Categories
AGENDA NASIONAL

KTMB tawar diskaun RM10 bagi perkhidmatan ETS bulan depan

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dapat menikmati potongan diskaun RM10 bagi setiap tiket di bawah kempen promosi Cuti-Cuti Malaysia bermula April ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata kempen dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu akan berlangsung selama tiga bulan hingga 30 Jun ini.

“Selaras pelancaran kempen ini, KTMB juga ingin memaklumkan jualan tiket bagi perkhidmatan ETS untuk perjalanan 1 April hingga 30 Sept 2021 akan dibuka mulai esok 15 Mac, dengan sebanyak 24 perkhidmatan ETS disediakan menggunakan jadual waktu sedia ada.

“Jualan tiket ini dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal untuk bercuti di dalam negeri tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan,” demikian menurut kenyataan KTMB hari ini.

Bagaimanapun diskaun berkenaan hanya boleh dinikmati pengguna yang membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB.

Langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan susulan Covid-19, kata KTMB.

Menurut kenyataan itu, promosi diskaun di bawah kempen berkenaan akan diperluas untuk merangkumi perkhidmatan KTM Antarabandar dalam masa terdekat.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

PKPB: KTMB tawar diskaun tambang sehingga 50 peratus

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity) mulai hari ini hingga 9 November.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata tawaran diskaun itu adalah bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada melibatkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM Antarabandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Usaha ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan PKPB.

“Ketika ini, kedua-dua perkhidmatan itu masih beroperasi bagi laluan di antara Stesen Tumpat, Johor Bahru, Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

KTMB perkenal sistem tiket baharu bermula 17 Ogos

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan sistem tiket baharu secara dalam talian bagi meningkatkan mutu penjualan tiket bermula 17 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Kamarulzaman Zainal berkata sistem dikenali sebagai KTMB Integrated Ticketing System (KITS) itu diharap dapat meningkatkan jumlah pembelian tiket secara dalam talian dengan lebih lancar dan terjamin.

“Kami sedar masalah dihadapi sebelum ini berlakunya kesesakan penjualan tiket kerana terlalu ramai pengguna dalam talian pada satu-satu masa.

“Jadi kami hendak elakkan perkara itu dengan menggunakan teknologi cloud untuk memudahkan pengguna membeli tiket di kaunter atau secara dalam talian di rumah,” katanya kepada pemberita selepas meraikan Majlis Ulang Tahun KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di KL Sentral di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata sistem baharu itu diharap dapat mengurangkan masalah kesesakan penjualan tiket di kaunter selain memudahkan pengguna membeli tiket secara dalam talian.

Sempena ulang tahun kedua-dua perkhidmatan itu, beliau berkata tiket percuma akan diberikan kepada 25 penumpang pertama yang akan menaiki komuter di setiap stesen KTM Komuter Lembah Klang pada 25 Ogos ini.

“Hadiah berupa tiket-tiket percuma ETS juga diberikan kepada pemenang peraduan ucapan ulang tahun Komuter dan ETS yang berakhir semalam,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Kamarulzaman berkata perkhidmatan KTM Komuter kini menjangkau usia 25 tahun manakala tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 bagi perkhidmatan ETS.

“Bermula dengan laluan antara Rawang (Selangor) dan Kuala Lumpur pada 3 Ogos 1995, kerajaan ketika itu memutuskan memberi perkhidmatan (Komuter) percuma untuk 11 hari pertamanya kepada rakyat.

“Jasanya (Komuter) beroperasi tujuh hari seminggu selama 25 tahun itu, telah membolehkan lebih 742 juta penumpang tiba ke destinasi masing-masing,” katanya sambil menambah komuter sebagai pengangkutan kereta api elektrik pertama diperkenalkan di Malaysia.

Menurutnya, sejak dilancarkan pada 2010 antara Kuala Lumpur dan Ipoh (Perak), ETS pula telah membawa lebih 23 juta penumpang sehingga kini.

