Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 turun pada paras 2,000, satu kluster baharu dikesan

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Kes baharu Covid-19 di Malaysia menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,888 kes hari ini, berbanding 3,251 kes semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan itu menyumbang kepada 2,786,219 kes kumulatif hari ini, manakala dilaporkan sebanyak 2,714 kes sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh 2,714,614 direkodkan dalam tempoh sama,

“Daripada 2,888 kes harian dilaporkan hari ini, sebanyak 36 kes atau 1.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 248 kes, sementara 117 kes memerlukan bantuan pernafasan dan terdapat satu kluster baharu turut dikesan hari ini,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, hari ini.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pada 0.97 dengan Labuan merekodkan nilai tertingi iaitu 1.12 dan 1.06 bagi Sabah.

Mengenai banjir, Dr Noor Hisham berkata setakat 3 petang tadi, KKM mengesan tiga lagi kes positif dalam kalangan mangsa banjir, menjadikan jumlah keseluruhan kini 469 kes.

Katanya, KKM turut mengesan sembilan penyakit berjangkit melibatkan mangsa bencana itu merangkumi lapan kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian naik sedikit, Selangor kembali paras 1,000 kes

SHAH ALAM, 5 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara meningkat sebanyak 742 kes kepada 8,817 hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor kembali paras 1,000 dengan 1,348 kes berbanding 686 semalam.

Dua negeri turut merekodkan jangkitan empat angka iaitu Sarawak dengan 1,361 diikuti Kelantan 1,063 kes.

Senarai angka jangkitan negeri dan wilayah seperti berikut:

Sarawak – 1,361
Selangor – 1,348
Kelantan – 1,063

Johor – 886
Sabah – 805
Pahang – 696
Pulau Pinang – 595
Kedah – 576
Perak – 473
Terengganu – 356
Melaka – 246
WPKL – 217
Negeri Sembilan – 122

Perlis – 47
WP Putrajaya – 23

WP Labuan – 3

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan di Selangor kekal paras 1,000

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini meningkat 131 kes kepada 1,362, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan jangkitan di seluruh negara naik kepada 12,434 kes berbanding 11,332 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,967 kes diikuti Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

Kebanyakan negeri juga merekodkan kes tiga angka iaitu:

Perak – 971
Pulau Pinang – 863
Pahang – 663
Kedah – 652
Terengganu – 612
Melaka – 375
WPKL – 284
Negeri Sembilan – 169

Perlis – 79
WP Putrajaya – 18
WP Labuan – 5

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor rekod bawah paras 1,000 kes

SHAH ALAM, 27 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini turun paras 1,000 dengan 979 kes direkodkan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan jangkitan di seluruh negara menurun kepada 10,959 kes berbanding 13,104 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,723 kes diikuti Johor (1,226).

Kebanyakan negeri juga merekodkan kes tiga angka iaitu:

Kelantan – 983
Pulau Pinang – 793
Pahang – 739
Perak – 713
Terengganu – 691
Kedah – 660
Melaka – 346
Kuala Lumpur – 176
Negeri Sembilan – 110

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perlis – 51
Putrajaya – 18

Labuan – 0

 

 

Categories
AGENDA NASIONAL

65.9 peratus kes baharu tiada sejarah vaksin, belum lengkap dos

SHAH ALAM, 6 SEPT: Sebanyak 65.9 peratus atau 11,441 kes daripada jumlah keseluruhan 17,352 kes harian Covid-19 tiada sejarah atau tidak lengkap suntikan vaksin.

Ketua pengarah kesihatan berkata individu tidak lengkap vaksin menerima sekurang-kurangnya satu dos atau lengkap dua dos tetapi belum cukup tempoh 14 hari.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan sebanyak 34.1 peratus atau 5,911 kes pula lengkap divaksin, namun sebahagian besar tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Daripada 268 kes kategori tiga hingga lima, sebanyak 191 kes (71.3 peratus) tiada sejarah atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) yang lengkap divaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 272 kes kematian dicatatkan hari ini membabitkan 227 warganegara manakala selebihnya warga asing.

