Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi Jumaat, mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman di Wall Street serta makluman terkini kerajaan Malaysia mengenai program pemvaksinan Covid-19 yang dijadual dilancarkan menjelang akhir Februari ini.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.64 mata kepada 1,588.54 daripada 1,584.90 ketika ditutup petang Khamis.

Indeks utama dibuka 2.8 mata lebih tinggi pada 1,587.70.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 272 berbalas 129 manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,464 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 252.31 juta unit bernilai RM128.41 juta.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Khamis mengumumkan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer dan BioNTech akan diberikan secara percuma kepada 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu.

“Pengumuman itu berserta prestasi positif semalaman di Wall Street mampu meningkatkan sentimen secara keseluruhan di pasaran tempatan,” ujar Malacca Securities Sdn Bhd dalam catatannya hari ini.

Ia berkata saham berharga rendah akan terus menikmati momentum kenaikan kerana kecairan kekal baik di pasaran ekuiti.

Bagi fokus sektor hari ini, firma pembrokeran itu berkata memandangkan aktiviti ekonomi mungkin akan dimulakan kembali dalam masa terdekat, pihaknya menjangkakan minat perdagangan mungkin berkembang dalam lingkungan sektor yang sedang pulih seperti pembinaan, bahan binaan, hartanah dan pertaruhan.

“Sementara kaunter berkaitan teknologi, perabot dan vaksin akan terus rancak,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.93, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.09, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM7.30 dan Tenaga tujuh sen lebih tinggi pada RM9.77.

Saham paling cergas pula, Mtouche tidak berubah pada lima sen, Solution Group turun empat sen kepada RM1.45 dan QES naik dua sen kepada 53.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 31.25 mata kepada 11,561.51, Indeks FBMT 100 menambah 29.06 mata kepada 11,291.90 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 35.59 mata kepada 13,130.50.

FBM 70 menokok 51.18 mata kepada 15,112.13 dan FBM ACE meningkat 50.11 mata kepada 10,966.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.44 mata kepada 14,623.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.03 mata kepada 175.74 sementara Indeks Perladangan melonjak 7.01 mata kepada 7,214.78.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dijangka niaga lepasi 1,700 minggu depan

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama melepasi paras psikologi pada 1,700, dan bersedia untuk melangkah ke tahun baru dengan pengembangan yang pesat.

Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata sentimen positif dalam pasaran berjaya mengimbangi pengaruh pasaran yang lemah seperti penurunan penarafan oleh Fitch, data ekonomi yang tidak menggalakkan dan kejutan luaran.

Beliau berkata asas dalam pasaran tempatan mengukuh berikutan pelabur kini melihat Bursa sebagai pasaran selamat dengan pembetulan di Amerika Syarikat.

“Kami mempunyai optimisme untuk melihat pemulihan ekonomi, yang kukuh hingga Januari dan hakikat bahawa tiada reaksi segera (berikutan penurunan penarafan oleh Fitch) seperti yang dijangka oleh ramai pihak, yang amat baik.

“Itu menunjukkan kita mempunyai Bursa yang berdaya tahan dan kukuh. Kita tidak akan menyaksikan sebarang aliran keluar malah, aliran masuk yang besar dalam pasaran (minggu depan),” katanya kepada Bernama.

Mengenai prospek untuk baki tahun 2020, Nazri Khan berkata saham berkaitan infrastruktur, bank, pembinaan, hartanah dan syarikat telekomunikasi akan kekal tinggi.

Beliau tidak menjangka aktiviti pengambilan untung akan berlaku tidak lama lagi tetapi dijangka satu atau dua minggu selepas Krismas.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan lima hari berturut-turut dengan indeks utama mengakhiri minggu ini pada paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan – paras yang dilihat kali terakhir pada 4 Julai tahun lepas.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 62.73 mata kepada 1,684.58 daripada 1,621.85 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Ia bermula minggu ini dengan lebih tinggi disokong oleh sentimen pasaran yang positif berikutan kelonggaran langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan jaminan bekalan vaksin Cocid-19 di Malaysia pada tahun depan.

Peningkatan yang kukuh dalam Top Glove, CIMB dan Public Bank membantu menyelamatkan bursa tempatan daripada menyertai bursa serantau yang kebanyakannya pada aliran penurunan berikutan kebimbangan mengenai kes Covid-19 yang meningkat.

Belian dalam saham perbankan dengan jangkaan ekonomi akan mencatatkan prestasi yang baik pada tahun depan dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal tidak berubah, terus memacu FBM KLCI untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh.

