Categories
NASIONAL

Komuter operasi guna jadual baharu mulai Selasa ini

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu berkuat kuasa 16 Julai ini, ekoran pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) yang beralih ke fasa seterusnya.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, jadual baharu itu membabitkan perkhidmatan di Lembah Klang, Komuter Ekspres Seremban dan Skypark Link, manakala perkhidmatan KTM Komuter Utara adalah terkecuali.

“Dengan penjadualan baharu ini, perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan antara Stesen Pulau Sebang dan Stesen Batu Caves akan beroperasi secara terus dan penumpang tidak perlu menggunakan perkhidmatan bas transit antara Stesen Sentul dan Stesen KL Sentral serta Stesen LRT Sentul Timur.

“Perkhidmatan bas transit bagi laluan Stesen Segambut-Stesen KL Sentral masih kekal dengan kekerapan setiap satu jam, bermula 6 pagi hingga 11 malam,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut empat perkhidmatan tren ditambah bagi laluan dari Stesen Pulau Sebang ke Stesen Batu Caves, menjadikan lapan perkhidmatan di laluan berkenaan.

“Bagi perkhidmatan Komuter Ekspres Seremban, perkhidmatan tren di sebelah petang, mulai 5.52 petang, ke stesen Seremban akan bermula dari Stesen Sentul (berbanding bermula dari Stesen KL Sentral sebelum ini), dengan tambahan empat hentian di Stesen Sentul, Stesen Putra, Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur,” tambah KTMB.

Jadual waktu baharu itu boleh dirujuk di laman sesawang www.ktmb.com.my dan saluran media rasmi KTMB di Facebook KTM Berhad, Instagram ktmbofficial, twitter @ktm_berhad atau Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 untuk maklumat lanjut.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

KTM Komuter kuat kuasa transaksi tambang tanpa tunai mulai 10 September

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sekitar Lembah Klang akan melaksanakan transaksi tambang tanpa tunai berkuat kuasa pada 10 September depan.

Pengurus Besar Perolehannya, Mohd Hider Yusoff berkata, buat permulaan, bayaran tambang tanpa tunai tersebut diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar.

“Selain menggunakan kad Touch ‘n Go dan MyKad, pengenalan kad Komuter Link juga akan memudahkan urusan transaksi perjalanan pengguna,” katanya pada sidang media KTM Komuter Go Cashless di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter Khair Johari Ishak.

Katanya lebih 85 peratus pengguna KTM Komuter kini sudah mengunakan transaksi bayaran tambang tanpa tunai bagi perjalanan mereka manakala selebihnya masih menggunakan token.

“Kami yakin pelaksanaannya berjalan lancar memandangkan mesin sedia ada sudah dilengkapi fungsi bagi urusan tambah nilai bagi semua jenis kad,” katanya.

Khair Johari berkata selain mesin tambah nilai, KTM juga telah mula mengedarkan secara percuma lebih sejuta kad Komuter Link Dewasa dan Konsesi sejak Julai 2017 sebagai persediaan kepada peralihan tersebut.

“Sebanyak 30,000 kad Komuter Link Dewasa akan diberi secara percuma mulai 10 hingga 16 September ini. Selepas tarikh tersebut, kad Komuter Link akan mula dijual semula dengan harga RM5 (tanpa tambah nilai) di kaunter tiket, mesin tiket dan melalui kru mobile team di stesen-stesen utama KTM Komuter,” jelasnya.

Pelaksanaan transaksi tanpa tunai ini juga akan menyaksikan pengguna menikmati kadar tambang yang lebih murah iaitu hingga 20 peratus, di samping menjimatkan masa beratur di kaunter atau mesin tiket untuk membayar tambang.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Jualan tiket KTM, ETS dilanjut hingga 14 November

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 OGOS: Jualan tiket untuk perkhidmatan KTM Intercity dan Perkhidmatan Tren Eletrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dilanjutkan operasi penjualan sehingga 14 November dengan menggunakan jadual sedia ada.

KTMB dalam satu kenyataannya berkata, penjualan tiket yang sepatutnya pada 10 Oktober itu dilanjutkan ekoran projek menaik taraf infrastruktur dan sistem Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sedang dalam pelaksanaan.