“Operasinya juga telah merangkumi di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

KTMB sedia khidmat komuter 24 jam sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menyediakan perkhidmatan KTM komuter 24 jam tanpa henti bermula 7 hingga 10 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Kawalan Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata 310 perkhidmatan komuter tambahan turut disediakan tahun ini, menjadikan sejumlah 832 perkhidmatan kesemuanya bagi tempoh empat hari tiga malam itu khusus untuk kemudahan pengguna dan pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Perkhidmatan ini bermula pada 7 Feb (Jumaat) 5.45 pagi dan tamat pada 10 Februari (Isnin) 9.36 malam, yang mana komuter bagi laluan ke dan dari Stesen Batu Caves akan ditambah serta dilanjutkan waktu operasinya sempena Thaipusam. Ini membabitkan Laluan Batu Caves-Seremban-Batu Caves serta Laluan Pelabuhan Klang-Kl Sentral-Pelabuhan Klang dengan kekerapan perkhidmatan tren bagi setiap 30 minit.

“Sebanyak 24 stesen akan dibuka sepanjang tempoh ini antaranya melibatkan stesen Batu Caves, Taman Wahyu, Sentul, Kuala Lumpur Sentral, Nilai dan Seremban. Namun tiada perkhidmatan tren tambahan ke dan dari stesen Laluan Tanjung Malim-Segambut-Tanjung Malim,” katanya pada sidang media Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2020 di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi memudahkan penumpang yang akan berkunjung ke Batu Caves tahun ini, KTMB akan membuka Platfrom 2 di Stesen Batu Caves buat pertama kalinya bagi memastikan kelancaran aliran keluar masuk penumpang, yang mana ia dikhususkan bagi penumpang yang menggunakan komuter di Laluan Batu-Caves-Sentul-Batu Caves.

“Komuter Shuttle di antara Stesen Batu Caves dan Sentul ini akan disediakan dengan kekerapan 30 minit, sementara KTMB turut menyediakan bas pengantara di Stesen Sentul bagi penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral dengan tambang RM1 bagi penumpang dewasa manakala percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun pemegang tiket konsesi dua hala (warga emas dan Orang Kurang Upaya),” jelas Mohd Zain.

Jelasnya, seramai 350 orang kakitangan KTMB akan bertugas bagi memastikan kelancaran semua perkhidmatan komuter dan pergerakan penumpang, di samping bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pasukan pertolongan cemas St. John Ambulans.

“Malahan kita turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (sari segi) tinjauan kesihatan dan aspek keselamatan penumpang di stesen-stesen kita susulan laporan mengenai jangkitan 2019 novel Koronavirus di Malaysia. Oleh itu penumpang dinasihatkan sentiasa membawa dan memakai topeng muka bagi menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

KTMB patuhi garis panduan cegah penularan koronavirus

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak koronavirus sejurus berita wabak itu mula dikesan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata pematuhan itu melibatkan semua kakitangan yang bertugas di kedua-dua pintu masuk utama perkhidmatan kereta api di Johor Bahru, Johor dan Padang Besar, Perlis.

“Semua kakitangan yang bertugas di stesen dan di dalam setiap kereta api yang beroperasi di kedua-kedua pintu masuk utama negara itu diarah mematuhi aspek-aspek kesihatan dan keselamatan.

KTMB mengendalikan lebih 8,000 penumpang di pintu masuk Johor Bahru Sentral setiap hari, menerusi 31 perkhidmatan tren Shuttle Tebrau di antara Johor Bahru dengan Woodlands, Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata lebih 300 penumpang pula menggunakan Stesen Padang Besar untuk menaiki tren-tren seliaan State Railway of Thailand (SRT) sehari.

Kamarulzaman berkata langkah keselamatan itu turut membabitkan semua kakitangan perkhidmatan tren kargo yang berulang-alik di antara Thailand dengan Semenanjung Malaysia.

Antara langkah kesihatan dan keselamatan diambil, termasuk mewajibkan pemakaian topeng muka oleh kakitangan, hebahan panduan pencegahan wabak kepada para penumpang serta bantuan kepada unit saringan dan kuarantin KKM.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

ETS2: KTMB bakal perkenal Koc kelas perniagaan

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal memperkenalkan perkhidmatan koc ‘Business Class’ (kelas perniagaan) bagi perkhidmatan tren elektrik terbaharunya ETS2, bulan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, koc kelas perniagaan eksklusif itu, satu daripada enam gerabak ETS2 direka khas, sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu, selain dilengkapi kemudahan kondusif seiring jenama kelas perniagaan tersebut.

“Ini termasuk tempat duduk luas dan selesa berbanding koc biasa, serta perkhidmatan pramugara dan pramugari khusus bagi koc kelas perniagaan. Penumpang dalam gerabak itu turut akan ditawarkan kemudahan khas seperti kit perjalanan, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta port USB,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiket tren bagi perjalanan bermula dari 11 Oktobder akan dijual mulai 8.30 pagi, 12 September ini.

