Categories
NASIONAL

Konvoi #BebasAnwar jelajah ke seluruh semenanjung

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Kempen sempena setahun pemenjaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan dengan siri Jelajah Konvoi #BebasAnwar ke seluruh Semenanjung.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata selain mengadakan jelajah, satu himpunan turut diadakan di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 9 Febuari nanti.

nurul izzah KLSCAH 01“Sesiapa yang berminat meraikan Tahun Baru Cina bersama kita boleh hadir di Penjara Sungai Buloh pada 9 Febuari nanti.

“Program itu nanti akan disertai aktivis dan kepimpinan kita,” kata Nurul Izzah pada program Pelepasan Jelajah Konvoi #BebasAnwar Siri Selangor dan Kuala Lumpur di kediaman Anwar di Bukit Segambut, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Nurul Izzah dan adiknya Nurul Nuha melepaskan kira-kira 12 kenderaan yang terlibat dengan Jelajah Konvoi #BebasAnwar peringkat Selangor dan Kuala Lumpur.

Konvoi terbabit akan menjelajah di 11 daerah di Lembah Klang dan turut mengadakan sesi bertemu orang ramai di beberapa lokasi perhentian nanti.

Kawasan terlibat adalah Segambut, Petaling Jaya, Puchong, Lembah Pantai, Kajang, Pandan dan Gombak, Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Sungai Buloh.

-nR-