Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

‘Tarikh Kuala Kubu 1780- 1931’ singkap nilai sejarah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 SEPT: Nilai sejarah di Kuala Kubu Bharu terus menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan mengujakan dan mempunyai daya tarikan sendiri.

Keistimewaan itu juga sekali gus mendorong Persatuan Sejarah Kuala Kubu (Peskubu) menghasilkan ‘Tarikh Kuala Kubu 1780 – 1931’ yang menyingkap pelbagai kisah sejarah di kawasan itu.

Menyambut baik inisiatif tersebut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata nilai estetika kewujudan Kuala Kubu Bharu perlu diselami dan difahami khususnya masyarakat kini.

“Tarikh Kuala Kubu 1780 – 1931 membingkai kenangan yang berkekalan kepada setiap yang pernah menjejakkan kaki ke Kuala Kubu Bharu.

image-3“Buku ini mempotretkan peristiwa yang berlaku sebagaimana kita mempotretkan kenangan dalam hidup.

“Yang silamlah membentuk bagaimana hari ini,” katanya mengulas hasil penghasilan buku tersebut.

Buku setebal 92 laman itu juga turut menyingkap segala peristiwa penubuhan Kuala Kubu Bharu  yang pernah menjadi pentadbiran Residen British sekitar 1930-an.

Tidak dilupakan, bagaimana tragedi Empangan Pecah yang pernah melumpuhkan ruang ekonomi kawasan bandar itu serta semangat gigihnya masyarakat membangunkan penempatan baru, selepas musibah besar melanda kawasan itu.

Lebih istimewanya, kandungan buku tersebut juga turut menyingkap peningalan bangunan lama berserta info grafik dan gambar-gambar yang pastinya membawa dimensi baru pembaca.

“Segalanya ada di Kuala Kubu Bharu, alam sekitar yang menghijau, sungai-sungai, lata-lata dan bukit bukau yang mencabar sesiapa pun untuk menerokainya.

kuala-kubu“Flora dan Fauna yang kaya dan tinggalan sejarah yang tersembunyi. Jika dirangkumkan keseluruhannya, Kuala Kubu Bharu menjadi pakej pelancongan yang lengkap.

“Apa lagi dengan keharmonian zaman berzaman penduduk berbilang kaum dan budaya. Sedar atau tidak, itulah yang menjadikan Kuala Kubu Bharu istimewa,” kata Kee Hiong.

Buku hasil susunan semula Ahmad Termizi Yaacob itu boleh dibaca di Galeri Sejarah Kuala Kubu, yang kini dikendalikan Peskubu.

EZY

Categories
SELANGOR

Isu parkir berbayar KKB dibawa dalam mesyuarat MDHS

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MAC: Penangguhan pelaksanaan sistem parkir berbayar di pekan Kuala Kubu Bharu akan dibentangkan dalam mesyuarat penuh bulanan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), 25 Mac ini.

Ahli Dewan Negerinya (ADN), Lee Kee Hiong, berkata keputusan itu susulan bantahan penduduk terhadap pelaksanaan sistem berbayar yang dijangka dilaksanakan pada 1 Jun depan.

Katanya, Ahli Majlis yang terbabit bersetuju membentangkan usul penangguhan itu dengan tiga alasan rasional dan peduli rakyat.

Lee Kee Hiong a“Sebelum ini saya dimaklumkan MDHS akan melaksanakan sistem parkir berbayar dengan melantik sebuah syarikat swasta untuk mengutip bayaran.

“Saya menggesa Ahli Majlis yang bersetuju untuk mengkaji semula pelaksanaannya di pekan koboi ini.

“Dua kali berbincang dengan mereka baru keputusan dibawa semula ke mesyuarat penuh bulanan diambil kira,” katanya kepada SelangorKini.

Kee Hiong berkata, tiga alasan yang akan dibentangkan itu membabitkan ekonomi pekan KKB yang belum berkembang dan belum mencapai tahap pengangkutan bandar.

Selain itu, katanya, bangunan lama yang dibina pada 1930 adalah rumah kediaman di tingkat atas dan pelaksanaan ini akan menafikan hak penduduk meletak kereta seperti kediaman di tempat lain.

“Pekan KKB dikenali sebagai pekan koboi, jadi tidak perlu dilaksanakan sistem ini bagi tujuan kawalan ketika waktu puncak parkir masih kosong,” katanya.

-AA-

Categories
EKONOMI SELANGOR

Sejarah dan keindahan Kuala Kubu Bharu jadi tarikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 25 JAN :Keunikan Kuala Kubu Bharu sebagai bandar bersejarah dan memiliki keindahan semula jadi menjadikan ia sebagai kawasan tumpuan pelancong domestik dan luar di Selangor.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata pembangunan bandar terbabit dengan pengekalan keadaan asal memberikan kelebihan dan kelainan menjadikan ia sebagai pilihan kepada pengunjung berbanding bandar atau tempat lain di negara ini.

