Categories
AGENDA NASIONAL

JKJAV: 69.6 peratus penduduk dewasa Malaysia lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Sebanyak 88.9 peratus atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

“Sebanyak 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

67.4 peratus penduduk dewasa negara ini lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Sebanyak 67.4 peratus atau 15,772,760 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 36,141,604 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 20,401,824 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos dengan 134,559 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 165,942 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: 2.51 juta penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 17 OGOS: Seramai 2.51 juta atau 52.9 peratus penduduk Selangor yang layak divaksin lengkap menerima dua dos suntikan pelalian setakat hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi perkongsian infografik di Facebook memaklumkan sejumlah 6.28 juta dos vaksin diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Daripada jumlah itu, 3.77 juta penduduk atau 79.4 peratus menerima dos pertama, tambahan 299,102 dos pula bagi program Vaksin Selangor (Selvax).

Pada 9 Jun, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menjayakan Selvax bagi melengkapkan dan mempercepat pemberian vaksin rakyat.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Program Selvax Komuniti diberi secara percuma dapat memanfaatkan 250,000 penduduk Selangor khususnya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) membabitkan 500,000 dos.