel.
Malah hari ini, ketika Gaza dihujani letupan bom dan rakyat Pelestin terbunuh setiap hari sepanjang Ramadhan, Malaysia telah meneruskan perdagangan dengan Israel, khususnya membekalkan keperluan asas seperti minyak masak kelapa sawit.
Disertakan juga kepilan sebuah keratan dari dokumen yang menunjukkan negara ini menjadikan ekonomi Israel terus berkembang pesat, di saat anak Pelestin mati bergelimpangan.
Tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan, SAMM hanya menuntut supaya kerajaan berterus terang kepada rakyat bahawa negara ini sebenarnya pro-Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah. Masalah palestin tidak akan selesai selagi kerajaan Islam munafik terus wujud seperti Malaysia.
SAMM seluruh negara juga dengan ini sebulat suara mengutuk perbuatan hipokrasi kerajaan Umno Barisan Nasional, zionis glokal.
Sekian
 
# Che’GuBard adalah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Categories
NASIONAL

MH 370: Kerajaan perlu telus dedah kos, pembiaya misi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Pusat dituntut untuk mendedahkan kos yang dibelanjakan setakat ini dalam usaha mencari pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang, sejak 8 Mac lalu.

Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat bukan sahaja perlu bersikap telus dalam mendedahkan perkembangan misi pencarian MH370 tetapi juga kos yang digunakan.

Katanya, Kerajaan Pusat juga perlu mendedahkan pihak yang bertanggungjawab membiayai dana misi pencarian sama ada MAS, pihak insurans atau wang pembayar cukai.

yahya shari 01“Kita menyokong penuh usaha mencari yang dijalankan tetapi merasakan jumlah kos terbabit wajar didedahkan. Disebabkan kelemahan pengurusan keselamatan negara, akhirnya perbelanjaan besar terpaksa diperuntukkan untuk menutupi kelemahan itu.

“Jika kita tidak leka dengan pengurusan keselamatan, pasti semua ini dapat dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Pada 5 Jun lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata kawasan pencarian pesawat MH370 yang hilang akan diperluas di Koridor Selatan.

Beliau berkata, terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu.

Baru-baru ini juga, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mendedahkan bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi itu bukan kawasan senar ia hilang.

JACC yang berpejabat di Australia menyatakan bahawa ia sudah menyelesaikan pencariannya di Lautan Hindi iaitu lokasi isyarat ping dikesan dan mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370.

mh370 pcSementara itu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.

ATSB mengetuai misi pencarian atas permintaan kerajaan Malaysia berdasarkan Lampiran 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang selepas satu jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan perlu semak semula waran peruntukan kepada JKR

Oleh; NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kerajaan Persekutuan digesa menyemak semula kaedah pemberian waran peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melicinkan lagi pembangunan sesuatu projek.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Yunus Hairi, berkata kelemahan sedia ada itu bukan sahaja menjejaskan kelancaran dalam kesinambungan kerja pembinaan, tetapi memberi kesan negatif kepada aliran tunai syarikat kontraktor.

“Kelemahan pembayaran sehingga merencatkan pembangunan dan aliran tunai kepada kontraktor adalah tidak munasabah jika wujud dalam projek rundingan terus kerana segala perincian termasuk kos pembinaan diketahui pada peringkat awal.

Yunus Hairi“Begitu juga buat projek yang ditenderkan secara terbuka, sudah tentu harga yang terbaik dipilih dan kerajaan bersedia dengan harga itu. Jadi, adalah tidak wajar jika kelemahan sama turut berlaku,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Perkarangan Dewan Annex di Bangunan SUK, di sini, semalam.

Yunus berkata, mengambil contoh projek pembinaan Politeknik Banting, antara punca pembinaannya terpaksa dilanjutkan turut membabitkan prestasi pembayaran yang lemah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada JKR Selangor.

Perkara tersebut dinyatakan dengan jelas dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 dalam pengauditan yang dijalankan badan itu antara Jun hingga Ogos 2013.

Laporan itu berpendapat kelewatan atau kekurangan dalam bayaran daripada amaun yang disyorkan berdasarkan penilaian kerja di tapak boleh memberi kesan negatif kepada aliran tunai syarikat kontraktor, sekali gus menjejaskan kesinambungan kerja pembinaan.

