Categories
AGAMA NASIONAL

HARAPAN kecewa Peguam Negara batal rayuan kes rasuah Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) kecewa dengan keputusan Peguam Negara membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor daripada dakwaan kes rasuah.

Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan.

“Tindakan membatalkan rayuan ini mewujudkan persepsi sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara malah mencemarkan kredibiliti dan kebebasannya.

“Majlis Presiden akan meneliti kemungkinan tindakan Peguam Negara ini melanggar Perjanjian Memorandum Persefahaman di antara HARAPAN dan kerajaan, khususnya Perkara 4 berhubung kebebasan institusi kehakiman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Anwar sebagai Presiden KEADILAN, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata, pihaknya menyedari Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada menarik balik rayuan tersebut atau tidak.

“Namun dalam kes melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan bekas Menteri Persekutuan, rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar sehinggalah segala proses perundangan telah dilalui sepenuhnya,’’ katanya.

Pada 17 November portal The Edge dalam laporannya menyebut ia telah ‘difahamkan dengan pasti’ yang pihak pendakwaan telah menarik balik rayuannya berhubung kes rasuah membabitkan Ahli Parlimen Putrajaya.

Pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyabitkan Tengku Adnan ketika menjadi menteri wilayah persekutuan bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd, Chai Kin Kong.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan keputusan itu pada Julai lalu.

Pengerusi panel hakim Suraya Othman memutuskan RM2 juta yang diterima Tengku Adnan adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Ku Nan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan empat tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah terhadap Tengku Adnan, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-70 semalam.

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

 

Categories
NASIONAL

Kes rasuah Tengku Adnan: 30 saksi pendakwaan akan dipanggil

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Pihak pendakwaan akan memanggil sehingga 30 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan bermula pada 3 September ini, di Mahkamah Tinggi, di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memberitahu demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hari ini.

“Saya tak boleh menyatakan jumlah saksi secara tepat kerana mungkin ada perubahan tetapi dianggarkan 20 ke 30 saksi pendakwaan akan dipanggil,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Firdaous memberitahu mahkamah kesemua dokumen berkaitan kes itu telah diserahkan kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau memohon mahkamah menetapkan satu tarikh pengurusan kes bagi menyerahkan pernyataan saksi untuk perbicaraan dan mahkamah menetapkan 16 Ogos untuk pengurusan kes.

Pada prosiding hari ini Tengku Adnan, yang berbaju kemeja batik lengan pendek diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraan kes Anggota Parlimen Putrajaya itu bermula pada 3 September sehingga 5 September dan bersambung 10 sehingga 12 September.

Pada 15 Nov lepas, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta, daripada seorang ahli perniagaan, Tan Eng Boon, melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Tengku Adnan).

Perbuatan itu dilakukan sebagai upah bagi dirinya untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, pada 27 Dis 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Tengku Adnan, turut berdepan pertuduhan pilihan di mana atas kedudukannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, menerima untuk dirinya sendiri sejumlah RM1 juta tanpa balasan daripada Tan menerusi cek Public Bank kepunyaan Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaunnya, sungguhpun mengetahui bahawa Tan, yang juga pengarah Nucleus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) mempunyai hubungan dengan fungsi rasmi beliau.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Sementara itu pada 12 Disember, beliau didakwa sebagai seorang penjawat awam atas kedudukannya selaku Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima barangan berharga tanpa balasan, berjumlah RM2 juta daripada Chai Kin Kong, menerusi cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd, yang didepositkan ke dalam akaun CIMB kepunyaan Tadmansori Holding Sdn Bhd, yang mana beliau (Tengku Adnan) mempunyai kepentingan dan beliau tahu ada hubungan dengan tugas rasminya.

Tengku Adnan dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, Tingkat 1, Lot A4, Blok A, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur, pada 14 Jun 2016. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tuduh bawa ajaran sesat, PAS saman Ku Nan

SHAH ALAM, 4 NOV: PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Setiausaha Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Keputusan itu disahkan Pengerusi Biro Undang-undang PAS, Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang, hari ini.

hanipa maidinBeliau berkata, satu surat tuntutan akan dihantar kepada Tengku Adnan minggu ini atau minggu depan, menuntut menteri Wilayah Persekutuan itu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat.

“Kami akan memberi masa selama 48 jam kepada beliau untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf. Saya lihat ucapannya secara terperinci dan beliau sememangnya melemparkan tuduhan terhadap kami,” katanya yang dipetik dari Malaysia Kini.

