Pemerintah cuba nafi Anwar tidak diberi rawatan secukupnya

Pemerintah mendakwa pembedahan bahu tidak dapat dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mendapat persetujuan daripada Ketua Umum PKR itu.

50,000 poskad untuk Anwar tersadai di pintu penjara

Keluarga Anwar nampaknya perlu mencari jalan kreatif untuk menyerahkan poskad-poskad dari penyokong kepada Ketua Umum PKR itu.

1 saat pun Anwar tak berhak dipenjara – Azmin

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan segera dan pulangkan kepada rakyat untuk membawa perubahan keseluruhan kepada negara.

Himpunan solidariti setiap hari luar Penjara Sungai Buloh

Orang-ramai diseru untuk menyertai himpunan aman solidariti untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim setiap hari di luar Penjara Sungai Buloh.

MB: Keputusan Mahkamah tidak melemahkan PKR

Akar umbi PKR merapat barisan di kala Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat Hakim Negara: Kukuhkan Pakatan, tumbangkan BN

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) diperkukuhkan walaupun beliau kemungkinan dipenjarakan.

“Kalaulah ini kebetulan ucapan terakhir saya, lawan tetap lawan. Teman-teman, perkuatkanlah PKR, perkuatkan DAP, perkuatkan PAS.

“Kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) sangat penting dan kedua pastikan setiap orang dapat disampaikan. Ini amanah saya kepada saudara semua,”

Anwar mahu yuran Unisel dikurangkan, syarat langsai dilonggarkan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Universiti Selangor (Unisel) mengenakan yuran yang tinggi dan syarat pembayaran yuran yang ketat sehingga membebankan pelajar miskin.

Anwar: Muafakat dalam Pakatan perlu dimantapkan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat setiakawan yang dipamerkan oleh PAS dan DAP dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Categories
NASIONAL

Calon PR PRK DUN Sungai Limau diumum 21 Okt

PRK DUN Sungai Limau

PETALING JAYA 17 OKT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau akan diumum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 21 Oktober ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, berkata majlis pimpinan Pakatan Rakyat mempersetujui calon itu dan yakin dapat mempertahankan kerusi yang disandang sebelum ini oleh mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Kita punya calon yang sudah diputuskan oleh PAS dan dah dikemukakan pada pimpinan Pakatan Rakyat dan dipersetujui dan akan diumumkan pada 21 haribulan ini,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, jentera PAS di Kedah akan diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, PAS sentiasa bersiap sedia dan bekerja keras untuk menangkis setiap hujah yang akan dimainkan oleh Umno-BN sepanjang tempoh berkempen PRK itu.

Pada PRU-13 lalu, Allahyarham Ustaz Azizan memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru.

Sementara itu, PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November ini.

Categories
NASIONAL

TPPA: Anwar kecam pemimpin Umno tunduk kepada arahan AS

Anwar PC 2

KUALA LUMPUR 11 OKT: Sikap pemimpin Umno BN yang taat dengan arahan Amerika Syarikat (AS apabila bersetuju dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menyebabkan masa hadapan negara tergadai.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia menjadi semakin bermasalah apabila Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan Presiden Barack Obama tahun lalu dan memberikan pengakuan menyokong TPPA.

“TPPA menunjukkan AS dan negara kaya tidak konsisten dalam rundingan, apabila dengan Eropah lebih telus dan terbuka dengan semua isi perjanjian dikemukakan, tetapi dengan Malaysia dilarang untuk umum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pidatonya semasa Program Bantah TPPA di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di sini.

Kira-kira 500 orang hadir dalam program itu yang disertai ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Pakatan Rakyat bukan seperti Ahli Parlimen Umno, apabila naik harga minyak, tetap menyokong. Naik harga gula tetap sokong. TPPA pun mereka (Umno) sokong walaupun tidak baca peruntukan itu.

“Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana kuasa besar seperti Amerika Syarikat,” katanya,” katanya.

Kata Anwar, sudah muncul suara bantahan daripada Negara seperti Korea Selatan, Jepun dan negara-negara yang berkembang terhadap ketidakadilan TPPA.

Katanya, Australia kini menerima beban kesan perjanjian bersama AS walaupun mempunyai sistem ekonomi dan pengaruh besar untuk menentukan hala tuju perjanjian.

“Perjanjian TPPA akan merugikan negara kerana dirangka sebegitu rupa supaya mendapat pulangan besar kepada AS

“Orang Malaysia yang sokong TPPA memang parah, yang bantah TPPA tapi perkenal TPPA bentuk Malaysia untuk rakyat Malaysia sama parahnya.

“Kita menolak golongan kapitalis yang tidak berhati perut baik orang Amerika Syarikat atau Cina, Melayu dan India,” kata Anwar.

Kira-kira 500 orang hadir dalam program itu yang disertai ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar : PCA terus dibantah besar-besaran – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 04102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah pelaksanaan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) walaupun diluluskan kerajaan Umno-BN

2. Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna memutuskan tribunal itu tidak mempunyai kuasa bagi mendengar perbicaraan tuntutan kerugian akibat masalah bekalan air terhadap Syabas.

3. PAS memiliki peluang cerah untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, Kedah semasa pilihan raya kecil (PRK) di kawasan itu pada 4 November nanti, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Categories
NASIONAL

PAS mampu pertahan kerusi DUN Sungai Limau

anwar whiteKUALA LUMPUR, 3 OKTOBER :  PAS memiliki peluang cerah untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, Kedah semasa pilihan raya kecil (PRK) di kawasan itu pada 4 November nanti, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan seluruh jenteranya membantu calon PAS untuk memenangi pilihan raya itu.

“Insya Allah kita yakin (menang) ekoran pelbagai isu timbul sekarang antaranya kenaikan harga barang, petrol dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pilihan raya kecil bagi DUN Sungai Limau, Kedah akan diadakan pada 4 November.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober – yang memberi peluang kepada calon untuk berkempen selama 12 hari termasuk pada hari penamaan.

Penyandang kerusi tersebut, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu akibat masalah kesihatan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga mantan menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.