Categories
BERITA UTAMA PENDAPAT RENCANA

Tiada pilihan selain persiap diri hidup dengan Covid-19

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman terkini mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 28 Ogos hingga pukul 3 September 2021.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi 1.8 juta kes. Di peringkat global, lebih 220 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.5 juta. Lebih 196 juta pesakit dilaporkan sembuh.

Pandemik sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

______________________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri untuk “hidup bersama Covid-19”, penyakit yang dicetuskan oleh koronavirus SARS-CoV-2, dan setakat ini sudah menjangkiti lebih 220 juta penduduk dunia.

Ini hakikat yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Khairy Jamaluddin ketika menyatakan bahawa Malaysia akan beralih daripada fasa pandemik ke fasa endemik pada Oktober 2021.

Daripada 223 buah negara yang melaporkan jangkitan koronavirus yang boleh membunuh manusia ini, Malaysia kini di tangga 23 dengan kumulatif kes Covid-19 sebanyak 1,805,382 kes.

Semalam, Malaysia melaporkan sebanyak 19,378 kes harian baharu Covid-19, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 259,189 kes.

Lebih 4.5 juta nyawa di seluruh dunia sudah melayang akibat Covid-19, yang dicetuskan oleh virus SARS-CoV-2. Di Malaysia, kes kumulatif kematian sehingga 3 September meningkat kepada 17,521 kes (0.97 peratus), apabila 330 lagi kes kematian dilaporkan semalam.

Khairy memberitahu sidang akhbar di Putrajaya pada Rabu lepas, fasa endemik Covid-19 dijangka pada Oktober selaras sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin pada bulan berkenaan.

Masyarakat, kata beliau, perlu menerima hakikat untuk hidup bersama virus itu meskipun negara berjaya mengawal pandemik Covid-19. Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat di negara ini masih perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan melakukan kawalan kendiri.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengumumkan kes sembuh sekali lagi mengatasi angka kes harian baharu, iaitu 22,399 kes berbanding 19,378 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,528,672 (84.67 peratus).

Beberapa hari sepanjang rangkuman mingguan Bernama ini (28 Ogos hingga 3 September), angka kes sembuh mengatasi kes harian baharu iaitu pada Khamis 2 September, kes sembuh sebanyak 23,473 kes berbanding 20,988 kes harian baharu; 1 September, angka kes sembuh sebanyak 21,073 kes berbanding 18,762 kes harian baharu; 30 Ogos, kes sembuh 21,257 berbanding 19,268 kes harian baharu, dan 29 Ogos, kes sembuh 20,845 berbanding 20,579 kes harian baharu.

Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA

Sepanjang rangkuman mingguan (28 Ogos hingga 3 September), kes harian baharu seperti berikut:

28 Ogos (22,597 kes), 29 Ogos (20,579 kes), 30 Ogos (19,268 kes), 31 Ogos (20,897 kes), 1 September (18,762 kes), 2 September (20,988 kes) dan 3 September (19,378 kes)

Sebanyak 975 kes pesakit Covid-19 memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 463 kes daripadanya prosedur intubasi/bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 19,378 kes harian baharu semalam, sebanyak 332 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5.

Dalam kenyataan akhbar, beliau berkata, sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori lima. Kategori empat untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Secara keseluruhannya, hanya 5,893 kes (30.4 peratus) daripada sebanyak 19,378 kes baharu hari ini mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Sebanyak 4,638 kes (23.9 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin, sementara 8,847 kes (45.7 peratus) tiada sejarah vaksinasi.

Mengenai situasi dan maklumat terkini mutasi spike protein Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham memaklumkan pada Selasa 31 Ogos 2021, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Mara (UiTM) Selangor, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM) mengenalpasti sebanyak 265 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

IMR mengenal pasti sebanyak 39 kes varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE mengenalpasti sebanyak 48 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM) pula mengenalpasti sebanyak 178 kes varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,221 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,201 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, 4 kes varian Kappa, dan 3 kes varian Eta.

Perkembangan lain dalam negara

Sehingga semalam, Malaysia merekod sebanyak 1,476 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 4,838 kluster di kesan di negara ini dan 3,362 daripadanya, ditamatkan.

Berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 227 kluster baharu dan yang terbanyak, kluster tempat kerja sebanyak 131 (57.7 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 72 (31.7 peratus).

Setiap pekerja Nestle’ wajib menjalani ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) dua kali seminggu bagi mengelakkan penularan Covid-19 di kilangnya, sebelum ini saringan dibuat sekali seminggu sekali namun ditingkatkan susulan peningkatan kes harian di Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sebanyak lapan negeri mencatat kes harian baharu empat angka, 5 negeri tiga angka, dua negeri dua angka dan sebuah negeri, satu angka.

Senarai negeri seperti berikut:

Kes harian baharu empat angka – Selangor 3,613 kes, Sarawak 2,464 kes, Sabah 2,404 kes, Johor 2,331 kes, Pulau Pinang 1,726 kes, Kedah 1,470 kes, Perak 1,389 kes dan Kelantan 1,356 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka – WP Kuala Lumpur 740 kes, Pahang 559 kes, Terengganu 532 kes, Melaka 399 kes dan Negeri Sembilan 270 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 80 kes dan WP Putrajaya 41 kes.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 4 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

28 Ogos (1.01 ), 29 Ogos (1.01), 30 Ogos (1.02), 31 Ogos (1.02), 1 September (0.99 ), 2 September (0.97) dan 3 September (0.96).

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 3 September adalah Sarawak 1.14, Perlis 1.13 dan Johor 1.11.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (28 Ogos-3 September 2021)

Rekod kes sembuh:

28 Ogos (19,492 kes), 29 Ogos (20,845 kes), 30 Ogos (21,257 kes), 31 Ogos (18,465 kes), 1 September (21,073 kes), 2 September (23,473 kes) dan 3 September (22,399 kes).

*kes kumulatif sembuh sehingga 3 September 2021 sebanyak 1,528,672 (84.7 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

28 Ogos – Kes baharu : 22,597 kes; Kes import : 12 kes (3 warganegara, 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 22,585 kes [18,677 warganegara (82.7%); 3,908 bukan warganegara (17.3%)];

29 Ogos – Kes baharu : 20,579 kes; Kes import : 7 kes (4 warganegara, 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 20,572 kes [17,106 warganegara (83.2%); 3,466 bukan warganegara (16.8%)];

30 Ogos: Kes baharu : 19,268 kes; Kes import : 16 kes (4 warganegara, 12 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,252 kes [16,662 warganegara (86.5%); 2,590 bukan warganegara (13.5%)];

31 Ogos – Kes baharu : 20,897 kes; Kes import : 1 kes (warganegara); Kes tempatan : 20,896 kes [18,326 warganegara (87.7%); 2,570 bukan warganegara (12.3%)];

1 September – Kes baharu : 18,762 kes; Kes import : 5 kes (3warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 18,757 kes [16,532 warganegara (88.1%); 2,225 bukan warganegara (11.9%)];

2 September – Kes baharu : 20,988 kes; Kes import : 1 kes (bukan warganegara); Kes tempatan : 20,987 kes [18,436 warganegara (87.8%); 2,551 bukan warganegara (12.2%)];

3 September – Kes baharu : 19,378 kes (1,805,382 kes kumulatif); Kes import : 14 kes (7 warganegara; 7 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,364 kes [16,782 warganegara (86.7%); 2,582 bukan warganegara (13.3%)].

Petugas kesihatan yang lengkap memakai alat perlindungan diri (PPE) meguruskan mayat pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Kristian Klang pada 9 Ogos 2021. Foto BERNAMA

Rekod kes kematian:

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

28 Ogos – Kes kematian : 252 kes, 32 kes BID;

29 Ogos – Kes kematian : 285 kes, 51 kes BID;

30 Ogos – Kes kematian : 295 kes, 53 kes BID;

31 Ogos – Kes kematian : 282 kes, 98 kes BID;

1 September – Kes kematian : 278 kes, 65 kes BID;

2 September – Kes kematian : 249 kes, 80 kes BID;

3 September – Kes kematian: 330 kes, 93 BID.

*kes kumulatif kematian setakat 3 September 2021 = 17,521 (0.97 peratus).

