Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kompleks Seri Perdana dibuka kepada orang awam

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Kompleks Seri Perdana yang terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dibuka kepada orang ramai untuk lawatan.

Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet akan dibuka untuk lawatan.

Menurut laman web rasmi kompleks berkenaan waktu lawatan dibuka pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dan ditutup pada 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Waktu lawatan akan mula beroperasi seperti biasa pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang.

Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Tempoh melawat adalah selama 1 jam 30 minit secara datang terus (walk in) dan lawatan berpandu namun lawatan berpandu hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis.

Pelawat dinasihatkan untuk mematuhi peraturan ketika berada di dalam kompleks seperti berpakaian kemas dan sopan serta tidak dibenarkan membawa apa-apa bentuk kamera atau telefon berkamera ke dalam kawasan kompleks.

Justeru, pelawat dari dalam dan luar negara juga perlu membawa kad pengenalan diri atau passport untuk tujuan pendaftaran.

Namun, pihak pengurusan boleh meminda jadual lawatan sekiranya terdapat majlis rasmi semasa waktu lawatan tersebut.

Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.

Mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah

Sekiranya terdapat pertanyaan orang ramai boleh melayari laman web www.seriperdana.gov.my atau hubungi 0388888200 untuk maklumat lanjut.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Memartabatkan bahasa kebangsaan usaha bersama -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 28102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Rakyat Selangor digalakkan menyokong usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam segala urusan, bersesuaian dengan taraf dan peranannya yang sudah diketahui umum.

2. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta supaya berusaha keras bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

3. DAP hari ini mendedahkan jumlah bil utiliti di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana mencecah lebih RM2.5 juta untuk tahun 2012 lapor The Malaysian Insider.