JURNAL BERITA: Jangan peralat rakyat untuk agenda politik – MB

1. EKSKLUSIF: Kemelut kerusi MB jejaskan sokongan PRU 14

2. EKSKLUSIF: Jangan peralat rakyat untuk agenda politik – MB

3. Pertukaran jawatan MB perlu surat persetujuan 3 pimpinan parti PR

4. Selangor kibar bendera separuh tiang hormati jenazah nahas MH17

5. Denggi: 34 kematian berlaku di Selangor hingga 12 Julai

6. Rakyat Selangor perlu proaktif banteras wabak denggi

7. Derma segenggam beras pada masjid, peluang masyarakat laksana kebajikan

8. MPK sahkan Jalan Sri Damak 22, Taman Sri Andalas kawasan denggi tidak terkawal

9. Motosikal roda tiga basmi kemiskinan

10. AKTIVITI YB: ADUN Tanjung Sepat serah bantuan basmi kemiskinan

300 topi keledar diedar terap pengguna utamakan keselamatan jalan raya

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan program ‘Kempen Selamat Balik Kampung’ dengan memberikan topi keledar secara percuma sebagai simbolik agar pengguna mengutamakan keselamatan jalan raya.

Sebanyak 300 unit topi keledar dewasa, 20 unit topi keledar kanak-kanak diberikan secara percuma kepada penunggang motosikal.

Perutusan Raya Menteri Besar Selangor 2014

http://tv.selangorku.com

EKSKLUSIF: Splash dekati individu PKR bagi dapatkan penyelesaian

http://tv.selangorku.com

EKSKLUSIF: Kemelut kerusi MB jejaskan sokongan PRU 14

http://tv.selangorku.com

EKSKLUSIF: Jangan peralat rakyat untuk agenda politik

http://tv.selangorku.com

MB main meriam buluh walau berisiko

http://tv.selangorku.com

Categories
BERITA UTAMA

Q & A: Abdul Khalid ceria imbau kenangan Aidilfitri, tenang sentuh kemelut penukaran MB

Sempena menjelang sambutan Aidilfitri ketika politik Selangor hangat diperkata pelbagai pihak, wartawan Selangor Kini, NAZLI IBRAHIM secara eksklusif mewawancara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gemar membahasakan diri sebagai kita.

Bagaimana aktiviti puasa dan hari raya sebagai Menteri Besar?

Saya rasa sangat bertuah kerana dapat bekerja di bawah Sultan Selangor yang bersedia menjalankan aktiviti bersama rakyat iaitu bersembahyang di lebih 19 masjid, mengadakan program sumbangan berbuka puasa, bersolat Maghrib, Isyak dan bertarawih 20 rakaat.

Ini memberi peluang bukan sahaja beribadah tetapi juga dapat bersama rakyat di seluruh negeri. Ini perlu diteruskan untuk menunjukkan tiada ruang antara pemerintah dan rakyat.

Apakah kenangan Aidilfitri zaman kanak-kanak yang paling diingati?

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Masa kanak-kanak sudah tentulah berasa lebih bebas dan ceria kerana kita rasa gembira, tidak terikat kepada adat dan tertib.

Bagaimanapun (berbeza) sekarang, dulunya kita tidak punya kesempatan untuk melihat tv warna yang adakalanya lebih besar dari layar wayang tetapi sekarang ada tv warna dan permainan elektronik.

Kami merayakan bukan sahaja hari raya tetapi malam tujuh likur dengan bermain meriam buluh yang sangat berisiko pada waktu sekarang. Kedua, berlari-lari di halaman kerana aktiviti dalam rumah tidak banyak.

Aktiviti lain yang digemari?

Pertama, yang paling saya sukai walaupun agak teruk adalah mengacau dodol. Mengacau dodol biasanya memakan masa lebih lapan jam. Kita mengacau dodol dari pagi sampailah hampir malam baru selesai. Lagi lama mengacau dodol lagi teruk sebab dodol jadi lebih kental dan memerlukan lebih banyak tenaga. Selepas berbuka puasa, kita akan bekerja kuat untuk mengacau dodol tersebut.

Kedua, kita gembira mendapat pemberian (duit raya) dari ahli keluarga tetapi tak banyak. Dahulu tak pakai ringgit, cuma beberapa puluh sen, 50 sen atau paling banyak 70 sen tetapi boleh beli nasi lemak dan juga air teh dan adakalanya roti canai.

