Categories
AGENDA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal bawah paras 5,000

SHAH ALAM, 29 NOV: Sebanyak 4,087 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menurun sedikit berbanding semalam dengan 4,239 kes.

Ketua Pengarah Kesiahatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan virus itu kini sebanyak 2,627,903 kes.

Menerusi Twitter beliau memaklumkan, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan harian Covid-19 lepasi angka 6,000

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak 6,144 kes baharu dilaporkan hari ini menaik sedikit berbanding 5,755 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi twitter memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini sebanyak 2,608,979 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP selepas tengah malam.

Categories
AGENDA NASIONAL

Hanya 102 daripada 5,516 kes baharu kategori tiga, empat, lima

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Hanya 1.8 peratus atau 102 kes daripada 5,516 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, melibatkan individu dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Kategori Tiga merujuk kepada mereka yang mempunyai radang paru-paru, Kategori Empat memerlukan bantuan oksigen dan Kategori Lima memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 5,414 kes atau 98.2 peratus pula terdiri daripada mereka dalam Kategori Satu dan Dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 5,502 kes melibatkan penularan dalam negara manakala 14 kes adalah kes import,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata sebanyak 9,401 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini 2,297,289.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 669 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 333 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata empat kluster baharu dikenal pasti membabitkan tiga kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan lain.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Malaysia catat 10,959 kes sembuh, 7,373 jangkitan baharu

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Malaysia mencatat kes sembuh Covid-19 sebanyak 10,959 kes, mengatasi angka kes baharu berjumlah 7,373.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata daripada 7,373 kes baharu Covid-19 itu, 98.2 peratus atau 7,240 kes adalah daripada kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Sementara 133 kes atau 1.8 peratus dalam kategori tiga, empat dan lima,” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 hari ini, dua adalah kes import melibatkan masing-masing satu warganegara dan bukan warganegara, manakala 7,371 adalah kes tempatan membabitkan 6,991 kes atau 94.8 peratus warganegara sementara 380 atau 5.2 peratus bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata 762 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 410 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, sebanyak lapan kluster baharu dilaporkan dengan lima kluster komuniti dan masing-masing satu kluster tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.

Kelantan menjadi negeri dengan kluster baharu tertinggi iaitu sebanyak empat kluster komuniti.

Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini ialah 0.86 dengan negeri kadar Rt tertinggi adalah Perlis iaitu 1.10.

Menurut beliau, maklumat terperinci situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web COVIDNOW dengan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

8,743 jangkitan baharu, 14,422 kes sembuh Covid-19

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Malaysia mencatatkan kes sembuh Covid-19 sebanyak 14,422 kes, mengatasi jumlah kes baharu iaitu 8,743 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata daripada 8,743 kes baharu Covid-19 itu 98.6 peratus atau sebanyak 8,621 kes adalah daripada kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Sementara 122 kes atau 1.4 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 hari ini 14 adalah kes import melibatkan tujuh warganegara dan tujuh lagi bukan warganegara sementara 8,729 adalah kes tempatan membabitkan 8,258 kes atau 94.6 peratus warganegara manakala 471 atau 5.4 peratus bukan warganegara.

Beliau berkata sebanyak 770 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 419 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan dengan empat kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Pahang menjadi negeri dengan kluster baharu tertinggi iaitu sebanyak tiga kluster terdiri daripada tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, nilai kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini ialah pada 0.86 dengan negeri kadar Rt tertinggi adalah Putrajaya iaitu 1.11.

Menurut beliau, maklumat terperinci situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web COVIDNOW yang mana data dikemaskini pada 12 tengah malam setiap hari.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kes sembuh Covid-19 hampir dua kali ganda jangkitan baharu

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Kes sembuh Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 15,615 kes, hampir dua kali ganda daripada 8,817 kes baharu yang dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu pula, 8,635 kes (97.9 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua, manakala baki 2.1 peratus atau 182 kes merupakan kategori tiga, empat dan lima.

Kategori satu dan dua adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan, sementara kategori tiga merujuk pada mereka yang menghidap radang paru-paru, empat memerlukan bantuan oksigen dan lima pula memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 14 daripada jumlah kes baharu itu adalah kes import melibatkan 11 warganegara dan tiga rakyat asing, manakala 8,803 kes melibatkan penularan dalam negara iaitu 8,109 warganegara dan 694 rakyat asing.

“Terdapat 851 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) merangkumi 815 kes positif Covid-19 dan 36 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan dengan 395 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan perkembangan situasi Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak 14 kluster baharu dikesan dengan 10 daripadanya berkaitan tempat kerja, dua kluster membabitkan penularan dalam komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta, menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 956.