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:

*kluster yang mencatat kes positif yang banyak ketika diumumkan

28 Ogos – Kluster baharu 36 (kluster tempat kerja 23, kluster komuniti 12 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

29 Ogos – Kluster baharu 26 (kluster tempat kerja 20, kluster komuniti 5 dan kluster pendidikan 1);

30 Ogos – Kluster baharu 36 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 13, kluster pendidikan 2, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pusat tahanan 1);

31 Ogos – Kluster baharu 22 (kluster tempat kerja 11, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pusat tahanan 1);

1 September – Kluster baharu 42 (kluster tempat kerja 22, kluster komuniti 17, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster pusat tahanan 1);

2 September – Kluster baharu 31 (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 9, kluster kumpulan berisiko tinggi 5 dan kluster pendidikan 1);

3 September – Kluster baharu 34 (kluster tempat kerja 20, kluster komuniti 8, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 4).

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 220,141,079 (Rangkuman Mingguan lalu 215,683,917 kes) dengan 4,560,606 kematian ( Minggu lalu 4,492,349 kematian). Kes pesakit sembuh 196,817,189 (minggu lalu 192,862,772).

Sebanyak 223 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, United Kingdom, Perancis, Turki, Argentina, Iran dan Colombia.

Imbasan mikroskop elektron menunjukkan SARS-CoV-2 (objek biru bulat) muncul dari permukaan sel yang dikultur di makmal, yang menyebabkan Covid-19. Virus itu diasingkan dari seorang pesakit di Amerika Syarikat pada 27 Februari 2020. Foto AFP

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 40,513,018 kes (662,853 kematian);

India 32,903,289 kes (439,916 kematian);

Brazil 20,830,712 kes (582,004 kematian);

Rusia 6,975,174 kes (185,611 kematian);

United Kingdom 6,862,904 kes (132,920 kematian);

Perancis 6,799,240 kes (114,680 kematian);

Turki 6,435,773 kes (57,283 kematian);

Argentina 5,195,601 kes (112,195 kematian);

Iran 5,083,133 kes (109,549 kematian); dan

Colombia 4,913,031 kes (125,097 kematian)

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 108 dengan 94,954 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 106 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Indonesia di tangga 13 – 4,109,093 kes (134,356 kematian);

Filipina di tangga 20 – 2,020,568 kes (33,873 kematian);

Thailand di tangga 29 – 1,249,140 kes (12,374 kematian);

Vietnam di tangga 53 – 486,727 kes (12,138 kematian)

Myanmar di tangga 63 – 406,099 kes (15,600 kematian);

Kampuchea di tangga 109 – 94,417 kes (1,937 kematian);

Singapura di tangga 116 – 68,210 kes (55 kematian);

Laos di tangga 152 – 15,605 kes ( 15 kematian);

Brunei di tangga 189 – 2,960 kes (12 kematian).

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan kes harian masih paras 20,000, Selangor paras 7,000

SHAH ALAM, 15 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara menurun sedikit kepada 20,546 kes berbanding 20,670 semalam, mengikut data dikongsi ketua pengarah kesihatan.

Angka yang dipapar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook bagaimanapun menunjukkan jangkitan di Selangor naik sebanyak 701 kes kepada 7,307.

Data menunjukkan tujuh negeri mencatat kes melebihi angka 1,000 iaitu Kuala Lumpur (1,442), Johor (1,508), Sabah (1,665), Kedah (1,596), Pulau Pinang (1,111), Kelantan (1,025) dan Perak (1,069).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Sarawak – 963
Pahang – 926

Negeri Sembilan – 698
Melaka – 631

Terengganu – 534

WP Putrajaya – 47
Perlis – 21
WP Labuan – 3

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah lonjak semula kepada 17,105 kes, jangkitan di Selangor terus menurun

SHAH ALAM, 3 OGOS: Walau jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara melonjak semula kepada 17,105 kes hari ini, angka di Selangor menunjukkan penurunan selama empat hari berturut-turut.

Jangkitan nasional menurun kepada 15,764 kes semalam dan 17,150 pada Ahad setelah merekodkan jumlah tertinggi dengan 17,786 kes pada Sabtu lalu.