Sungai Chiling“Kuala Kubu Bharu menjadi tumpuan kerana mempunyai banyak tempat menarik seperti Bukit Fraser, Bukit Kutu, Air Terjun Sungai Chiling dan Air Terjun Lata Medang.

“Air terjun Sungai Chiling sendiri diakui sebagai kawasan perkelahan air terjun tercantik di Selangor,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu ia juga kekal dipenuhi bangunan lama dan bersejarah hasil peninggalan zaman British seperti pejabat pos, balai polis, menara jam dan sebagainya.

“Kuala Kubu Bharu juga adalah bandar pertama dirancang pihak perancang bandar di Malaysia pada 1930.

“Orang ramai juga boleh melawat Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sejarah bandar ini,” katanya.

galerikkb 4Bagi menarik perhatian umum, Kee Hiong menggerakkan pelbagai program seperti kebudayaan dan kesenian yang dijalankan dua bulan sekali dengan terbaharu, Program Seni dan Masyarakat 2 bersama Prof Dr Sti Zainon Ismail pada 25 dan 26 Disember tahun lalu.

Berdasarkan sejarah, pembinaan bandar itu dirancang arkitek New Zealand, Charles Compton Reade dengan menjadikan ia sebagai bandar dalam taman dengan idea reka bentuk menarik.

Ia berikutan tragedi banjir besar yang menenggelamkan bandar asal, Kuala Kubu.

EZY

Categories
SELANGOR

Kuala Kubu Bharu kekal identiti sejarah

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA KUBU BHARU, 27 OGOS: Pembangunan Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitarnya dilaksana dengan mengekalkan ekosistem juga identiti sejarah dimiliki.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata ketetapan itu diambil selaras dengan geografi setempat yang kini dikenali sebagai bandar dalam taman.

Lee Kee Hiong a“Kita mahu kekalkan keadaan asal dengan memastikan tiada bangunan tinggi kerana di sini banyak tumbuhan hijau yang melebihi 100 tahun dan tidak bercadang mewujudkan sebarang kawasan perindustrian,” katanya kepada Selangor Kini.

Kee Hiong berkata, penekanan juga terarah kepada eko pelancongan kerana Kuala Kubu Bharu adalah kawasan tadahan air yang membekalkan 60 peratus keperluan kepada penduduk di Lembah Klang.

Katanya, ia juga membantu menarik lebih ramai pelancong selain menggalakkan masyarakat tempatan membabitkan diri dalam industri pelancongan.

“Kita sedang berusaha meningkatkan pelbagai kemudahan, di samping berbincang dengan Persatuan Sejarah Kuala Kubu (Peskubu) dalam usaha mempopularkan bandar ini.

Balai_Polis_Kuala_Kubu_Bharu“Kita juga akan membantu usahawan dalam penghasilan produk contohnya penghasilan kemeja-t ‘I Love Kuala Kubu Bharu’,” katanya.

Beliau merancang mewujudkan sudut puisi di Dataran Kuala Kubu Bharu bagi menghidupkan suasana malam yang lebih ceria.

“Ia khusus untuk mereka yang berminat dalam sastera membuat persembahan seperti membaca puisi di dataran yang terkenal sebagai lokasi menjamu selera di wilayah ini.

“Selain itu, Kuala Kubu Bharu berjaya menarik minat orang ramai ke sini kerana faktor makanannya yang enak dan berbeza dari bandar lain,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

Tanah runtuh Kuala Kubu Bharu, 500 mangsa dipindah pusat pemindahan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 OKT: Lebih 500 mangsa dan 120 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan di Bukit Beruntung ekoran tanah runtuh di pangsapuri Teratai, Taman Bunga Raya setakat jam 4 pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, kekerapan hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan apabila satu kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku, sejak petang semalam.

photo 2Katanya, tiga pusat pemindahan itu adalah Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan 2 serta Sekolah Menengah kebangsaan Taman Bunga Raya.

“Pihak bomba melaporkan lebih 500 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan itu, setakat jam 4 pagi tadi.

“Bagaimanapun, jumlah itu dijangka meningkat ekoran hujan masih turun,” katanya kepada Selangor Kini.

Difahamkan, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan melawat kawasan kejadian, pada jam 1 petang ini.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada kegagalan struktur tanah akibat pergerakan air itu dikhuatiri menjejaskan Blok K dan L pangsapuri berkenaan.

photo 1Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan, Suhaili Abdul berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR)sedang membuat kerja mengorek tanah bagi memeriksa tahap keseriusan dan mengambil langkah selanjutnya.