Katanya, perkhidmatan tren elektrik (ETS) amat popular dalam kalangan penumpang KTMB dan sepanjang tahun lepas, sejumlah 3.91 juta telah menggunakan perkhidmatan kereta api itu.

“Sehingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 2.15 juta orang telah menaiki ETS, purata 10,400 penumpang sehari. Penambahan set-set tren ETS2 itu sejajar dengan hasrat kerajaan meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam berasaskan rel.

“Dua perkhidmatan tren terbaharu itu menjadikan keseluruhan 38 perkhidmatan ETS beroperasi setiap hari. Ia sebahagian daripada sembilan set tren ETS2 yang bakal diterima peneraju perkhidmatan rel nasional itu secara berperingkat sehingga suku pertama tahun depan,” katanya.

Bersempena dengan pengenalan koc baharu itu, KTMB turut mengumumkan harga tiket promosi RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, Perak, manakala RM112 bagi perjalanan KL Sentral-Padang Besar, Perlis dan promosi itu sah bagi perjalanan di antara 11 Okt sehingga 30 Nov 2019.

Sementara warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung ETS2 di laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter) atau menerusi Pusat Panggilan 24 jam KTMB di talian 03-22661200.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

SSDU-KTMB kongsi kepakaran CCTV analitik

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 17 JUN: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menerima kunjungan 20 warga kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini baru-baru ini.

Delegasi diketuai Pengurus Besar Keselamatan KTMB, Meyor Hamdan itu bertujuan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan inisiatif Smart Selangor, khususnya inisiatif CCTV analitik selain berkongsi kepakaran sesuai untuk diaplikasikan pada pengurusan perkhidmatan KTMB.

Pengarah Urusan SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, lawatan itu menjadi medan mewujudkan kerjasama antara pihaknya dan KTMB dalam usaha mengintegrasi data Aplikasi MyRailTime Journey Planner bersama aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS).

“Mod pengangkutan yang berbeza dalam satu aplikasi ini dapat memangkin kadar penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat Selangor.

“Lawatan ini diharap sedikit sebanyak dapat memberi input yang mencukupi kepada pihak KTMB untuk digunapakai pada masa hadapan kelak,” katanya.

Warga kerja KTMB turut dibawa ke Smart Selangor Command Centre untuk melihat sendiri demo ujian CCTV analitik yang mampu membuat pengecaman wajah individu, mengesan haba badan melalui kamera thermo, pengesahan pencerobohan termasuk fungsi mengira bilangan orang secara automatik.

Categories
NASIONAL

Tiket ETS, KTM Intercity sempena Aidilfitri mula dijual 10 April

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 3 APR: Bersempena kedatangan Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula membuka kaunter jualan tiket perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dan KTM Intercity pada 10 April ini.

Berdasarkan kenyataan Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang ingin pulang ke kampung boleh mula membeli tiket itu seawal jam 8.30 pagi.

Difahamkan, tiket bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity itu adalah bagi perjalanan antara 1 Mei hingga 16 Jun berdasarkan jadual waktu perjalanan sedia ada.

“Sejumlah 36 perjalanan keretapi ETS dan 49 bagi KTM Intercity disediakan untuk menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu.

“Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau menerusi aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta di kaunter tiket KTMB.

“Selain itu, kadar bagi tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral – Woodlands -JB Sentral) kekal seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang awam boleh melayari laman web rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my, KTM Berhad (Facebook), @ktm_berhad (Twitter) dan @ktmbofficial (Instagram) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.

Categories
NASIONAL

KTMB tawar diskaun hingga 50 peratus untuk perkhidmatan ETS

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 23 NOV: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, ia sebagai tanda penghargaan kepada penumpang setia ETS di samping menggalakkan lebih ramai penumpang untuk merasai pengalaman menaiki tren KTMB tersebut.

“Bagi promosi diskaun tambang murah, diskaun 50 peratus diberikan kepada laluan KL Sentral-Gemas-KL Sentral dan juga Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani untuk perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis.

“Bagi promosi diskaun tambah murah 25 peratus pula, promosi adalah untuk ke mana-mana destinasi laluan tren ETS yang sedia ada bagi perjalanan pada hari Selasa dan Rabu,” katanya dalam kenyataan.

Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter-kaunter KTMB sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Perkhidmatan yang diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 itu mempunyai 16 perkhidmatan sehari bagi laluan perjalanan antara Kuala Lumpur-Ipoh dengan purata jumlah penumpang seramai 1,500 orang sehari.

Kini ETS berkembang dengan lebih banyak pilihan laluan perjalanan di antara Sektor Selatan dan Sektor Utara, iaitu 36 perkhidmatan sehari dengan purata jumlah penumpang 12,000 orang sehari.

Categories
SELANGOR

Persekutuan disaran beri rizab kereta api kepada rakyat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Persekutuan disaran mempertimbang pemberian tanah kepada peneroka bandar yang menduduki tanah rizab yang diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebelum ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, KTMB kini adalah entiti swasta dan tanah berkenaan dibimbangi digunakan bagi tujuan lain selain kereta api.

Katanya, perkara itu sudah berkali dibincangkan namun, Perbadanan Aset Keretapi bertegas bahawa mereka masih memerlukan rizab kereta api.

CP2A5465“Kita minta rizab dibatalkan dan diberikan kepada penduduk sebab kita melihat mustahil untuk keretapi lalu di kawasan berkenaan.

“Lagipun, penduduk sudahpun menduduki kawasan berkenaan bagi satu tempoh lama, maka wajarlah dipertimbangkan untuk diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Antara rizab kereta api yang diduduki peneroka bandar termasuk di Kuang, Ijok dan Rawang.

Iskandar berkata, terdapat juga kediaman peneroka bandar di rizab jalan, rizab sungai, rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain.

“Jika sesuai, kita akan syorkan agar mereka diberikan hak milik.

“Jika perlu juga, kita akan pindahkan mereka ke tapak lain yang sesuai atau tawarkan Rumah Selangorku,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MBPJ, KTMB digesa baikpulih longkang elak banjir

ktmPETALING JAYA 4 SEPTEMBER : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) digesa bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah longkang tersumbat sehingga menyebabkan banjir kilat di perumahan Jalan Railway 1/2.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata, penduduk sering mengalami tragedi banjir kilat sejak lapan tahun lalu berikutan sistem saliran di kawasan milik KTMB didakwa tidak diselenggara dengan baik.

Katanya, KTMB perlu menyelenggara saliran berkenaan dengan lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengelakkan banjir.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Dhanaraj, 59, berkata beliau seringkali mengajukan masalah berkenaan kepada MBPJ tetapi tiada penyelesaian berjaya dilakukan.rajiv

“Rumah saya dikawasan rendah, bila hujan memang masuk air sampai dalam rumah. Air tidak masuk ke dalam longkang, mungkin sebab longkang itu terlalu rendah dan tak mampu menampung air yang banyak,” katanya yang tinggal di kawasan ini sejak 40 tahun lalu.

Seorang lagi penduduk, Wong Ah Lek, 49, berkata kawasan rumahnya dinaiki air sekurang-kurangnya 3kali sebulan dan ini merumitkan kehidupan sehariannya.

“Sekarang musim hujan, saya mintak pihak yang terlibat segera mengambil jalan penyelesaian supaya masalah ini dapat diatasi,” katanya.

Mereka meminta MBPJ menghantar notis kepada KTMB supaya menyelenggara sistem saliran di kawasan yang didiami lebih 60 buah rumah itu.

Katanya, MBPJ juga diminta membina saliran baru yang lebih besar dan tinggi kerana saliran sedia ada tidak berkesan mengalirkan air hujan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Chromebook : Kementerian Didakwa Bayar YTL Lebih Mahal Dari Pasaran – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 16072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tindakan Kementerian Pendidikan membekalkan komputer riba Chromebook ke sekolah di bawah program “1Student 1Device” melalui YTL Corporation Bhd (YTL) mengundang persoalan kerana ia dipercayai bakal menelan kos tinggi sehingga RM6.6 bilion.

2. Kerajaan Malaysia didesak supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat kontraktor projek Sistem Kutipan Tambang Automatik (AFC) untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

3. Kerajaan telah diberitahu mengenai rancangan pencerobohan pengganas Sulu dua minggu sebelum penceroboh tiba di Lahad Datu.

4. Program kesedaran berhubung peranan Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) akan giat dilaksanakan secara komprehensif oleh Kerajaan Negeri ke semua peringkat khususnya di luar bandar.