Selangor pula terus menunjukkan aliran menurun jumlah kes setiap hari dari 6,400 kes pada Sabtu, diikuti 6,326 (Ahad), 6,067 (semalam) dan 5,836 kes hari ini.

Menurut angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, beberapa negeri masih kekal dengan jumlah lebih 1,000 kes, tidak termasuk Kuala Lumpur dengan 2,309 kes.

Johor, Sabah dan Kedah pula tidak menunjukkan aliran menurun dalam tempoh empat hari tersebut, semuanya bertahan pada angka antara 1,002 hingga 1,511 kes.

Sementara itu Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Pahang menyaksikan jumlah agak besar antara lebih 600 hingga hampir 1,000 kes.

Jumlah kes hari ini di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Johor – 1,275
Kedah – 1,036
Sabah – 1,010

Perak – 967
Kelantan – 915

Negeri Sembilan – 816
Pulau Pinang – 798
Pahang – 628

Melaka – 508
Sarawak – 494
Terengganu – 429

Putrajaya – 72
Perlis – 7
Labuan – 5

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian catat 17,150 kes, Selangor masih paras 6,000

SHAH ALAM, 1 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 sedikit menurun dengan 17,150 kes dicatatkan hari ini berbanding rekod tertinggi 17,786 semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, jumlah kes di Selangor juga menunjukkan penurunan sedikit kepada 6,326 kes berbanding 6,400 semalam.

Angka yang dipapar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Kuala Lumpur melepasi paras 2,000 dengan mencatat 2,086 kes berbanding 1,962 kes semalam.

Turut merekodkan jumlah besar Kedah, Johor dan Sabah masing-masing 1,511, 1,045, dan 1,002 kes.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan – 809

Pulau Pinang – 752

Perak – 693

Melaka – 686

Pahang – 676

Sarawak – 578

Kelantan – 459

Terengganu – 429

WP Putrajaya – 72

Perlis – 21

WP Labuan – 5

Categories
BERITA UTAMA PENDAPAT RENCANA

Minggu suram buat Malaysia, kes empat angka meledak di enam negeri

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman terkini mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 Julai hingga pukul 8.30 malam 30 Julai 2021.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi sejuta kes. Di peringkat global, lebih 197 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4 juta. Lebih 178 juta pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh. Pandemik Covid-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

__________________________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Minggu yang suram bagi Malaysia! Bukan sahaja kes harian baharu Covid-19 terus meledak sehingga melonjakkan kes kumulatif melepasi angka sejuta tetapi kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut meningkat empat angka.

Sekiranya pada minggu lalu, negeri yang menjadi tumpuan ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Negeri Sembilan, untuk Rangkuman Mingguan Bernama (24 Julai – 30 Julai 2021), tiga lagi negeri meledak kes empat angka, iaitu Johor, Kedah dan Sabah.

Ledakan kes harian baharu sepanjang tempoh rangkuman ini menjadikan Malaysia masih bergelut dengan angka kes harian baharu lima angka sehingga mencatat angka tertinggi pada Rabu 28 Julai iaitu 17,405 kes! Kes kumulatif Covid-19 mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes.

Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

Kes kematian sepanjang tempoh Rangkuman ini juga turut mencatat jumlah yang tinggi sehingga 207 kes pada dua hari berturut-turut iaitu 26 Julai dan 27 Julai 2021.

Setakat pukul 12 tengah hari Jumaat 30 Julai 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 16,840 lagi kes harian baharu Covid-19. Malaysia kini menanggung sebanyak 183,706 kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan, sementara kes kumulatif meningkat kepada 1,095,486 kes.

Sepanjang rangkuman mingguan Bernama ini, kes harian baharu yang dilaporkan seperti berikut:

  • 24 Julai (15,902 kes)
  • 25 Julai ( 17,045 kes)
  • 26 Julai (14,516 kes)
  • 27 Julai (16,117 kes)
  • 28 Julai ( 17,405 kes )
  • 29 Julai (17,170 kes)
  • 30 Julai (16,840 kes)

Enam negeri iaitu Selangor, WPKL, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah menyumbang kes harian baharu terbanyak Covid-19 sepanjang rangkuman ini.

