Wang YaPIEM digunakan untuk PRK Rompin?

Jingga 13 mendakwa penerima wang itu merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPIEM dan Ketua Wanita Umno Bahagian Kubang Kerian.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat manifestasi kepedulian kepada rakyat

anwar belanjawan PR

SHAH ALAM 23 OKT: Jingga 13 menyokong sepenuhnya pembentangan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) 2014 yang terbukti sebagai ?Belanjawan Kepedulian Rakyat? juga mampu mengangkat ekonomi negara, mengurangkan defisit dan bersifat realistik.

Pembentangan yang dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar membuktikan PR Konsisten dalam usaha mengurangkan beban rakyat serta mengutamakan kebajikan sebagai teras utama ke arah penambaikan pengurusan kewangan negara.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata pembentangan itu juga memperlihatkan usaha PR bagi merakyatkan ekonomi ke arah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

“Ketirisan, pembaziran, penyelewengan, rasuah dan kegagalan transformsi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan dapat dilihat setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan.

“Defisit dan hutang negara yang semakin meningkat memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan rakyat terpaksa menanggung hasil daripada kepincangan yang diamalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya,Jingga 13 juga menyambut baik langkah mengkaji semula dan menangguhkan Program Khidmat Negara (PLKN) yang tidak menampakkan kejayaan membanggakan melalui pelaksanaannya.

“Tidak ada satu kajian dilaksanakan kerajaan bagi memastikan keberhasilan yang mampu diperoleh daripada program itu walaupun pelaksanaannya menelan belanja RM800 juta, setiap tahun.

“Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun bagaikan ?mencurah air di daun keladi?. Kerajaan sehingga kini gagal menangani, membendung dan memperbaiki supaya wang rakyat digunakan dengan betul dan berhemah.

“Langkah tegas dalam Belanjawan Alternatif PR 2014 bagi memastikan tindakan diambil terhadap salah laku, pembaziran dan penyelewengan kementerian tertentu juga membuktikan komitmen serius dalam memastikan kewangan negara diurus dengan penuh tanggungjawab. Belanjawan ini adalah satu manisfestasi ?Kepedulian Rakyat? yang sangat efektif dan kondusif untuk rakyat Malaysia,” katanya.

-NFN-