Beliau memaklumkan Malaysia juga semalam mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) pada 0.87 dengan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.04.

Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman GitHub dan laman sesawang  http://COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan meningkat sedikit, Selangor pada paras 2,000

SHAH ALAM, 24 SEPT: Jumlah jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sedikit peningkatan dengan 14,554 kes berbanding 13,754 semalam.

Berdasarkan perkongsian ketua pengarah kesihatan di Facebook, jangkitan baharu di Selangor juga meningkat kepada 2,244 kes berbanding 1,985 semalam.

Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham, Sarawak catat angka jangkitan harian paling banyak dengan 2,825 dan tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

Berikut perincian kes bagi negeri dan wilayah:

Johor – 1,807
Sabah – 1,273
Pulau Pinang – 1,231
Perak – 1,144

Kelantan – 910
Kedah – 908
Terengganu – 690
Pahang – 598
Melaka – 401

Kuala Lumpur – 271
Negeri Sembilan – 157
Perlis – 65
Putrajaya – 30
Labuan – 0

Categories
AGENDA NASIONAL

Hanya 1.6 peratus kes baharu dalam kategori tiga hingga lima

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Hanya 1.6 peratus atau 243 kes daripada 14,954 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hingga 12 tengah hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kategori tiga merujuk kepada pesakit yang mengalami radang paru-paru, kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori lima memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau, baki 14,711 kes atau 98.4 peratus pula adalah daripada kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 11 adalah kes import melibatkan sembilan warganegara dan dua rakyat asing manakala 14,943 kes lagi adalah penularan dalam negara melibatkan 13,580 warganegara dan 1,363 rakyat asing,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh 24 jam yang lepas, sebanyak 23,469 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah kes pulih dari Covid-19 dalam negara kini ialah 1,863,922.

Terdapat 1,194 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) merangkumi 882 kes disahkan positif Covid-19 dan 312 kes lagi adalah “suspected”, “probable” dan kes dalam siasatan.

Daripada jumlah terbabit, 665 kes memerlukan bantuan pernafasan merangkumi 401 kes disahkan Covid-19, sementara 264 kes adalah “suspected”, “probable” dan kes dalam siasatan.

Beliau berkata sebanyak 19 kluster baharu dikesan dalam tempoh sama dengan 13 daripadanya berkaitan tempat kerja, empat berkaitan penularan dalam komuniti dan masing-masing satu kluster berkaitan pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) Malaysia semalam adalah 0.94 dengan Sarawak mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.08, diikuti Pahang dan Terengganu (1.05) serta Johor dan Perak (1.01).

Sementara itu, berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW dan Github, sejumlah 324 kes kematian baharu dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini ialah 23,067 kes.

Bagaimanapun, daripada jumlah kematian baharu itu, hanya tujuh kes adalah kematian sebenar yang dilaporkan berlaku semalam (18 Sept) manakala selebihnya adalah pelaporan kes kematian tertunggak. Sebanyak 70 kematian baharu yang dilapor adalah kes yang berlaku di luar hospital.

Sejumlah 146 kes kematian dilaporkan di Selangor, Johor (54), Kedah (24), Pulau Pinang (25), Perak (15), Sabah (13), Kelantan (12), Sarawak (11), Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing tujuh) serta Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing lima).

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah harian turun bawah 5,000 kes, pertama kali sejak hampir sebulan

SHAH ALAM, 14 JUN: Jumlah kes harian Covid-19 turun 355 kes kepada 4,949 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Rekod dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan bilangan kes bawah 5,000 pertama kali dicatatkan dalam bulan ini.

Kali terakhir negara merekodkan kes paras 4,000 ialah pada 18 Mei iaitu sebanyak 4,865 kes.

Selain Selangor yang mencatat 1,523 kes, Sarawak merekodkan 744 kes, Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323) dan Pulau Pinang serta Kelantan masing-masing 214 kes.

Berikut pecahan kes bagi negeri-negeri lain:

Kedah – 199
Perak – 136
Melaka – 119
Labuan – 113
Terengganu – 86
Pahang – 61
Putrajaya – 10
Perlis – 1

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19 catat lebih 2,000 kes empat hari berturut-turut

SHAH ALAM, 18 APRIL: Jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara melebihi angka 2,000 selama empat hari berturut-turut.

Terbaharu, sebanyak 2,195 kes dilaporkan dengan Sarawak mencatat jangkitan tertinggi iaitu 508 kes diikuti Selangor sebanyak 431 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Johor turut menunjukkan peningkatan iaitu 387 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mac.

Sementara itu, sebanyak 1,427 kes sembuh dilaporkan dengan 219 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 90 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Lapan lagi kematian turut dilaporkan.