Di papan skor, Indeks FBM Emas melonjak 344.99 mata kepada 12,085.71, Indeks FBMT 100 naik 354.78 mata kepada 11,848.74, FBM 70 menambah 120.46 mata kepada 15,370.01 dan Indeks FBM ACE meningkat 446.13 mata kepada 11,071.1.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Shariah merosot 75.64 mata kepada 13,431.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 1,528.68 mata kepada 16,046.13, Indeks Perladangan naik 62.69 mata kepada 7,412.09 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 3.88 mata kepada 177.67.

Indeks Teknologi susut 0.74 mata kepada 66.4, Indeks Tenaga menambah 28.51 mata kepada 948.32 manakala Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 100.24 mata kepada 3,822.49 dipengaruhi oleh berita mengenai vaksin COVID-19.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 57.76 bilion unit bernilai RM31.32 bilion daripada 54.02 bilion unit bernilai RM31.40 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 35.93 bilion saham bernilai 25.03 bilion daripada 34.65 bilion saham bernilai 25.85 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran naik kepada 4.74 bilion unit bernilai RM821.83 juta daripada 3.72 bilion unit bernilai RM687.85 juta pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 17.08 bilion saham bernilai RM5.45 bilion daripada 15.63 bilion saham bernilai RM4.85 bilion sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia catat momentum naik, prestasi positif

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Pasaran tempatan meneruskan momentum kenaikan semalam apabila Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hampir kesemua indeks hari ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 1.78 mata kepada 1,502.13 ,

Indeks utama itu dibuka 5.13 mata lebih tinggi kepada 1,505.48.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 212 berbanding 155, sementara 263 kaunter tidak berubah, 1,520 kaunter tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 250.99 juta unit bernilai RM178.59 juta.

Penganalisis berkata indeks itu dijangka kekal pada prestasi positif, disokong oleh pembelian semasa harga rendah yang berterusan namun pergerakan dalam jajaran kecil.

“Pelabur institusi ketika ini menjalankan pembelian semasa harga rendah ke atas saham-saham yang mengalami penurunan manakala kebanyakan pelabur runcit tidak memasuki pasaran bagi menunggu hala tuju pergerakan seterusnya.

“Ini boleh dilihat menerusi penurunan jumlah unit yang bertukar tangan sejak awal minggu ini,” katanya.

Beliau berkata dari sudut unjuran teknikal, pergerakan KLCI akan berada dalam jajaran kecil hari ini dengan paras rintangan serta-merta pada 1,510 manakala paras sokongan pada 1,485.

Antara saham berwajaran tinggi, Hartalega menambah 16 sen kepada RM18.44, Sime Darby naik lima sen kepada RM2.45, Petronas Gas meningkat 14 sen kepada RM16.16, Sime Darby Plantation and Dialog masing-masing menokok tiga sen kepada RM4.90 dan RM3.73.

Hartalega dan Petronas Gas muncul sebagai saham paling untung selain Pasifik Malaysia yang melonjak 34 sen kepada RM22.88 dan Kuala Lumpur Kepong yang menambah 10 sen kepada RM22.46.

Kalangan saham aktif, Tech Vivocom naik setengah sen kepada lima sen dan Pestaiang menokok sembilan sen kepada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 16.97 mata kepada 10,885.04, Indeks FBMT 100 meningkat 14.01 mata pada 10,690.12 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 33.16 mata kepada 13,068.65.

Sementara itu, FBM 70 meningkat 24.01 mata kepada 14,357.05 dan FBM ACE susut 2.13 mata kepada 10,003.20.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.77 mata kepada 12,306.15, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.06 mata kepada 144.80 dan Indeks Perladangan menambah 26.24 mata kepada 6,967.81.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka rendah seiring saham Asia jatuh

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan penyusutan minat selepas meningkat selama dua hari berturut-turut, sebelum ini.

Penyusutan yang dicatatkan hari ini juga seiring dengan prestasi saham Asia lain akibat penurunan harga minyak dan kenaikan kertas Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.38 mata kepada 1,312.12 selepas menokok 9.23 mata sewaktu dibuka.

Bagaimana pun, indeks itu mencatat penurunan selepas seminit dagangan dijalankan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 220 berbanding 122 manakala 198 kaunter lain tidak berubah, 1,479 tidak diniagakan dan 26 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 223.38 juta saham bernilai RM126.89 juta.

Seorang penganalisis menyifatkan prestasi lebih baik selama dua hari itu disebabkan oleh kegiatan pembelian saham berharga rendah yang aktif serta merentasi semua papan dan seiring dengan aliran global berikutan pergerakan harga minyak global.