Imbasan mikroskop elektron menunjukkan SARS-CoV-2 (objek biru bulat) muncul dari permukaan sel yang dikultur di makmal, yang menyebabkan Covid-19. Virus itu diasingkan dari seorang pesakit di Amerika Syarikat pada 27 Februari 2020. Foto AFP

Untuk rekod, daripada 16,840 kes harian baharu semalam, Selangor (6,092 kes), WP Kuala Lumpur (2,114 kes), Kedah (1,281 kes), Johor (1,104 kes), Negeri Sembilan (1,079 kes) dan Sabah (1,066 kes), menyumbang sebanyak 12,736 kes atau 75.62 peratus.

Kelmarin (29 Julai), daripada 17,170 kes harian baharu, empat negeri iaitu Selangor (7,163 kes), WP Kuala Lumpur (2,138 kes), Kedah (1,212) dan Johor (1,054 kes), menyumbang sebanyak 11,567 atau 67.4 peratus.

Sehingga hari ini, Malaysia turut berhadapan dengan sebanyak 1,092 kluster aktif. Secara keseluruhannya, jumlah kluster yang direkod adalah sebanyak 3,651 dan 2,559 daripadanya, ditamatkan.

Sementara itu, sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, sebanyak 260 kluster baharu direkod dan daripada jumlah itu, sebanyak 143 atau 55 peratus adalah kluster tempat kerja.

Sebanyak 1,055 kes dirujuk kepada ICU setakat hari ini dan sebanyak 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 134 lagi kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 8,859 kes (0.81 peratus).

Dengan 1,0095,486 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 29 (di tangga 31 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Sweden (1,099,414 kes) dan Belgium (1,122,951 kes).

Perkembangan lain dalam negara

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook beliau pada Rabu 28 Julai 2021, memaklumkan, bahawa kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenalpasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA

Daripada jumlah yang dikesan, sebanyak 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Berikut senarai negeri dengan kes harian baharu Covid-19 berdasarkan perincian KKM untuk 16,840 kes pada Jumaat 30 Julai 2021:-

  • Kes harian baharu empat angka – Selangor 6,092 kes, WP Kuala Lumpur 2,114 kes, Kedah 1,281 kes, Johor 1,104 kes, Negeri Sembilan 1,079 kes, dan Sabah 1,066 kes.
  • K​​​​es harian baharu tiga angka – Perak 810 kes, Pulau Pinang 689 kes, Kelantan 656 kes, Melaka 581 kes, Pahang 540 kes, Sarawak 450 kes, Terengganu 258 kes dan WP Putrajaya 100 kes.
  • Kes harian baharu dua angka – Perlis 13 kes.
  • Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 7 kes.

Berdasarkan catatan Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook peribadinya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau ro/rt untuk sepanjang rangkuman mingguan ini seperti berikut:

  • 24 Julai (1.11)
  • 25 Julai ( 1.15 )
  • 26 Julai (1.14)
  • 27 Julai (1.14)
  • 28 Julai ( 1.16)
  • 29 Julai (1.15)
  • 30 Julai (1.12)

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 29 Julai adalah Terengganu 1.29, Kelantan 1.29 dan Sabah 1.25.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (24-30 Julai 2021)

Rekod kes sembuh:

  • 24 Julai (9,471 kes)
  • 25 Julai (9,683 kes)
  • 26 Julai (9,372 kes)
  • 27 Julai (11,526 kes)
  • 28 Julai (12,373 kes)
  • 29 Julai (12,930 kes)
  • 30 Julai (12,179 kes)

