Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 naik 600 lagi, catat 7,703 kes

SHAH ALAM, 2 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 naik 600 kes lagi kepada 7,703 kes berbanding semalam.

Angka tersebut dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook.

Selain Selangor dengan 2,728 kes, kebanyakan negeri masih merekodkan kes tiga angka seperti Kuala Lumpur 701 kes, Sarawak (588), Negeri Sembilan (586) dan Johor (554).

Negeri lain seperti Kelantan mencatatkan 541 kes, Pulau Pinang (407),  Kedah (283), Pahang (237) dan masing-masing 224 kes di Terengganu dan Perak.

Sementara Melaka merekodkan 209 kes, Labuan (159), Perlis (tujuh) dan Putrajaya (satu).

Rekod KKM turut menunjukkan sebanyak 5,777 kes sembuh dicatatkan dengan keseluruhan kes pulih mencecah 501,898.

Angka kematian pula bertambah 126 kes, rekod tertinggi sejak pandemik menular.

Setakat ini, sebanyak 878 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan 441 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Petaling catat 410 kes, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 20 JAN: Petaling mencatatkan kes Covid-19 tertinggi semalam sebanyak 410 kes, lebih 30 peratus dari 1,199 kes yang dilaporkan di seluruh negeri.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 140 kes direkodkan mukim Damansara, Petaling (106), Sungai Buloh (88) dan Bukit Raja (76).

Agensi itu menambah Hulu Langat pula melaporkan 369 kes dengan 217 kes melibatkan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok, Kajang (80), Cheras (27), Ampang (26), Semenyih (12), Hulu Langat (empat) dan Beranang (tiga).

“Sepang pula mengumpul 111 kes iaitu Dengkil (93), Sepang (10) dan Labu (lapan) manakala Klang mencatatkan 102 kes meliputi mukim Klang (64) dan Kapar (38),” tulis agensi itu di Facebook.

Jabatan itu menambah sebanyak 58 daripada 79 kes di Kuala Selangor dikesan di mukim Ijok, Kuala Selangor dan Tanjong Karang masing-masing lima kes, Jeram (empat), Bestari Jaya (tiga) dan dua kes di Api-Api serta Ujung Permatang.

Menurutnya, Gombak pula mencatatkan 43 kes iaitu Batu (25), Rawang (tujuh), Kuang dan Setapak masing-masing empat, Hulu Kelang (dua) dan penjara (satu).

“Kuala Langat merekodkan 42 kes, majoriti melibatkan mukim Tanjung Dua Belas (1) iaitu 22 kes, Telok Panglima Garang (13), Morib (tiga), Jugra (dua) dan masing-masing satu kes di Bandar serta import A (Mauritania).

“Sebanyak 33 kes yang dilaporkan di Hulu Selangor meliputi 18 kes di Serendah, Ampang Pecah (enam), Batang Kali (tiga) dan masing-masing dua di Hulu Bernam, Rasa dan Ulu Yam,” kata JKNS.

Sementara itu, Sabak Bernam mencatatkan sembilan kes melibatkan Pasir Panjang (empat), Panchang Bedena (tiga), Bagan Nakhoda Omar (dua) dan satu kes import dari Ireland.

Selangor mencatatkan 49,245 kes Covid-19 dengan 426 daripadanya kes import sejak penularan pandemik.

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: Selangor kekal catat kes tertinggi, lima kematian

SHAH ALAM, 10 JAN: Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dalam negara iaitu 730 kes, semuanya melibatkan penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 510 kes dikesan daripada kluster dan saringan kontak rapat.

“Jumlah kes termasuk empat kes kluster baharu iaitu kluster Tapak Bina Cyber dan kluster Texmile manakala 220 kes lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan negeri itu turut mencatatkan lima kematian membabitkan warganegara iaitu empat lelaki dan seorang wanita dalam lingkungan usia antara 51 hingga 78 tahun.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui Facebook memaklumkan sebanyak 775 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan bilangan pesakit pulih seramai 33,538 orang.

Menurutnya, jumlah kematian meningkat kepada 76 manakala kes aktif sebanyak 6,113 daripada 39,727 kes yang dilaporkan sejak pandemik melanda negara.