Categories
SELANGOR

Kes Nur Amirah dakwa diculik pengajaran buat remaja

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 JAN: Generasi muda dinasihatkan untuk tidak melakukan perbuatan di luar kawalan dan menyalahi undang-undang yang mengundang kesusahan kepada keluarga serta pihak lain.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, , berkata kes Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, membawa pengajaran bahawa perkara seperti itu tidak sewajarnya dilakukan seorang remaja.

Daroyah“Dimaklumkan dia dijumpai dalam keadaan selamat dan bukan kes culik. Kita pun kesal kerana perkara seperti ini berlaku.

“Ibu bapanya begitu sedih dengan apa berlaku dan mengharapkan dia selamat

“Kita tidak mahu perkara sama diulangi remaja lain,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkara berlaku itu amat dikesalkan kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk polis, masyarakat dan sebagainya.

Katanya, tindakan diambil remaja terbabit adalah salah dan satu penipuan.

“Pendidikan perlu diberikan kepada anak-anak dan remaja kita supaya tidak melakukan perkara sebegini bagi menjadikan mereka lebih bertanggungjawab.

“Ibu bapa juga diminta mengambil berat dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka tidak terabai,” katanya.

AmirahTerdahulu, pada 30 Disember lalu, Daroyah bersama Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali menziarahi ibu bapa mangsa, Asmah Mamai, 33, dan Abdul Majid Landu, 40, di Pelabuhan Klang bagi merakamkan simpati dan menyatakan kebimbangan terhadap insiden yang berlaku.

Bagaimanapun, Nur Amirah Athirah yang dilaporkan hilang didakwa diculik Ahad lalu, ditemui selamat bersama seorang lelaki di Banting, malam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mereka berjaya dijejaki polis dalam operasi dijalankan di kawasan berkenaan.

“Kita berjaya mengesannya dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-dua mereka di sebuah stesen minyak di situ,” katanya.

Difahamkan, mereka berdua kini ditahan polis bagi siasatan lanjut.

-nR-