“Penyusutan prestasi itu turut dicatatkan pasaran saham Nikkei Jepun yang turun lebih 2 peratus di tengah-tengah usaha lanjut kerajaan itu mengehadkan pergerakan akibat Covid-19,” katanya.

Di peringkat tempatan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini bagi menangani peningkatan kes pandemik tersebut.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Dagangan susut 48 sen kepada RM19.52, PPB turun 38 sen kepada RM16.52, Digi rugi 10 sen kepada RM4.05, Sime Darby Plantation rendah 13 sen kepada RM4.57 dan Hap Seng Consolidation berkurangan 32 sen kepada RM7.48.

Bagi saham paling rugi, Allianz Malaysia susut 88 sen kepada RM11.82 manakala Hong Leong Financial turun 68 sen kepada RM12.76.

Indeks FBM Emas susut 69.24 mata kepada 8,918.83, Indeks FBM Emas Shariah turun 66.77 mata kepada 9,704.09 dan FBM 70 berkurangan 56.25 mata kepada 9,976.12.

Indeks FBMT 100 pula kehilangan 76.45 mata kepada 8,852.78 dan FBM Ace susut 11.00 mata kepada 3,647.27.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.89 mata kepada 100.09, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 107.41 mata kepada 12,041.01 dan Indeks Perladangan susut 93.24 mata kepada 5,920.67.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak menentu minggu depan

KUALA LUMPUR, 29 FEB: Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran dagangan tidak menentu dengan kecenderungan menurun pada minggu depan di tengah-tengah kemelut politik yang belum ada sebarang kesudahan.

Seorang penganalisis berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras terendahnya sejak Disember 2011, dengan corak lemah muncul yang menandakan momentum menurun seterusnya.

“Ini disebabkan oleh paras aliran keluar asing yang tinggi serta pelabur runcit yang keluar dari pasaran. Tanpa sebarang dasar tempatan yang kukuh atau suasana politik kembali stabil, sukar bagi pasaran untuk melantun semula dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

FBM KLCI ditutup minggu ini pada 1,482.64, turun 48.56 mata daripada paras penutup Jumaat minggu sebelumnya, ketika negara dikejutkan dengan peralihan politik pada minggu ini, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan memerintah.

Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, kabinet dibubarkan dan perdana menteri interim dilantik, sementara menunggu pembentukan kabinet baharu.

Bagi minggu yang akan datang, beliau berkata indeks utama dijangka diniagakan antara paras 1,460 hingga 1,500 dengan paras ketahanan pada 1,510 dan paras sokongan pendasar pada 1,450.

“Selain ketidakstabilan politik, pasaran juga akan dipengaruhi oleh musim keputusan korporat serta kajian semula Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE (WGBI) pada Mac.

“Jika dikeluarkan daripada senarai WGBI akan menyebabkan bursa tempatan hilang akses pasaran antarabangsanya,” katanya.

Pada Januari tahun ini, pegangan asing dalam pasaran bon Malaysia berjumlah kira-kira US$100 bilion sebelum kebimbangan Covid-19 serta krisis politik tempatan.

Bagi asas mingguan, pasaran merekodkan aliran keluar terbesar tahun ini bernilai lebih daripada RM1 bilion berbanding RM447.9 juta pada minggu sebelumnya.

Saham wajaran tinggi seperti kaunter berkaitan Petronas mencatatkan penurunan pendapatan korporat bagi tahun kewangan 2019, ketika syarikat-syarikat itu bersedia menghadapi ketidaktentuan yang lebih tinggi pada 2020 disebabkan oleh penularan Covid-19 serta kelembapan ekonomi global ekoran ketegangan perdagangan.

Di keseluruhan pasaran, berlaku juga pengeluaran besar-besaran dana di pelbagai sektor, terutamanya tenaga, pembinaan dan teknologi. Ini disebabkan oleh ketidakpastian tentang perbelanjaan kerajaan bagi projek yang baru diumumkan serta projek yang sedang dilaksanakan dan dipulihkan semula.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 486.84 mata kepada 10,478.77 dan Indeks FBMT 100 susut 446.31 mata kepada 10,300.80.

Indeks FBM ACE jatuh 526.63 mata kepada 5,238.29, Indeks FBM Emas Shariah susut 536.11 mata kepada 11,121.15 dan FBM 70 turun 1,007.87 mata kepada 12,873.92.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 365.27 mata kepada 14,330.65, Indeks Perladangan susut 324.91 mata kepada 6,809.74 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 12.99 mata kepada 132.80.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 19.61 bilion unit bernilai RM17.14 bilion berbanding 13.93 bilion unit bernilai RM10.31 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 12.85 bilion unit bernilai RM15.50 bilion berbanding 8.21 bilion saham bernilai RM9 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 2.39 bilion unit bernilai RM420.73 juta daripada 1.79 bilion unit bernilai RM304.55 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 4.46 bilion saham bernilai RM1.21 bilion daripada 3.91 bilion saham bernilai RM999.82 juta.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Pemegang indeks utama catat kenaikan pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Pemegang indeks utama mencatatkan peningkatan, mendorong FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada julat positif pada tengah hari ini.