“Tiket perjalanan bagi 1 hingga 14 November akan mula dijual pada 30 Ogos, bermula 8.30 pagi, manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral – Woodlands – JB Sentral), kekal seperti biasa iaitu dalam tempoh 30 hari sahaja,” katanya.

Jumlah perjalanan kedua-dua perkhidmatan tren itu turut dikekalkan, iaitu sebanyak 49 perjalanan sehari bagi KTM Intercity dan 36 perjalanan sehari bagi ETS.

KTMB turut menyarankan agar penumpang perkhidmatan tren membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang menyambut perayaan Deepavali dan yang akan pulang ke kampung.

Maklumat lanjut dan jadual perkhidmatan KTM Intercity dan ETS boleh dirujuk di laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

Categories
NASIONAL

Perkhidmatan KTM stesen KL – Kepong beroperasi semula 28 Ogos

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong akan dibuka seperti biasa Isnin (28 Ogos) depan selepas mengalami gangguan sejak Isnin lepas berikutan insiden kegelinciran kargo.

KTMB dalam kenyataan berkata sehubungan itu, operasi tren KTM Komuter akan menggunakan satu landasan sahaja antara Stesen KL Sentral dan Kepong pada Sabtu dan Ahad manakala perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan beroperasi seperti biasa bagi semua laluan.

“Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang-Batu Caves akan beroperasi dengan kekerapan 45 minit manakala laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan beroperasi dengan kekerapan antara 30 minit hingga satu jam,” menurut kenyataan itu.

Isnin lepas, perkhidmatan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang dan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir di Km 386.900 iaitu di antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong.

Kejadian yang berlaku kira-kira 1.32 pagi itu menyebabkan satu daripada landasan tersebut terhalang.

Orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari www.ktmb.com.my, media sosial Facebook dan Twitter KTMB, untuk mendapatkan perkembangan terkini.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Caj parkir tinggi, keluhan pengguna dipeduli

OLEH NAEEM RAFFI

BATANG KALI, 18 JULAI: Bertindak diatas keluhan pengguna yang terkesan dengan kadar caj parkir kenderaan di Stesen KTM di sini, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong turun ke lokasi.

Katanya, caj RM4 bagi kereta dan RM1 bagi motosikal sekali masuk yang dilaksanakan lebih sebulan itu bukan sahaja tinggi, malah kutipan bayaran itu tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Sehubungan itu, pihaknya sudah menulis sepucuk surat kepada Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai untuk tindakan lanjut.

“KTMB tidak memohon lesen perniagaan daripada MDHS bagi mengutip bayaran parkir. KTMB merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Pusat sepatutnya menjadi teladan kepada syarikat lain,” tulis dalam surat berkenaan.

Mengulas lanjut, Kee Hiong berkata, kawasan komersil Bandar Batang Kali yang terletak bersebelahan stesen KTM itu kini berdepan masalah parkir ekoran pengguna perkhidmatan komuter memilih lokasi itu sebagai alternatif untuk memakir kenderaan mereka.

“Kebanyakkan pengguna KTM yang tidak mampu membayar pakir terpaksa pakir di kawasan lain sejak KTMB melaksanakan kutipan itu.

“Kawasan komersil ini menjadi alternatif kepada pengguna memandangkan ia tidak menggenakan bayaran. Perkara ini menimbulkan masalah pakir kepada peniaga dan penghuni kawasan komersil tersebut,” katanya.

Kee Hiong menambah, caj parkir tidak sepatutnya dikenakan memandangkan ia merupakan kemudahan pengguna pengangkutan awam.

Ia juga merencatkan usaha menarik pengguna memilih kemudahan awam untuk berulang-alik kerja bagi menjimat masa dan kos.7932f1a7-45d5-42e4-927c-238dcde16fdd

Categories
SELANGOR

Dua beradik maut dilanggar komuter

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 MAC: Dua beradik maut dilanggar tren komuter di Kilometer 29.5 berhampiran Stesen Kampung Jawa-Shah Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa adalah Sabiran Musa, 40, dan adiknya, Nizam Riduan, 36, beralamat di Jalan Dato Mohd Sidin off Jalan Batu 3 Lama, Sungai Rasau, Seksyen 16 Shah Alam.