Tengku Adnan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, pada 2 November lalu dan mendakwa Umno adalah parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Categories
NASIONAL

Arahan berbentuk ugutan, Ku Nan perlu minta maaf pada gelandangan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 JULAI: Pelbagai reaksi ditunjukkan pengguna laman sosial Facebook selepas kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas golongan gelandangan, baru-baru ini.

Ada pengguna laman terbabit mahu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf berhubung kenyataan yang disifatkan mereka sebagai ‘arahan’ dalam bentuk ugutan dalam isu gelandangan itu.

Mereka berpendapat arahan yang berbentuk ugutan itu menimbulkan kemarahan dan pelbagai respon daripada lapisan masyarakat.

gelandanganFadzlullah Abdullah, berkata seharusnya Najib meminta Ku Nan memohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap kelantangan beliau.

“PM kena juga minta menteri itu minta maaf kerana mengeluarkan arahan dalam bentuk ugutan sehingga menimbulkan kemarahan dan respon negatif dan beliau sendiri kena buat ‘damage control’,” katanya.

Selain itu, Azhar Ameir mahukerajaan tidak terus menyalahkan rakyat apabila golongan berkemampuan bertindak membantu kumpulan gelandangan itu.

Katanya, tindakan yang mereka lakukan itu ekoran pengambilalihan tanggungjawab daripada kerajaan yang tidak prihatin isu terbabit.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rakyat hendak tengok perubahan dan ia hanya boleh datang daripada mereka yang berada di tampuk kuasa. PM perlu selamatkan keadaan, jangan pedulikan kata pembodek (Ku Nan). Rakyat mesti didahulukan, bukan Ku Nan,” katanya.

Manakala, bagi Thiago pula, kunjungan Najib itu menunjukkan drama Umno bermula.

pc 1“Baru sekarang sedar? Selama ni tak terfikir ke? Ni la akibat harga barang naik dan harga rumah makin naik,” kata Alexander James.

Kunjungan Najib itu dibuat sehari selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tinjauan sama ke atas satu operasi dapur umum di negeri itu.

Lim menitiskan air mata kerana sedih melihat keadaan golongan terbabit dalam kunjungan yang mendapat liputan meluas itu.

Najib turun dalam lawatan mengejut itu selepas timbul bantahan ke atas keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menghalang operasi dapur umum, yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin, daripada terus beroperasi di pusat bandar.

Langkah Najib itu kebetulan dibuat selepas teguran tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin yang menggesa menteri mencontohi sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering turun padang sepanjang menjadi perdana menteri.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng menyifatkan Najib hanya cuba meraih publisiti dengan melakukan tinjauan ke atas kumpulan gelandangan di Kuala Lumpur tanpa memberi sebarang kebaikan kepada golongan itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Dapur Jalanan tak tunduk, sedia pasukan peguam hadapi saman DBKL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 6 JUL: Organisasi amal, Dapur Jalanan tetap meneruskan aktiviti memberi makanan kepada golongan miskin tegar bandar walapun berhadapan risiko disaman penguatkuasa seperti yang mahu dikuatkuasakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, baru-baru ini.

Ahli Dapur Jalanan merangkap jurucakap bagi salah satu kumpulan yang menjalankan aktiviti itu, Wong Kar Fai, berkata hal itu berikutan golongan miskin tegar bandar memerlukan pembelaan sewajarnya.

20140706_004126“Seharusnya, ini tanggungjawab kerajaan tetapi mereka tak buat dan bila orang lain nak buat mereka halang pula,” katanya ketika ditemui Selangor Kini selpas mengagihkan makanan sekitar Jalan Panggung, Pasar Seni, Medan Pasar dan Lebuh Ampang, di sini, malam tadi.

Katanya, sebelum ini kerajaan dijangka meminda Akta Papa 1977 dalam persidangan parlimen sesi Jun-Julai, baru-baru ini bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih keras diambil terhadap golongan miskin tegar bandar yang tidak berumah.

Bagaimanapun, pindaan itu tidak berlaku, sebaliknya kerajaan terus membuat persediaan seperti mengadakan pelbagai operasi menangkap golongan tidak berumah sebelum pindaan akta itu dilaksanakan.

“Kami tak tahu apa pindaan yang akan dibuat dan bila, tetapi yang pastinya kerajaan dah buat persediaan awal dengan mengadakan pelbagai operasi seperti Operasi Kasih, Operasi Cantas dan Operasi Bersepadu membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia serta polis.

