Categories
SELANGOR

Kompleks 3C tawar sayuran hidroponik segar RM6

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 JUL : Orang Awam berpeluang mendapatkan pelbagai jenis sayuran hidroponik segar pada harga serendah RM6 di Kompleks 3C Bandar Sunway.

Antaranya sayuran Green Coral, Red Coral, Buttherhead segar, pengunjung boleh memilih dua jenis sayuran yang tentunya menepati citarasa penggemar sayuran jenis hidroponik.

SAYUR MPSJMudahnya, pengunjung boleh berkunjung ke Kompleks Hidroponik Kompleks 3C dan memilih sendiri jenis sayuran yang ditanam tanpa menggunakan bahan-bahan organik.

Pot-pot sayuran di Kompleks 3C ditanam dengan baik selain mengikuti beberapa tumpuan penjagaan bagi mengekalkan kualiti dan kesegarannya.

Sebarang pertanyaan orang awam boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran Kompleks 3K, di talian 03-56210645 atau melunsuri laman Facebook, JPMasyarakat.

Kompleks 3C dulunya dikenali sebagai ‘Childred Creativity Centre‘ dibangunkan melalui projek inovasi MPSJ yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat.

Selain penyediaan tanaman organik, Kompleks 3C menyediakan pelbagai perkhidmatan jaringan kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk melakukan aktiviti riadah dan khidmat sosial.

Antara kemudahan lain tersedia termasuklah pusat riadah 3D, kemudahan kolam renang, ruang mesyuarat, seminar dan perpustakaan awam.

Inisiatif penyediaan Kompleks 3C diwujudkan pihak majlis bagi memastikan masyarakat sekitar MPSJ menikmati kemudahan terbaik di kawasan perbandarannya.

-nR-

Categories
SELANGOR

RM288,000 selenggara kolam renang Kompleks 3K

OLEH ERMIZI MUHAMAD
SUBANG JAYA, 14 APRIL : Kos penyelenggaraan kemudahan kolam renang baru di Kompleks 3K dianggarkan berjumlah RM12,000 sebulan merangkumi perbelanjaan tahunan sebanyak RM288,000 setahun. 
 
Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Muhammad Zaki Yusoff, berkata jumlah itu termasuklah penyediaan pasukan keselamatan, pembersihan, penyediaan rumah pam, penyelenggaraan, pemantauan kawalan mutu air dan lain-lain.
 
“Sebelum ini isu berkenaan kualiti air kolam, dinding dan pencahayaan sudah ditambah baik dan sistem pusingan air juga dibaiki yang mana beberapa pam aliran air ditambah untuk menyokong aliran sedia ada.
 
IMG_20160414_105804“Jadi secara ringkasnya untuk kerja awalan sebanyak RM2,600, kerja pembersihan bangunan sekitar RM96,000, kerja penyelenggaraan rumah pam kolam dan piawaian air sebanyak RM20,400 dibelanjakan.
 
“Selain itu, bagi penyelenggaraan kolam pula RM48,000 diperuntukan dan kerja penyediaan pasukan penyelamat pula sebanyak RM120,000,” katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media pembukaan kolam renang kompleks 3K Seksyen 13 di sini, hari ini. 
 
Hadir sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Hannah Yeoh dan wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 MPSJ, Chia Yew Ken.
 
Sementara itu, Yeoh berharap MPSJ mampu menyediakan pelbagai pelan perancangan jangka panjang bagi menarik minat pengunjung menggunakan kemudahan di kompleks berkenaan.  
 
“Kerana peningkatan jumlah inilah memerlukan pihak MPSJ mendapatkan pendapatan lebihan untuk menampung kos-kos ini,” katanya. 
-AA-

 

Categories
SELANGOR

Kelengkapan gimnasium Kompleks 3K siap hujung April

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 14 APRIL: Fasa dua penyediaan kelengkapan bersenam di Pusat Gimnasium Kompleks 3K Seksyen 13 dijangka selesai hujung April ini, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Muhammad Zaki Yusoff.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti beberapa perkara bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pengunjung sebelum pusat gimnasium itu dibuka kepada orang awam.

“Fasa 1 kita sudah siapkan penyediaan permukaan lantai getah dengan beberapa ciri keselamatan lain, sementara fasa 2 pula akan diuruskan dalam tempoh dua minggu lagi.