Katanya, kedua-dua mangsa dipercayai cuba menyeberangi landasan untuk ke kedai runcit berdekatan apabila dilanggar tren komuter dari arah Kuala Lumpur ke Klang.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak kira-kira tiga meter dari landasan dan mati di tempat kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa cedera parah di kepala, kaki dan patah tangan.

“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Shafien berkata, tiada sebarang unsur jenayah membabitkan kes itu dan ia diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

-AA-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Cadangan rebat, bas perantara disambut baik

Rabat bas Perantara

SHAH ALAM, 24 SEPT : “Hanya kerajaan yang prihatin kepada kebajikan rakyatnya, mampu menzahirkan idea seumpama itu,” demikian kenyataan kakitangan awam, Halijah Sinoh, 57 berhubung cadangan pemberian rebat oleh Kerajaan Negeri kepada kakitanganya yang menggunakan pengangkutan awam.

Dengan menyifatkan ia sebagai suatu berita gembira, kakitangan di Bahagian Korporat SUK itu berpendapat rancangan itu mampu mengurangkan kos sara hidup yang semakin menekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan.

“Sekurangnya-kurangnya insentif yang diberikan ini mampu mengurangkan kos perjalanan kakitangan ke tempat kerja. Kalau sehari kita berjaya jimat RM5 (Kenderaan sendiri), sebulan kita sudah ada lebihan RM150,” katanya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan rancangan untuk memberi rebat kepada kakitangan Kerajaan Negeri yang menggunakan pengangkutan awam. Seiring dengan itu, Kerajaan Negeri juga bercadang unbtuk menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam seperti Terminal Bas di Seksyen 1, Shah Alam dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Seksyen 19, Shah Alam ke Bangunan SUK

Insentif itu membabitkan kakitangan awam di Bangunan SUK dan akan diperluaskan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sementara itu, Fadhilah Mohd Zohdi, 29 berkata idea bernas bas perantara itu harus disusuli dengan perlaksanaan yang cekap agar tidak mendatangkan kesan negatif kepada kakitangan awam.

“Semua sedia maklum, jadual kerja kakitangan awam terbahagi kepada tiga waktu bekerja. diharap bas ada pada setiap jadual waktu kerja ini.

“Satu lagi yang saya terfikir, bagaimana sekirannya KTM ‘delay’ dan pada masa itu bas yang sepatutnya dinaiki kakitangan awam ini tiada,” soalnya.

Bagi Pengawal Keselamatan Bangunan SUK, Rahmat Muslimin, 50, beliau berpendapat pelaksanaan rebat pengangkutan awam itu mampu mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk.

“Sekiranya setengah daripada kakitangan SUK mengambil peluang menggunakan pengangkutan awam, setidak-tidaknya mampu mengurangkan jumlah kenderaan di dalam SUK.

“Masalah pakir juga dapat diatasi. Ia juga memudahkan pelanggan dan rakyat yang mahu berurusan dengan agensi Kerajaan Negeri untuk pakir di dalam kawasan SUK,”katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hasrat Penduduk Kg. Keretapi Miliki Geran Tanah Ditunaikan Kerajaan PR Selangor

Hasrat Penduduk Kg. Keretapi Miliki Geran Tanah Ditunaikan Kerajaan PR Selangor 01

KLANG, 2 FEB : Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Alias AhmadBeliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini.

Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955.

Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah.

Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur’janji manis’ untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan.

“Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini. Saya benar-benar bersyukur,” katanya.

Noor Aisah ZakariaSeorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu.

Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu.

Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh.

“Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri.

“Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama,” katanya.

Categories
SELANGOR

Hannah : Minta KTMB Sedia Pelan Alternatif Kepada Pengguna Komuter Di Subang

Hannah KTM 01

SUBANG JAYA, 2 JAN : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini mempersoal tindakan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bercadang menutup stesen KTM Subang Jaya buat sementara waktu tanpa mengeluarkan notis kepada orang ramai.

Beliau berkata, sehingga kini, KTMB masih gagal menjelaskan isu terbabit kepada orang ramai, malah tidak memberikan sebarang notis rasmi makluman pemandu teksi dan orang ramai.

“Pada 5 Disember lalu, saya mengadakan satu perjumpaan bersama Persatuan Teksi Subang Jaya untuk membincangkan mengenai beberapa perkara bagi membaikpulih infrastruktur di stesen tersebut. Berdasarkan perbincangan itu, kita ada mengemukakan beberapa cadangan dan satu surat rasmi dihantar kepada KTMB.