Maknanya tidaklah banyak tetapi saya digalakkan kalau dapat duit itu saya simpan dalam buku pejabat pos, kemudian cukup duit boleh beli kasut dan baju.

Apakah juadah hari raya paling disukai?

Saya sudah tentu suka dengan ketupat dan kuah kacang. Selain itu, dari tahun ke tahun keluarga bersama-sama membakar lemang dan rendang tetapi di Kuala Selangor, rendang bukan sahaja rendang daging dan rendang ayam tetapi kita juga buat rendang kerang.

Oleh kerana kita adalah kawasan tanaman kelapa, rendang kita penuh dengan santan. Kalau sekarang tentu dianggap tinggi kolestrol tetapi pada masa itu seronok dimakan dan memberi kita tenaga dan kekuatan untuk bermain dan merayakan hari raya.

Selain ibu bapa, pusara siapa yang diziarahi?

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang menjaga penuh tanggungjawab dan tertib. Almarhum ayah dan ibu mendidik dan setiap tahun saya membawa keluarga untuk melawat pusara dan berdoa supaya Allah memberi rahmat.

Satu lagi pusara yang saya lawati adalah bekas ketua saya, Tun Ismail Ali. Saya bekerja dengan Tun yang pernah menjadi Gabenor Bank Negara. Beliau adalah pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan saya adalah Ketua Eksekutifnya.

Saya bekerja dengannya selama 18 tahun. Beliau mendidik saya supaya menjadi orang yang boleh diamanah dan boleh dipercayai. Harta paling penting bagi kami ialah amanah yang diberi rakyat.

Copy of nazli-mbBagaimana menghadapi tekanan sebagai seorang Menteri Besar?

Perkara ini tidaklah saya anggap saya tahu apabila memasuki politik. Bagaimanapun saya tahu menyertai politik memanglah mencabar daripada pekerjaan sektor swasta tetapi saya anggap ia cabaran kepada pemimpin yang ingin menegakkan prinsip.

Kerana itu, kita mestilah mempertahankan prinsip dan kita dapat menjalankan satu reformasi untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri kita sendiri. Jadi perkara yang berlaku, saya anggap cabaran kepada mereka yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pandangan Tan Sri dalam isu penukaran Menteri Besar?

Rakyat Selangor pada Mei 2013 memilih pasukan yang diketuai saya sebagai Menteri Besar di bawah panji Pakatan Rakyat. Kita berhasil meningkatkan kerusi Pakatan pada PRU-12 daripada 26 kepada 44 kerusi daripada 56 kerusi yang ditandingi. Bererti kita dapat melonjak penguasaan hingga melebihi tahap dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Ini pilihan rakyat. Sebab itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu meneliti dari segi pemilihan rakyat. Adalah perlu walaupun Pakatan ada bercita-cita untuk menggunakan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya tetapi penting untuk memberitahu rakyat bahawa rakyat Selangor mungkin tidak memikirkan Selangor akan digunakan sebagai alat ke Putrajaya.

Walaupun rakyat bersetuju bahawa Pakatan terus berkembang tetapi tidak boleh diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan kepada Putrajaya. Kalau ini nak dijadikan adalah baik meminta mandat semula kepada rakyat Selangor.

Berdasarkan situasi sekarang, bagaimana agaknya prestasi Pakatan pada PRU14?

Kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab, sudah tentulah ini menjejaskan bukan sahaja PR di Selangor tetapi PR di PRU-14. Jadi, saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab dan mengikut lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

Ini kerana Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor adalah penentu orang yang akan mengepalai pentadbiran negeri Selangor iaitu menjadi Menteri Besar.

Tiga-konsesi-air-setuju-tawaran-ambil-alih-300x202Ada ura-ura mendakwa Splash mendekati individu dalam PKR bagi mendapat penyelesaian yang berpihak kepada Splash dalam isu pengambilalihan konsesi air. Benarkah dakwaan ini?

Sama ada dakwaan ini benar atau tidak tetapi dia akan mencerminkan bahawa jika itu berlaku bermakna mana-mana parti yang membenarkan orang boleh melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri, bererti membelakangkan tujuan memberi kuasa rakyat untuk dapat kebaikan dan pentadbiran yang tulus dan bertanggungjawab.

Saya rasa perkara ini perlu dihindarkan dan berilah keupayaan kepada pentadbiran untuk mencari jalan supaya dapat menentukan pembelian konsesi air ini dibuat dengan harga berpatutan, munasabah dan mestilah menguntungkan rakyat.