20140706_010436“Kami cadangkan, Tengku Adnan turun tanya apa masalah golongan ini, apa mereka mahukan bagi mencari penyelesaian total, bukannya menyembunyikan kewujudan mereka daripada mata masyarakat dengan mengurung mereka.

“Antara keperluan utama yang harus disediakan kerajaan seperti peluang pekerjaan yang lebih baik, tempat tinggal dan tempat menyimpan beg,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan golongan miskin tegar bandar terbabit mempunyai pekerjaan tetapi diberikan upah yang rendah sekitar RM10 hingga RM20 sehari, sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu menyewa rumah sebagai kediaman masing-masing.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Gelandangan: “Kami menjijikan kamu? Terimalah balasan Allah nanti”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Golongan gelandangan di Kuala Lumpur menyifatkan langkah Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar yang mahu mengenakan denda kepada pihak yang menghulurkan sumbangan kepada golongan itu dan penerima sumbangan adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

Salah seorang gelandangan yang ditemui Selangor Kini di Jalan Tunku Abd Rahman, di sini ,yang cuma mahu dikenali sebagai Pak Long, 68, percaya tindakan itu diambil berikutan menteri di kementerian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansorm menganggap golongan yang menjadikan kaki lima Bandaraya Kuala Lumpur itu sebagai menjijikkan.

photo 2-756717“Mungkin dia rasa orang seperti kami menjijikkan, sedangkan kami tidak mencuri, tidak buat maksiat, bahkan ramai di antara kami yang bekerja. Pak Long sendiri bekerja jaga parkir dan tak paksa orang mahu bayar atau tidak. Kalau tak bayar pun Pak Long tetap redha dan senyum pada orang itu.

“Orang kaya seperti dia jangan angkuh. Balasan bukan di akhirat sahaja. Kita hidup lagi Allah dah berikan balasan atas setiap apa yang kita lakukan tak kira walaupun menteri. Kita tak akan berkuasa selamanya dan takkan mampu menongkat langit.

“Sekarang, dia buat macam ini tetapi silap hari bulan agaknya masa nak pilihan raya nanti dia benarkan semula,” katanya yang berasal dari Melaka itu.

Pak Long mula tinggal di jalanan selepas menghadapi tekanan hidup apabila kehilangan insan tersayang iaitu isteri dan empat anaknya dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis di Melaka hampir dua tahun lalu.

pengemisSelepas kehilangan semua anggota keluarganya, Pak Long sering dilihat tidur di pusara isteri dan anaknya akibat tekanan perasaan yang melampau sehingga menyebabkan segelintir penduduk kampung menganggapnya gila.

Pak Long berkata, setiap kali berada di rumahnya, ingatan dan bayangan orang tersayang sentiasa wujud menyebabkan dia sentiasa berada di dalam kesedihan.

Kira-kira hampir sebulan selepas itu, beliau mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur akibat tidak lagi mampu menanggung perasaan rindunya kepada arwah isteri dan anaknya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Ku Nan tentang kenapa harga barang naik tidak bertanggungjawab

Oleh : Fahmi Fadzil

Kenyataan yang dibuat Datuk Seri Tengku Adnan semalam yang menyelar ‘orang tengah’ yang kononnya cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila Menteri membuat andaian bahawa pihak yang menaikkan harga adalah terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat.

Kenyataan Menteri ini adalah cubaan untuk mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak.

fahmi-fadzilKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan rakyat dalam kenyataan beliau tempoh hari bahawa kadar inflasi di Malaysia telah meningkat dari 1.2% pada Disember 2012 ke 2.9% pada November 2013, iaitu peningkatan 2.4 kali ganda.

Ku Nan dan kerajaan UMNO-BN perlu menghentikan retorik yang tidak berasas seperti ini dan sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar yang dapat menangani isu inflasi dengan efektif.

Harga petrol patut diturunkan, monopoli gula yang dipegang Syed Mokhtar perlu dipecahkan, dan pelbagai kenaikan yang dicadangkan seperti kadar tol, tarif elektrik, dan cukai GST wajib ditarikbalik.

Sekurang-kurangnya kerajaan UMNO-BN wajib menangani ketirisan dan rasuah yang mengakibatkan berbilion ringgit wang Rakyat lesap begitu sahaja, seperti yang dilaporkan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.

# Fahmi Fadzil adalah Pengarah Komunikasi KEADILAN