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

  • 24 Julai – Kes baharu: 15,902 kes (996,393 kes kumulatif);Kes tempatan : 15,876 kes; [12,842 warganegara (80.9%); 3,034 bukan warganegara (19.1%)]; Kes import : 26 kes; (7 warganegara, 19 bukan warganegara)
  • 25 Julai – Kes baharu: 17,045 kes (1,013,438 kes kumulatif);Kes tempatan : 17,039 kes; [13,169 warganegara (77.3%); 3,870 bukan warganegara (22.7%)]; Kes import : 6 kes; (4 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • 26 Julai – Kes baharu: 14,516 kes (1,027,954 kes kumulatif); Kes tempatan : 14,513 kes [11,480 warganegara (79.1%); 3,033 bukan warganegara (20.9%)]; Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • 27 Julai – Kes baharu: 16,117 kes (1,044,071 kes kumulatif);Kes tempatan : 16,091 kes [12,984 warganegara (80.7%); 3,107 bukan warganegara (19.3%)]; Kes import : 26 kes (12 warganegara, 14 bukan warganegara)
  • 28 Julai – Kes baharu: 17,405 kes (1,061,476 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,399 kes [14,341 warganegara (82.4%); 3,058 bukan warganegara (17.6%)]; Kes import : 6 kes (3 warganegara, 3 bukan warganegara)
  • 29 Julai – Kes baharu: 17,170 kes (1,078,646 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,138 kes [14,807 warganegara (86.4%); 2,331 bukan warganegara (13.6%)]; Kes import : 32 kes (14 warganegara, 18 bukan warganegara)
  • 30 Julai – Kes baharu: 16,840 kes (1,095,486 kes kumulatif); Kes tempatan : 16,823 kes [14,014 warganegara (83.3%); 2,809 bukan warganegara (16.7%)]; Kes import : 17 kes (6 warganegara, 11 bukan warganegara)
    Petugas kesihatan mengusung jenazah mangsa Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di Presint 20, Putrajaya pada 25 Jun 2021. Foto BERNAMA

    Rekod kes kematian:

  • 24 Julai – Kes kematian: 184 kes (7,902 kes kumulatif, 0.79%, 157 warganegara, 27 bukan warganegara) BID 32
  • 25 Julai – Kes kematian: 92 kes (7,994 kes kumulatif, 0.79%, 90 warganegara, 2 bukan warganegara) BID 8
  • 26 Julai – Kes kematian: 207 kes (8,201 kes kumulatif, 0.80%; 184 warganegara, 23 bukan warganegara) BID14
  • 27 Julai – Kes kematian: 207 kes (8,408 kes kumulatif, 0.81%; 181 warganegara, 26 bukan warganegara) BID 31
  • 28 Julai – Kes kematian: 143 kes (8,551 kes kumulatif, 0.80%; 123 warganegara, 20 bukan warganegara) BID 14
  • 29 Julai – Kes kematian: 174 kes (8,725 kes kumulatif, 0.81%; 157 warganegara, 17 bukan warganegara) BID 28
  • 30 Julai – Kes kematian: 134 kes (8,859 kes kumulatif, 0.81%; 128 warganegara, 6 bukan warganegara);BID 9

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:

* kluster yang mencatat kes positif Covid-19 yang banyak ketika diumumkan

  • 24 Julai – Kluster baharu 27 (kluster tempat kerja 15, kluster komuniti 7, kluster pusat tahanan 2, kluster pendidikan 1, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster import 1)
  • 25 Julai – Kluster baharu 34 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 15 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1)

* kluster tempat kerja, Padang Kubu (Kemaman) – 103 kes.

* kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Meranti (Bentong) – 121 kes.

* kluster komuniti, Taman Hock Ann (Lembah Pantai) – 185 kes.

* kluster komuniti, Dah Bukit (Langkawi) – 139 kes.

  • 26 Julai – Kluster baharu 33 (kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 10 dan kluster pendidikan 2)

* kluster tempat kerja, Industri Jalan Perdana (Pontian) – 215 kes.

*kluster tempat kerja, Tanah Mas Bidor (Batang Padang) – 103 kes.

  • 27 Julai – Kluster baharu 42 (kluster tempat kerja 25, kluster komuniti 12, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster pusat tahanan 2 dan kluster pendidikan 1)

*kluster tempat kerja, Dah 14 Industri Kulim (Kulim) – 187 kes.

  • 28 Julai – Kluster baharu 41 (kluster tempat kerja 22, kluster komuniti 16, kluster pusat tahanan 2 dan kluster pendidikan 1)

*kluster tempat kerja, Industri Selesa 2 (Hulu Langat, Selangor) – 118 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Depot Laluan Klang (Klang, Selangor) – 145 kes.

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Salleh (Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor) – 123 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan BBN (Seremban) – 161 kes.