Dalam kemelut sekarang, apakah mesej kepada rakyat?

Saya rasa rakyat Selangor perlu meneliti dengan penuh bertanggungjawab dan jangan pula mengikuti berita fitnah atau tidak benar. Tetapi saya rasa rakyat Selangor mesti menerima hakikat bahawa Selangor mempunyai tatacara pelantikan yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor. Saya percaya sudah tentu Kerajaan Negeri dan juga pihak DYMM Sultan Selangor akan mengikuti tatacara dengan penuh tertib dan bertanggungjawab.

JURNAL BERITA : Abdul Khalid: “Saya bekerja untuk rakyat dan tunaikan tanggungjawab MB”

1. Abdul Khalid: “Saya bekerja untuk rakyat dan tunaikan tanggungjawab MB”

2. Selesaikan isu MB secara tertib, elak keyakinan rakyat merudum

3. Isu MB: Tumpu tugas bela rakyat & laksanakan program diatur

4. Rakyat mahu isu MB Selangor diselesaikan dengan berhemah

5. Sultan Selangor: Keluarga MH17 diharap tabah & sabar hadapi dugaan

6. Anwar: Dalang tembak MH17 perlu diseret ke mahkamah antarabangsa

7. MH17: Malaysia tuntut siasatan menyeluruh, bawa penjenayah kemanusiaan ke mahkamah

8. Kiki sudah dijatuhkan hukuman, Pemuda Umno ugut bakar ibu pejabat DAP dibiarkan?

9. Natasha Hudson: Doa dan bantuan perlu berterusan di Gaza

10. Tempoh daftar Tawas dilanjut ke 3 tahun

11. Peluang saksikan pameran lukisan 6 pelukis terkenal

MB: Pelancaran pelaksanaan Projek Jambatan Ke-3 Klang pada 6 Ogos

Kerajaan Negeri akan menganjurkan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Ketiga Sungai Klang bertempat di tapak cadangan pembinaan projek berhampiran Jalan Sungai Bertih di Klang pada 6 Ogos 2014.

JURNAL BERITA- MB: Kerajaan Negeri failkan rayuan kes pampasan Alam Perdana

1. MB: Kerajaan Negeri failkan rayuan kes pampasan Alam Perdana

2. KIDEX hanya dibina jika masyarakat positif selepas sesi pendengaran awam

3. MB hadir majlis berbuka puasa atas cadangan Sultan demi kerjasama profesional

4. MB: “Kalau berasas gambar sahaja, dah banyak parti saya masuk”

5. Penganalisis: MB profesional, tak campur aduk tugas parti dan kerajaan

6. Isu MB Selangor: Pakatan tak perlu termakan perang saraf Umno-BN

7. KUIS jadi universiti wakaf pertama Malaysia pada 2016

8. Pendapatan nelayan Kuala Langat merosot kerana operasi korek pasir

9. Mansuh laluan tunai Tol Batu 3 dan Sg Rasau bebankan pengguna

10.Perbesarkan Klinik Kesihatan Kapar, sesak tampung 70,000 penduduk

11.MBSA sedia tong RORO mudahkan orang ramai buang sampah pukal

12.MPSJ raikan 62 anak yatim buat persediaan sambut Aidilfitri

13.Insiden Mabul: Apa sudah jadi keselamatan negara & Esscom?

14.NGO: Terus boikot produk rejim Zionist sampai menang

15.SAMM bantu miskin kota, edar makanan & 2 trak pakaian

Categories
SELANGOR

Hadi & Abdul Khalid bincang macam-macam tapi tak sentuh isu MB

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 JULAI: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan pertemuan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid di kediamannya di Bukit Damansara untuk berbincang berkenaan kemelut kepimpinan negeri terbabit.

Sebaliknya, Mustafa berkata, pertemuan berkenaan adalah kunjungan balas kerana sebelum itu Abdul Khalid melawat Abdul Hadi ketika beliau sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

khalid“Kalau nak mesyuarat, mesti waktunya panjang dan awal. Saya datang, jam dah pukul 11 malam selepas solat sunat Terawih.

“Biasalah orang politik macam-macam diperkatakan. Tetapi tidak menyentuh isu itu (kedudukan menteri besar),” katanya.

Pada malam 12 Julai lalu, Abdul Khalid melalui laman Facebooknya memuat naik gambar kunjungan Presiden PAS dan rombongan ke rumah beliau yang menarik perhatian ramai pihak selepas kontroversi berkenaan kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor hangat diperkatakan.

-NFN-