“Malangnya, pada 13 Disember lalu, pihak KTMB memaklumkan bahawa semua cadangan itu terpaksa ditolak berikutan stesen Subang Jaya akan ditutup bulan ini untuk pelaksanaan sambungan LRT. Apabila kita tanya bila stesen itu akan ditutup atau sama ada notis itu telah diberikan, mereka tidak dapat jawab,” katanya.

Sehubungan itu, tegas Hannah, pihak KTMB digesa untuk memberikan notis lengkap bagi rujukan orang awam berikutan sebilangan besar penduduk menggunakan stesen itu untuk ke tempat kerja.

Katanya, KTMB juga perlu menyediakan pelan alternatif bagi memindahkan pengguna ke stesen lain sebaik sahaja stesen tersebut ditutup tidak lama lagi.

“Sekiranya KTMB ingin menutup stesen itu, mereka perlu sediakan satu pelan supaya pengguna termasuk pemandu teksi dan bas tidak menghadapi kesukaran kelak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Subang Jaya, Che Ei Mohamad berharap supaya KTMB mempertimbangkan semula keputusan untuk menutup stesen itu kerana ia akan menjejaskan pendapatan mereka seharian.

Beliau berkata, ia juga akan menyebabkan peniaga-peniaga kecil di kawasan itu berdepan kerugian dan hilang mata pencarian.

“Kebanyakan daripada peniaga dan pemandu teksi telah berada di kawasan itu lebih 15 tahun. Kami terasa teraniaya kerana tidak dipanggil untuk berbincang. Saya berharap pihak KTMB akan memberi penjelasan berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Selangor Sedia Selesaikan Kes 20 Tahun “Railway Lines”.

SHAH ALAM 19 MAC : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad bersedia untuk turun menemui bekas penghuni ‘Railway Lines’ Sungai Buloh bagi mencari penyelesaian kepada kes mereka yang berlarutan hampir 20 tahun.

“Saya yang mengalas Exco Perumahan sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan penduduk.

“Apa yang mereka tuntut itu adalah tanah dan sekirannya mereka ada cadangan ataupun alternatif lain sebagai gantian kepada lot tanah mereka itu, saya sentiasa bersedia untuk mendengar dan teliti perkara tersebut,” ujar Iskandar.

Beliau ditemui TVSelangor selepas sekumpulan bekas penduduk ?Railway Lines? atau Kampung Keretapi, Sungai Buloh berkumpul dilobi Ibu Pejabat Kerajaan Selangor di sini pagi tadi untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar.

Mereka menuntut pertolongan pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut perumahan mereka yang tidak dapat diselesaikan sejak pemerintahan Umno-BN.

Kes mereka bermula pada Januari 1992 apabila mereka diusir dari kampung itu oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana tanah mereka akan digunakan untuk projek landasan berkembar KTM.

Seramai 299 keluarga ditawarkan lot tanah daripada Pejabat Tanah Daerah Gombak di Matang Pagar sebagai gantian bagi tapak rumah mereka.

Apa yang dikesalkan, setelah menunggu hampir 20 tahun, mereka masih tidak mendapat tanah-tanah lot yang dijanjikan.

Kumpulan itu telah mengambil beberapa langkah untuk menuntut hak tanah mereka seperti menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar era pemerintahan Umno-BN, selain menulis surat bantahan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

Mereka juga telah berjumpa dengan Mantan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Samy Velu.

Malangnya segala usaha tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil.

Mereka juga telah mengambil tindakan mahkamah namun setelah 10 tahun kes ini dibicarakan, mahkamah telah membatalkan kes mereka pada 30 Mac 2011, atas alasan ?tiada balasan?.

“Semasa Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, tanah penduduk diambil dan dijanjikan rumah kos rendah kepada mereka.

?Namun ianya tidak dilaksanakan dan penduduk membawa kerajaan negeri ke mahkamah dan mahkamah telah membuat keputusan.

“Jadi, semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih, Menteri Besar (Abdul Khalid) hanya bertindak diatas keputusan mahkamah tersebut.

?Perkembangan ini berakhir dimahkamah dan sekirannya penduduk ingin jumpa, saya sentiasa bersedia untuk mereka,”jelas Iskandar.