Categories
NASIONAL

Anwar: GST pengalaman dari Ketereh?

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis membidas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dengan mempersoalkan adakah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan 1 April 2015 itu ‘pengalaman dari Ketereh’.

Reaksi ringkas yang diberikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ekoran Annuar Musa menyanggah cadangan Pakatan Rakyat (PR) supaya memperkenalkan cukai keuntungan modal (CGT) kerana idea berkenan mengikut model yang digunakan United Kingdom (UK).

“Dia tidak bidas melalui fakta bab fahaman luar, asing dan sebagainya. GST pengalaman kampung diakah? Ketereh ke?

anwar“Dia kena faham saya ulas berdasarkan fakta, bukan jerit dan maki hamun. Itu cara dia,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Annuar dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam berkata, cadangan PR untuk melaksanakan CGT menunjukkan sikap Anwar yang tidak konsisten mempertahankan hujahnya.

Hal itu kerana, Anwar pada 1993 pernah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau menolak cukai nilai tambah (VAT) iaitu sistem percukaian yang digunakan di negara barat ketika menjadi Menteri Kewangan.

Gst biasaAnwar yang sebelum itu membahaskan Bajet 2015 selaku Ketua Pembangkang menegaskan CGT adalah lebih efrktif kerana ia dikenakan kepada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang mendapat keuntungan daripada urus niaga membabitkan modal seperti saham, instrumen kewangan dan bon.

Walaupun bilangan yang bakal dicukai CGT jauh lebih sedikit berbanding GST, namun PR menganggarkan pengenalan cukai itu mampu mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 membabitkan RM3 bilion.

-NFN-