Pada rehat tengah hari, indeks utama meningkat 4.85 mata kepada 1,505.73 selepas dibuka rendah 11.55 mata kepada 1,489.33.

Indeks naik berikutan prestasi yang menggalakkan daripada saham berkualiti dan bernilai tinggi. Maybank naik lima sen kepada RM8.33, Tenaga Nasional meningkat 20 sen kepada RM12.50, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing menambah enam sen kepada RM17.58 dan RM6.46, manakala CIMB Group menokok 10 sen kepada RM4.91.

Saham ini menyumbang 4.45 mata kepada CI.

Seorang penganalisis berkata ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana oleh pelabur runcit selepas merosot pada Isnin.

“Permintaan dalam pasaran ekuiti tempatan terus menggalakkan dan di sebalik situasi politik semasa, pasaran Malaysia kekal berdaya tahan disokong oleh asas ekonomi kita yang kukuh dan kepelbagaian portfolio ekonomi,” katanya.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 448 berbanding 320, dengan 358 kaunter kekal tidak berubah, 875 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Indeks FBM Emas Shariah naik 9.23 mata kepada 11,436.43 manakala FBM 70 berkurangan 93.55 mata kepada 13,446.52.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.18 mata kepada 143.28, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 48.75 mata kepada 14,448.61 dan Indeks Perladangan menambah 15.86 mata kepada 6,955.41.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak-kontrak Mei 2019 dan Jun 2019 masing-masing naik tiga mata kepada 1,603.5 dan 1,604 manakala September 2019 menokok 1.5 mata kepada 1,600.

Disember bagaimanapun tidak berubah pada 1,599.

Jumlah dagangan sebanyak 918 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 27,727 kontrak.

Petunjuk penanda aras FBM KLCI meningkat 3.41 mata kepada 1,608.77 selepas 30 minit dagangan dijalankan. -BERNAMA

Categories
EKONOMI

KLCI: Niaga hadapan dijangka diniagakan tinggi minggu depan

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi minggu depan seiring dengan jangkaan prestasi yang lebih baik di pasaran tunai pendasar.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, sentimen ke arah aset pasaran sedang pesat membangun telah mula bertambah baik susulan meredanya keadaan tidak menentu yang menyelubungi ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Beliau berkata pandangan pelabur adalah tarif perdagangan terbaharu yang dikenakan oleh AS dan China dijangka tidak membawa kesan ekonomi yang besar seperti yang dibimbangi ramai pihak.

“Kita melihat lebih banyak dana asing kembali ke Malaysia, dan minggu lepas ia berjumlah hampir RM200 juta,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak September 2018 naik lima mata kepada 1,803, Oktober 2018 meningkat sembilan mata kepada 1,803.5, Disember 2018 menokok 7.5 mata kepada 1,797.5 dan Mac 2019 menambah 7.5 mata kepada 1,795.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baru berakhir ini turun kepada 28,706 lot daripada 29,384 lot yang dicatatkan minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 31,722 kontrak daripada 30,627 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 6.94 mata kepada 1,810.64 berbanding 1,803.76 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia dan derivatifnya ditutup pada Isnin sempena cuti umum hari Malaysia yang jatuh pada Ahad.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

FBM KLCI boleh melepasi paras 1,800 pada hujung tahun – Kenanga Investors

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Kenanga Investors Bhd optismik, namun berhati-hati terhadap penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi paras 1,800 pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ismitz Matthew De Alwis berkata, rintangan segera bagi indeks itu ialah 1,780, yang dijangka dicapai pada Oktober atau Novermber sebelum terus menambah sehingga 1,800 pada akhir tahun.

“Saya optimistik, namun berhati-hati untuk kita mencapai paras 1,800 pada akhir tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaan pada Simposium Perancangan Kewangan Khusus Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara faktor mempengaruhi pasaran ekuiti tempatan ialah ketidaktentuan dunia akibat Brexit dan polisi perlindungan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selain kembalinya pengurus dana daripada percutian musim panas.

“Dengan kembalinya pengurus dana daripada percutian musim panas, mereka akan melaksanakan sesuatu bagi suku terakhir bermula Oktober,” katanya.

SUMBER: BERNAMA