Kompleks 3K“Fasa 2 ini kita beri tumpuan kepada pemilihan barang (alatan senaman) yang akan dibawa masuk ke dalam gimnasium untuk digunakan pengunjung nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembukaan Kolam Renang Kompleks 3K di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Hannah Yeoh dan wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 MPSJ, Chia Yew Ken.

Muhammad Zaki berkata, MPSJ optimis dapat menyediakan kemudahan terbaik kepada masyarakat Subang Jaya dengan penambahan pelbagai fasiliti terbaru di kompleks berkenaan.

“Walaupun pusat gimnasium itu tidaklah terlalu besar, tetapi kita menyediakan kemudahan alatan mengurangkan berat badan dan alatan kardio.

“Jadi kita akan tempatkan enam buah basikal, alatan kardio valkuser dan beberapa alatan kecergasan lain,” katanya.

Kompleks 3K Seksyen 13 di bawah pengurusan MPSJ turut menyediakan kemudahan lain antaranya Dewan Serbaguna, Gelanggang Badminton, Gelanggang Takraw, Meja Ping Pong, Bilik Mesyuarat, Squash dan Studio Penggambaran.

Selain itu, ia turut menyediakan gelanggang outdoor untuk aktiviti luar dan terbaru, kolam renang berbumbung.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kompleks 3K kini dilengkapi kolam renang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 14 APRIL: Pembukaan kolam renang di Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (Kompleks 3K) mulai esok melengkapkan lagi infrastruktur terbaru di bangunan itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata kemudahan itu bakal memberi manfaat berterusan kepada masyarakat setempat khususnya di DUN terbabit.

IMG_20160414_110024“Kita merasmikan Kompleks 3K sebulan lalu dengan beberapa fasiliti lain siap lebih awal.

“Tetapi bagi kemudahan kolam renang, ia baru sahaja siap dinaik taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan mula dibuka kepada orang awam esok.

“Apa yang penting, fasiliti ini bukan sahaja disediakan untuk masyarakat sekitar Subang Jaya, tetapi ia terbuka kepada semua,” katanya pada sidang media di bangunan Kompleks 3K Seksyen 12, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Muhammad Zaki Yusoff dan wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 MPSJ, Chia Yew Ken.

Pada masa sama, Yeoh berkata, kolam renang itu adalah satu-satunya kompleks renang berbumbung di Subang Jaya dengan akses keselamatan ketat daripada petugas yang memiliki Sijil Penyelamat Kelemasan Malaysia. 

IMG_20160414_110738“Kita memerlukan kemudahan seperti ini dengan mengambil kira faktor cuaca panas di luar, jadi kolam renang dengan ciri seperti ini sangat bagus untuk aktiviti riadah penduduk,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Zaki berkata, kolam renang itu juga dibuka khas kepada wanita setiap  Rabu bagi memudahkan golongan itu menggunakan kemudahan sebaiknya.

“Setiap Rabu, bermula jam 4 petang hingga 10 malam, kolam hanya dibuka khas untuk wanita dan penyelamat bertugas juga terdiri daripada kaum wanita sahaja,” katanya.

Kolam renang diurus di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MPSJ itu dibuka mengikut beberapa sesi dibuka 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kadar RM3.00 dikenakan untuk dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak untuk hari biasa, sementara pada cuti umum, RM4.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak bagi satu sesi.

-AA-

Categories
SELANGOR

MPSJ ambil alih kemudahan Kompleks 3K baiki kemudahan

SUBANG JAYA 2 FEB: Pengambilalihan pengurusan Kompleks 3K oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diharap dapat mempertingkatkan kemudahan sukan bagi kegunaan komuniti setempat.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata kemudahan di kompleks itu kini sedang dibaiki dan bakal dibuka untuk tempahan.

Hannah YeohKatanya, beliau gembira dengan pengambilalihan pengurusan Kompleks 3K itu bagi memastikan kemudahan bilik air mempunyai kemudahan kawasan membasuh tangan.

“Kemudahan untuk membasuh tangan adalah prioriti terutama bagi kanak-kanak yang menggunakan kolam renang.

“Pegawai berkenaan sudah menyatakan kemudahan membasuh tangan diselenggara dan dicatat dalam perjanjian dengan petugas pembersihan,” kata Hannah dalam sidang media, di sini.

Katanya, tempahan bagi menggunakan kemudahan di Kompleks 3K itu dengan MPSJ boleh dilakukan bermula 1 Mac ini.

“Kami menggalakkan pihak sekolah dan komuniti dapat menggunakan dengan baik kemudahan disediakan ini,” katanya.

EZY