  • 29 Julai – Kluster baharu 36 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 14, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pusat tahanan 1)

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Ipoh Permai (Kinta, Perak) – 112 kes.

  • 30 Julai – Kluster baharu 47 (kluster tempat kerja 24, kluster komuniti 17, kluster kumpulan berisiko tinggi 3, kluster pendidikan 2 dan kluster keagamaan 1)

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Sepintas (Klang, Kuala Langat dan Petaling, Selangor) – 250 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Persiaran Rombayu (Kuala Langat, Selangor) – 224 kes.

*kluster tempat kerja, Industri Ringan Mantin (Seremban, Negeri Sembilan)- 121 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 197,527,098 kes (Rangkuman Minggu lalu 193,558,569 kes) dengan 4,218,245 kematian (minggu lalu 4,154,549 kematian). Kes pesakit sembuh 178,649,771 (minggu lalu 175,838,271).

Seorang wanita mengenakan pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19 ketika berjalan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 6 Ogos 2020. Foto REUTERS

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Sepanyol.

Pecahan kes Covid-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

  • Amerika Syarikat 35,584,272 kes (628,492 kematian)
  • India 31,572,344 kes (423,244 kematian)
  • Brazil 19,839,369 kes (554,626 kematian)
  • Rusia 6,242,066 kes (157,771 kematian)
  • Perancis 6,079,239 kes (111,764 kematian)
  • United Kingdom 5,801,561 kes (129,515 kematian)
  • Turki 5,682,630 kes (51,184 kematian)
  • Argentina 4,905,925 kes (105,113 kematian)
  • Colombia 4,766,829 kes (120,126 kematian)
  • Sepanyol 4,422,291 kes (81,442 kematian)

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 107 dengan 92,875 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 105 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

  • Indonesia di tangga 14 – 3,372,374 kes (92,311 kematian)
  • Filipina di tangga 24 – 1,580,824 kes (27,722 kematian)
  • Thailand di tangga 44 – 578,375 kes (4,679 kematian)
  • Myanmar di tangga 72 – 289,333 kes (8,552 kematian)
  • Vietnam di tangga 94 – 133,405 kes (1,020 kematian)
  • Kampuchea di tangga 111 – 76,585 kes (1,375 kematian)
  • Singapura di tangga 114 – 64,861 kes (37 kematian)
  • Laos di tangga 172 – 5,675 kes ( 6 kematian)
  • Brunei di tangga 204 – 333 kes (3 kematian)
Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 kekal paras 15,000, Selangor turun sedikit

SHAH ALAM, 24 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 15,902 kes, mengatasi angka tertinggi 15,573 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan Selangor merekodkan penurunan sedikit sebanyak 321 kes, namun masih paras 7,000 dengan 7,351 kes hari ini.

Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan di Kuala Lumpur pula meningkat kepada 2,406 kes, naik 343 kes berbanding semalam.

Jumlah keseluruhan kes dalam negara kini mencecah 996,393.

Berikut pecahan kes setiap negeri dan wilayah:

Johor – 804
Sabah – 712
Sarawak – 261
Negeri Sembilan – 625
Pulau Pinang – 505
Kelantan – 502
Kedah – 867
Perak – 469
Melaka – 631
Pahang – 406
Terengganu – 267
Labuan – 30
Putrajaya – 59
Perlis – 7

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian catat 12,366 kes, Selangor kembali paras 5,000

SHAH ALAM, 20 JULAI: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 meningkat semula kepada 12,366 hari ini berbanding 10,972 semalam.

Jumlah di Selangor meningkat kepada 5,524 kes selepas empat hari berturut-turut menurun kepada 4,404 semalam.

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan di Kuala Lumpur turut meningkat kepada 1,580 berbanding 609 kes semalam.

Pecahan kes wabak negeri/wilayah lain:

Johor – 793
Sabah – 657
Sarawak – 351
Negeri Sembilan – 970
Pulau Pinang – 460
Kelantan – 179
Kedah – 701
Perak – 295
Melaka – 309
Pahang – 288
Terengganu – 190
WP Labuan – 17
WP Putrajaya – 50
Perlis – 2