MPAJ Perlu Bina Semula Pasar 50 Tahun Kuala Ampang

HULU KLANG, 23 MAC : Setelah lebih 12 tahun, sebuah pasar borong yang kecil dan usang akan dinaiktaraf tidak lama lagi hasil dari keprihatinan pemimpin setempat dan exco kerajaan Selangor.

Pasar Kuala Ampang, yang sudah bertapak hampir 50 tahun dan menjadi tumpuan penduduk di sini akan diubah suai dan dibina semula oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak lama lagi.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Ampang, Patrick Ang berkata, pasar borong yang menjadi tumpuan penduduk di skeitar kawasan itu hanya dinaiktaraf kali terakhir pada tahun 1980.

“Sistem dalam pasar yang tidak teratur ditambah dengan keadaan persekitaran yang kotor kerana berhampiran dengan tempat pembuangan sampah telah mencacatkan keadaan di sini.

?Terdahulu, kita telah ajukan masalah ini kepada pejabat daerah, namun difahamkan mereka tidak mempunyai tenaga pakar dan kemahiran untuk membina semula pasar tersebut.

?Walaubagaimanapun, dengan bantuan kerajaan negeri melalui Exco, Ean Yong Hian Wah, pasar ini dijamin akan diberi wajah baru dalam masa terdekat,” katanya apabila ditemui Selangorkini.

Pasar itu menempatkan kira-kira 30 peniaga yang menjual pelbagai barangan keperluan harian termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, daging ayam dan lembu. Ia juga menempatkan gerai-gerai makanan.

Pelan yang direka MPAJ bertujuan menjadikan pasar itu lebih menarik bagi memberi keselesaan kepada penjaja dan pengunjung untuk berurus niaga.

Keadaan persekitaran yang bersih dan teratur akan menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli barang keperluan di situ, sekaligus mengekalkan tradisi pasar yang telah lama beroperasi.

Patrick juga berkata, walaupun pasar ini akan dinaik taraf, semua peniaga sedia ada akan terus kekal berniaga di tempat yang sama, malah ia akan mempunyai pelbagai kemudahan yang lebih baik.

?Saya berharap pihak MPAJ akan mengotakan janji mereka untuk membangunkan semula pasar ini kerana peniaga telah lama menunggu proses naik taraf tersebut,” ujarnya.

Categories
SELANGOR

Longkang Tersumbat Hasilkan Bau Busuk, MPAJ Diminta Segera Bertindak

HULU KLANG, 25 MAC : Kualiti hidup di Kuala Ampang terus menurun apabila bau busuk dan serangan nyamuk menjadi rakan hidup sebilangan besar penduduk di kawasan ini.

Mereka yang tinggal di sepanjang Lorong Awan mengadu, masalah tersebut telah menjadi “teman rapat” mereka sejak kawasan itu mula dibangunkan.

Kata penduduk, ia mungkin disebabkan pihak berkuasa tidak menyengelara longkang yang tersumbat di sepanjang jalan utama dan kawasan perumahan.

Wartawan SelangorKini yang meninjau kawasan itu telah menemui wakil penduduk dan penghuni yang memaklumkan mereka sudah tidak tahan dengan masalah tersebut dan mendesak tindakan segera diambil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Seorang suri rumah, Julia Chia, 59, mendakwa longkang yang sepatutnya mengalirkan air sebaliknya dipenuhi najis dan sampah sarap.

“Sudah puas saya dan beberapa penduduk lain membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung masalah ini. Bila hujan lebat dan berlaku banjir kilat, air longkang akan melimpah masuk ke dalam rumah dan menghasilkan bau busuk,” jelasnya.

Katanya, keadaan longkang yang dipenuhi kotoran dan air bertakung menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Menurutnya, serangan nyamuk sering berlaku pada waktu petang hingga ke malam dan beberapa kes denggi telah dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Ampang, Patrick Ang berkata, keadaan tersebut berpunca daripada kegagalan Kerajaan Umno-BN yang memerintah sebelum ini untuk membina longkang mengikut piawaian yang ditetapkan.

Ujarnya, kebanyakan longkang yang dibina adalah terlalu kecil, sekaligus menyekat serta menghalang aliran air.

Beliau berkata, tangki septik yang terdapat di setiap rumah juga seringkali rosak dan gagal berfungsi.

“Penduduk perlu mendapatkan khidmat Indah Water untuk mengepam tangki tersebut menggunakan kos sendiri kira-kira RM100 hingga RM200 setahun.

?Kegagalan tangki ini berfungsi mengakibatkan saluran tersumbat dan menghasilkan bau kurang menyenangkan terutama musim hujan.

?Selain itu, sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan merumitkan lagi keadaan,” keluhnya.

Tambah Patrick, hampir 90 peratus penduduk di kawasan ini tidak mempunyai longkang dan sistem perparitan teratur di kawasan masing-masing.

Categories
SELANGOR

Penduduk Kuala Ampang Mahu Kerajaan Pusat Beri Perhatian Masalah Jalan Raya

HULU KELANG, 23 MAC : Penduduk Kuala Ampang di sini menggesa kerajaan pusat Umno-BN untuk memperbaiki mutu pembinaan jalan di sini yang sentiasa berlubang dan rosak walaupun kerap kali diturap.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Ampang, Patrick Ang berkata, jalan raya sepanjang empat kilometer yang menjadi laluan utama bagi penduduk kawasan itu telah dinaiktaraf beberapa bulan lalu oleh kerajaan Umno-BN.

Bagaimanapun, jelasnya, jalan raya tersebut hanya diturap separuh, manakala jalan-jalan lain di sekitar kawasan itu gagal diselenggara dengan baik.

Malah ujar Patrick, kenderaan berat yang sering keluar masuk melalui jalan-jalan tersebut mengakibatkan ia berlubang dan rosak teruk meskipun baru sahaja siap dinaiktaraf.

?Saya difahamkan, jalan raya berkenaan rosak dan berlubang berikutan ia dilalui oleh kenderaan berat (lori) yang melebihi had muatan. Setiap kali diturap, jalan raya itu mesti akan rosak semula.

?Namun, kami percaya jalan raya ini cepat rosak dan berlubang disebabkan pembinaannya yang tidak berkualiti. Ini kerana jalan ini baru sahaja dinaiktaraf baru-baru ini,? katanya.

Menurut beliau, meskipun keadaan jalan raya semakin teruk, namun pihak kerajaan pusat sekadar menampal sebahagian lubang-lubang jalan malah tiada sebarang tindakan untuk membaik pulihnya secara menyeluruh.

Beliau berkata, disebabkan jalan raya yang rosak dan berlubang, ia telah menyukarkan penduduk khususnya bagi penduduk yang menggunakan kenderaan kecil atau basikal.

?Kerajaan persekutuan tidak boleh lepas tangan terhadap masalah ini. Sudah beberapa kali aduan dibuat, namun masih tiada tindakan yang diambil.?