“Kejadian disedari semalam ketika hujan lebat. Penduduk mengesan berlakunya situasi geseran tanah berdekatan Blok L pangsapuri ini. Buat masa ini, beberapa pihak seperti bomba dan JKR serta polis sudah berada di tempat kejadian untuk tujuan kawalan dan keselamatan,” katanya.

Suhaili berkata, kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku kerana empat tahun lalu masalah sama pernah terjadi dan kini ramai pihak khuatir kerana ia berulang.

-NFN-

JURNAL BERITA -MB: Cukuplah 2 penggal, ikuti cara negara maju

1. Kerajaan Negeri pastikan bekalan air terjamin

2. Kerajaan Negeri beri MTUC tanah bina pusat latihan

3. MB: Cukuplah 2 penggal, ikuti cara negara maju

4. MB: Henti catuan air tiada kena mengena Pemilihan PKR

5. MB: Jawatankuasa khas beri wajah baru projek perumahan rakyat

6. Penstrukturan industri air, pertimbang tidak guna Akta WSIA

7. Anwar: Umno berhati busuk, tambah 10 tahun penjara

8. Himpunan 1 Mei: Tahniah kebangkitan rakyat, lawan sampai BN tersungkur – Anwar

9. Kerajaan Negeri kekal kuarters sejarah di Kuala Kubu Bharu

10. JAIS diarah lengkapkan laporan kes kematian pelajar’

11. Pekerja perlu dihargai, penyumbang kemajuan negara

12. Perkhidmatan bas komuniti MBPJ dilengkapi wifi percuma 15 Mei

13. MPK beri tawaran khas RM15 kompaun letak kereta

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri kekal kuarters sejarah di Kuala Kubu Bharu

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 MEI: Kuarters lama yang memiliki nilai tersendiri akan dikekalkan selaras dengan status Kuala Kubu Bharu sebagai bandar warisan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata beliau sedang berusaha untuk membawa perkara itu bagi perhatian Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri memaklumkan akan berusaha menyelenggara kuarters terbabit bagi mengekalkan kuarters itu dalam keadaan baik pada Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, 30 April lalu.

Lee Kee Hiong a“Dalam mesyuarat itu, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) menjelaskan kuarters itu tidak akan dirobohkan kerana turut menghargai nilai warisannya dan pegawai daerah mencadangkan ia dijadikan tempat warisan. Jadi, jawapan positif itu amat memuaskan dan akan bersama diusahakan.

“Walaupun kos mengindahkan kawasan itu tinggi daripada pembinaan baru tetapi disebabkan ia mempunyai nilai sejarah maka kita tidak boleh melihat kos sahaja,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kee Hiong berkata, beliau pernah membangkitkan perkara terbabit dalam Sidang Dewan Selangor, pada November lalu, namun Kerajaan Negeri mahu merobohkan rumah kuarters milikan yang usang dan terbiar itu.

“Bagaimanapun, dalam jawapan di sidang dewan itu, perobohan masih belum dapat dilaksanakan ekoran tapak berkenaan masih dalam proses pewartaan,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 20 kuarters pejabat daerah, Jabatan Kerja Raya dan klinik yang melebihi usia 30 tahun sudah usang di kawasan itu.

Balai_Polis_Kuala_Kubu_BharuCadangan pengekalan kuarters lama itu turut disokong Pengerusi Persatuan Sejarah Kuala Kubu (Peskubu), Abdul Wahab Abdul Hamid yang turut berhasrat menjadikan kuarters itu sebagai rumah klasik.

Antara ciri yang akan diketengahkan adalah konsep dengan ciri klasik daripada segi hiasan dalaman dan perabot.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Tinjau perkampungan orang Asal Temuan

KAMPUNG orang Asli Buloh Telor yang jarang dikunjungi masyarakat luar menerima kedatangan rombongan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

2013_12_29_EOS5D3_009092Diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lee Kee Hiong, mereka mengakui teruja ketika menyelami kehidupan masyarakat orang Asal Temuan di situ, baru-baru ini.

“Pertubuhan Amal Seri Sinar dan Adun Damansara, Yeo Bee Yin turut mengambil bahagian. Kami adakan program ‘Back to School’ dengan memberi beg sekolah, wang saku dan keperluan persekolahan,” kata Kee Hiong.

Dalam program itu, peserta rombangan turut menghulur barangan keperluan harian seperti beras dan minyak masak kepada orang Asal.

2013_12_29_EOS5D3_009155 (1)

“Kami melihat tempat tinggal mereka, peralatan yang digunakan untuk memburu, tumbuhan untuk memasak dan gelagat kanak-kanak Orang Asal bermain di sungai,” katanya.

Dalam lawatan berkenaan, Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Bharu yang menerima sumbangan roti Gardenia untuk diedar kepada masyarakat di situ.

2013_12_29_EOS5D3_009111

– FZL