Berikut jumlah kes harian mengikut negeri:

  • Sarawak (508)
  • Selangor (431)
  • Johor (387)
  • Kelantan (332)
  • Kuala Lumpur (176)
  • Sabah (112)
  • Pulau Pinang (84)
  • Negeri Sembilan (42)
  • Perak (35)
  • Kedah (30)
  • Terengganu (16)
  • Pahang (15)
  • Melaka (15)
  • Labuan (6)
  • Putrajaya (3)
  • Perlis (3)

    Grafik Twitter KKMalaysia
Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19 catat 3,297 kes baharu, lima kematian

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 3,297 kes berbanding 2,461 semalam dengan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 3,291 daripada jumlah kes baharu hari ini adalah penularan dalam negara melibatkan 1,402 warganegara dan 1,889 bukan warganegara manakala enam adalah kes import menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 283,569 kes.

Beliau berkata bagaimanapun kes sembuh yang dicatatkan dalam negara masih tinggi iaitu 4,456 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 249,209.

“Sebanyak lima kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,056 kes manakala 209 kes pula dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 91 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian hari ini melibatkan masing-masing dua kes di  Selangor dan Terengganu serta satu kes di Kuala Lumpur yang berumur antara 29 hingga 82 tahun.

Beliau memaklumkan Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi dengan 1,215 kes yang berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Jalan Changkat Jong iaitu kluster tempat kerja yang melaporkan kes sebanyak 1,046 kes (86.1 peratus), diikuti Selangor (868 kes) dan Johor (431 kes).

Selain itu, sebanyak 124 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Tapah dengan 50 kes, Kluster Tembok Bendera (42), Kluster Tembok Sungai Udang (18), Kluster Telok Mas (lima), Kluster Penjara Sungai Jelok (lima), Kluster Tembok Bukit Besi (dua), dan Kluster DTI Sepang 2 (dua).

Mengenai kluster baharu, beliau berkata enam kluster dikenal pasti dengan kesemuanya melibatkan tempat kerja, menjadikan jumlah kluster aktif kini 510.

Lima daripada kluster baharu dilaporkan di Johor iaitu Jalan Persiaran Cemerlang, Jalan Cemerlang Besi, Jalan Kota Kulai, Jalan Kelapa Mawar dan Jalan Pandan Ria manakala Perusahaan Baru dilaporkan di Pulau Pinang.

Sebanyak 82 kluster yang mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dengan  kes baharu tertinggi  ialah Kluster Jalan Changkat Jong (1,046 kes), Kluster Industri Selesa (171), dan Kluster Tanjung Suria (97).

Sementara itu, enam kluster dilaporkan tamat hari ini iaitu Kluster Mikro, Kluster Tasik Utama, Kluster Titian, Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa, Kluster Kota Road, dan Kluster Tanjung Lumpur, menjadikan jumlah kluster tamat kini 564.

-BERNAMA

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Saringan pekerja punca kes Covid-19 Sepang melonjak

SHAH ALAM, 9 JAN: Sebanyak 139 kes Covid-19 dilaporkan di Sepang hari ini dengan 76 kes melibatkan saringan pekerja, menurut Jabatan Kesihatan Negeri.

Agensi itu memaklumkan daerah tersebut yang mencatatkan kes harian tertinggi mengesan 128 kes di mukim Dengkil, Labu (enam) dan Sepang (lima).

Hulu Langat pada kedudukan kedua merekodkan 133 kes, 61 daripadanya di mukim Kajang, Ampang (28), Cheras (26), Hulu Langat (lima) dan Beranang (empat).

“Klang pula mencatatkan 99 kes iaitu 79 di mukim Klang dan 20 di Kapar,” maklum agensi itu di Facebook.

Jabatan itu menambah Kuala Langat melaporkan 67 kes meliputi 24 kes di mukim Tanjung 12 (1), Telok Panglima Garang (22), Tanjung 12 (2) (14), Jugra (tiga), Bandar (dua) serta Batu dan Morib masing-masing satu.

Menurutnya, sebanyak 51 kes dicatatkan di Petaling iaitu 23 kes di mukim Damansara, Petaling (18), Sungai Buloh (enam) dan Bukit Raja (empat).

“Gombak pula merekodkan 49 kes meliputi 35 di mukim Batu, Setapak (lima) manakala Batu, Hulu Kelang, Kuang dan Rawang masing-masing tiga kes.

“Sebanyak 14 kes di Kuala Selangor membabitkan tujuh di mukim Ijok, Bestari Jaya (empat) serta Jeram, Kuala Selangor dan Tanjung Karang (satu),” tulisnya.

Sementara itu, lapan daripada 12 kes di Hulu Selangor melibatkan mukim Kerling, Serendah (tiga) dan Kalumpang (satu).