Categories
NASIONAL

Dividen KWSP menurun, petunjuk ekonomi negara lemah

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 FEB : Kerajaan Persekutuan disaran tidak sewenang-wenangnya menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan bail out syarikat disebabkan kegagalan urus tadbir.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata penurunan dividen KWSP bagi 2015 membuktikan ekonomi negara berada pada tahap membimbangkan yang memerlukan tindakan proaktif.

KWSPKatanya, walaupun pasaran ekonomi dunia mengalami susut nilai dengan kejatuhan harga minyak dan kelapa sawit namun Kerajaan Persekutuan perlu memberi fokus kepada pelaburan yang boleh memberi pulangan positif.

“Pulangan diterima kini agak rendah dengan anggaran pulangan untuk tahun ini tidak begitu menggalakkan sekaligus menjelaskan ekonomi Malaysia tidak mencapai sasaran baik.

“Keadaan ini ditambah lagi kejatuhan nilai harga bahan mentah dan kelapa sawit yang turut menjejaskan pulangan kewangan pendapatan negara,” kata Charles ketika dihubungi SelangorKini.

Sebelum ini, KWSP mengumumkan pembayaran dividen 2015 ialah sebanyak RM38.24 bilion bersamaan 6.40 peratus yang menyaksikan penurunan sebanyak 0.35 peratus berbanding tahun sebelumnya, 6.75 peratus.

Penganalisis Politik, Datuk Dr Wan Suhami Wan Daud penurunan ini mengesahkan KWSP kini berdepan masalah kewangan yang akhirnya memberi kesan kepada pencarum dan pendepositnya.

“Negara sedang mengalami masalah kewangan serius ditambah pula apabila Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman daripada KWSP dan pelaburan kurang menguntungkan.

“Ini akhirnya menjejaskan peratusan pulangan kepada pencarum,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Potong caruman KWSP jejas simpanan hari tua

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JAN: Pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga pratus akan menjejaskan simpanan hari tua pekerja, kata Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid.

Katanya, langkah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam diumpamakan seperti melepaskan batuk di tangga.

abdullah sani“Dia (Najib) tidak sepatutnya buat begitu. Tindakan (mengurangkan caruman) itu tidak kena langsung jika ingin meningkatkan perbelanjaan bulanan.

“Memotong simpanan hari tua mereka untuk kesihatan dan pendidikan tidak menunjukkan rasa profesional.

“Pengubahsuaian bajet itu bagus tetapi beberapa perkara sedia ada seperti caruman KWSP itu patut dikekalkan,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, jika Kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pendapatan rakyat tangga gaji minima perlu dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Dalam pengumuman langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 semalam, Najib memaklumkan kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017.

Bagaimanapun, caruman majikan dikekalkan dan ia dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga 8 bilion ringgit setahun.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kuala Langat itu turut membidas kenyataan Najib antaranya mengingatkan 1.6 juta kakitangan awam bahawa mereka masih mengekalkan jawatan masing-masing kerana adanya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Apakah tiada integriti kerajaan untuk menambah baik pendapatan melalui sumber-sumber pelaburan dan sebagainya,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

MTUC: Kurangkan caruman KWSP jejas masa depan pekerja

SHAH ALAM, 29 JAN: Pengurangan tiga peratus caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bagi individu tidak akan membantu golongan pekerja, sebaliknya memberi impak negatif pada masa akan datang.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC), N. Gopal Krishnam, berkata kesan pengurangan itu tidak akan dapat dilihat sekarang, namun akan dirasai apabila seseorang itu bersara kelak.

“KWSP adalah pelan persaraan bagi golongan pekerja. Apabila kita sudah bersara, wang itulah kita nak guna. Kalau kita lihat keadaan sekarang pun, majoriti daripada kita tidak cukup wang persaraan daripada KWSP.

MTUC“Pengurangan tersebut tidak akan memberi kesan yang baik kepada golongan pekerja,” katanya lapor Sinar Online.

Pada masa sama, katanya kadar pengurangan caruman tiga peratus itu tidak akan memberi banyak faedah apatah lagi rakyat kini berdepan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Sebanyak 65 peratus keluarga dalam negara menerima hanya kurang daripada RM 3,500 setiap bulan.

“Kalau hanya tiga peratus, ia hanya lebih kurang RM 105, ia masih tidak cukup,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Pengubahsuaian Bajet2016 mengumumkan pengurangan sebanyak tiga peratus bagi kadar caruman KWSP bermula Mac ini.

Beliau berkata, pengurangan itu hanya diperuntukkan kepada caruman individu, manakala caruman KWSP‎ bagi pihak majikan pula diteruskan seperti biasa.

Golongan pekerja selama ini mencarum kepada KWSP sebanyak 11 peratus daripada kadar pendapatan diperoleh.

-AA-

Categories
NASIONAL

KWSP tak berhak tahan duit simpanan pencarum

Oleh: NAZLI IBRAHIM

DAMANSARA, 16 APR: Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) tidak mempunyai hak menahan wang caruman pekerja sehingga mencecah usia 60 tahun.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Al Attas berkata, setiap pencarum berhak sepenuhnya ke atas wang simpanan mereka.

“Duit kita, hak kita. Mengapa pula KWSP nak kawal, nak simpan?

KWSP1“Contohnya, kita bagi orang pinjam basikal untuk setahun. Bila cukup setahun kita nak ambil, dia kata tak boleh sebab nak pakai untuk lima bulan lagi.

“Bolehkah begitu? Sedangkan janji nak pinjam setahun dan itu memang basikal kita,” katanya pada sidang media di Bangunan DPMM, di Bukit Damansara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pencarum juga perlu dibenarkan mengeluarkan wang caruman masing-masing pada usia 45 tahun jika ingin menceburi bidang perniagaan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Umur 60 baru boleh keluar syor KWSP tak masuk akal

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 APR: Syor penyelarasan pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada usia 60 tahun disifatkan tidak masuk akal dan bakal menjejaskan tampungan kos hidup pencarum.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata cadangan ‘paling membosankan’ itu tidak memberi manfaat kepada pencarum, malah tidak rasional kerana ia membabitkan hak pekerja.

KWSP1“Cadangan tak bijak dan membosankan kerana itu hak pencarum yang mengharapkan wang (persaraan) apabila mereka bersara kelak.

“Tidak nampak cadangan itu memajukan, sebaliknya ia membosankan dan merosakkan keadaan.

“Kenapa hendak dilanjutkan begitu lama? Adakah wang itu mahu diberikan kepada kroni? KSWP tidak boleh buat begitu kerana itu duit orang yang sudah bekerja,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas lanjut, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), berkata lanjutan caruman KWSP tidak meyakinkan seperti pelaburan di institusi perbankan dan sebagainya.

Katanya pencarum kebiasaannya memilih untuk menambah simpanan mereka di Tabung Haji atau Bank Rakyat yang menawarkan faedah lebih tinggi bagi simpanan masa depan.

“Orang tahulah mana hendak simpan duit yang lebih menguntungkan, tidak perlu hendak ajar.

“Kalau nak cakap pasal penambahan untuk kebaikan lebih baik simpan di Tabung Haji atau Bank Rakyat yang lebih tinggi keuntungannya berbanding KWSP hanya 6.75 peratus,” katanya lagi.

EZY