JKR Selangor dalam maklum balasnya pada 13 Februari lalu kepada Laporan Ketua Audit Negara menjelaskan kelemahan itu berlaku ekoran sistem waran peruntukan yang diterima secara berperingkat (Januari, April, Julai dan Oktober) merumitkan proses pembayaran kepada kontraktor.

lampu jalan jkrHal itu terjadi jika baki peruntukan di JKR kurang daripada nilai kerja di tapak pada masa bayaran perlu dibuat.

“Duit perlu disediakan dahulu baru sesuatu projek itu digerakkan. Jika kewangan tidak kukuh, sesuatu projek itu terpaksa dilewatkan dan sudah tentu pertambahan kos akan berlaku.

“Akhirnya, bukan sahaja merugikan duit rakyat tetapi ekonomi yang terkait selepas itu juga akan membebankan rakyat.Sudah tiba masanya Kerajaan Pusat mengkaji semula perkara ini dalam memastikan rakyat tidak lagi menjadi mangsa,” katanya.

-NFN-

Halimah: MB beri taklimat kepada Exco Selangor sebelum tandatangani MoU air

Exco Selangor hari ini menyangkal kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kononnya MOU penstrukturan semula aset air antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat tidak telus kerana tidak dibincang dalam mesyuarat exco. Dr Halimah Ali berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sentiasa memberi taklimat kepada exco dari masa ke masa berkenaan rundingan tersebut sejak beberapa tahun. Exco termasuk menteri besar turut hadir dalam majlis menandatangani perjanjian itu di Putrajaya 26 Februari lalu.

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat perlu nyata pendirian tubuh PSC siasat kehilangan MH370

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 APR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak Kerajaan Pusat menyatakan pendirian berhubung rancangan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) bagi menyiasat kehilangan pesawat MH370.

Hal itu ekoran pengumuman Putrajaya semalam bahawa Kerajaan Pusat akan menubuhkan pasukan penyiasat bebas.

Lim dalam kenyataan media mempersoalkan penubuhan itu oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin dan bertanya sama ada penubuhan kumpulan penyiasatan dan tiga jawatankuasa terbabit akan menghalang serta membantutkan pembentukan PSC.

kit siang parlimen 01Beliau berkata, Hishamuddin memberi jaminan kepada Parlimen untuk mencadangkan penubuhan PSC dan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum ini.

“Malah, terma rujukan PSC berkenaan MH370 perlu diperluas dan lebih menyeluruh berbanding pasukan siasatan itu. PSC perlu melangkaui isu kelayakan terbang MH370, aspek operasi penerbangan dan psikologi serta patologi 239 penumpang serta anak kapal.

“Ia juga harus melihat seluruh siri peristiwa selepas kehilangan MH370 itu yang menimbulkan 1,001 persoalan, kontroversi, kekeliruan dan teori konspirasi.

“Lebih penting lagi, mesej yang jelas dan terang mesti diberi bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan,” katanya.

Lim berkata, Hishammuddin bercakap berkenaan keperluan mengukuhkan aset ketenteraan negara dan mengkaji semula sektor penerbangan awam.

“Ia akan menjadi tanggungjawab PSC untuk mengkaji semula sama ada krisis MH370 layak menerima bajet tambahan untuk membeli aset tambahan bagi tentera,” katanya.

hishamuddinBaru-baru ini, Hishamuddin memaklumkan satu ‘penyiasat bertanggungjawab’ bebas akan dilantik untuk mengetuai pasukan siasatan.

Katanya, pasukan penyiasatan termasuk tiga kumpulan membabitkan kelayakan terbang, operasi serta faktor perubatan dan manusia.

“Kumpulan kelayakan terbang akan mengkaji isu seperti rekod penyelenggaraan MH370, struktur dan sistem,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata, kumpulan faktor perubatan dan manusia akan menyiasat isu seperti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup, manakala Putrajaya juga akan menubuhkan tiga jawatankuasa peringkat menteri untuk menyelaras serta mengukuhkan semua usaha yang berterusan untuk mencari MH370.

-NFN-