Categories
GLOBAL

Mesir haramkan 21 laman sesawang termasuk Al Jazeera

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Mesir mengharamkan laman sesawang utama stesen televisyen Al Jazeera juga 20 laman sesawang lain termasuk laman berita bebas terkemuka tempatan negara itu, Mada Masr.

Agensi berita Kerajaan Mesir melaporkan pengharaman itu semalam, malahan ia adalah sekatan pertama diakui secara terbuka oleh kerajaan yang menuduh laman sesawang berkenaan menyokong keganasan dan menyebarkan berita palsu walaupun tindakan berkenaan dikritik keras wartawan serta kumpulan hak asasi.

Pengharaman dilakukan Kerajaan Mesir terhadap Al Jazeera dipercayai ekoran tindakan sama yang diambil sekutunya Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam yang menyekat laman sesawang syarikat berkenaan dan laman lain selepas berlaku pertikaian dengan Qatar.

Sementara itu, pihak Qatar berkata, penggodam menyiarkan kenyataan palsu emir negara terbabit yang kononnya mengkritik dasar luar Amerika Syarikat, namun media Kerajaan Arab Saudi dan UAE turut melaporkan komen terbabit.

url blockSeorang pegawai dari Lembaga Kawalselia Telekom Mesir tidak mengesah atau menafikan sekatan itu tetapi berkata, “Bagaimana jika ia benar? Ia tidak seharusnya menjadi satu masalah”.

Dua sumber keselamatan berkata, 21 laman sesawang berkenaan disekat kerana dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin yang diharamkan atau dibiayai Qatar, lapor REUTERS.

Kaherah menuduh Qatar menyokong Ikhwan yang disingkirkan daripada kuasa di Mesir apabila tentera menggulingkan presiden yang dipilih, Mohamed Mursi ekoran bantahan besar-besaran terhadap beliau, pada tahun 2013.

Hubungan antara Qatar dan Mesir terjejas teruk selepas kejatuhan Mursi terutama apabila Doha mengalu-alukan beberapa tokoh kanan Ikhwan walaupun Qatar sudah meminta sebahagian daripada mereka meninggalkan negara itu.

websites-copyWartawan Mada Masr pula berkata, laman sesawang itu menerbitkan artikel di Facebook dan masih boleh diakses di luar Mesir atau melalui proksi walaupun disekat kerajaan.

“Sekatan ini jelas menunjukkan niat pihak berkuasa untuk melumpuhkan media yang kritikal dengan cara memintas undang-undang,” kata Ketua Pengarang Mada Masr, Lina Attalah kepada Reuters, hari ini.

Laman sesawang terbabit didaftarkan di Mesir dan wartawannya berpangkalan di negara itu, namun sehingga kini pihak kerajaan belum menghubungi pengurusan Mada Masr sebelum atau selepas ia tidak dapat diakses.

Bagi Mahmoud Kamel yang menganggotai lembaga kesatuan akhbar rasmi Mesir berkata, tindakan kerajaan mengharamkan 21 laman seswang itu jelas satu serangan terhadap kebebasan bersuara.

“Ia tidak boleh diterima dan kami menentang segala sekatan terhadap laman sesawang berita. Tindakan ini sebahagian daripada iklim ketakutan yang dialami di Mesir,” katanya.

Kemaskini portal MES, elak kekeliruan rakyat

Laman sesawang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu dikemaskini bagi membolehkan pengguna mendapatkan informasi terkini berkenaan maklumat Kerajaan Negeri.