Categories
SELANGOR

Liqa’ Ukhuwah dapat sambutan menggalakkan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JAN: Program Liqa’ Ukhuwah bersempena Sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Tahun Baru anjuran SACC Convec Sdn Bhd mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Shuhainie Shamsudin, berkata program itu bakal diteruskan di masa hadapan dengan penambahbaikan bagi memeriahkan program itu.

“Lebih menarik sewaktu slot pengembaraan berbasikal bersama Zaharin Khuzaimah sambutan hangat daripada peminat beliau untuk sessi tandatangan.

ZAHARIZ PAMERAN“Sekiranya sambutan diterima menggalakkan dan kami menerima lebih kerjasama daripada pengajur, kita akan meneruskan program tersebut ke masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di Liqa’ Ukhuwah bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.

Program itu mendapat kerjasama daripada Menteri Besar Incorporate (MBI) bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd, Selgate Corporate Sdn Bhd, Pharmaniaga Berhad, Selangor Kini dan Nestle.

Katanya penambahbaikan dilakukan dengan memperbanyakkan program supaya boleh berlangsung lebih daripada sehari.

“Kita juga akan membuat penambahan slot acara lebih menarik seperti persembahan nasyid atau qasidah bagi menarik lebih ramai anak muda pula

“Azam 2016 ini, diharap dapat menjadikan Pusat Konvensyen Shah Alam menjadi pusat yang melaksanakan program bermanfaat dan berilmu,” katanya.

Program bersama Imam Muda Asyraf dan pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya menjadi penantian kebanyakkan pengunjung yang hadir.

Selain itu, hampir 30 bazar menjual pelbagai barangan menarik bermula jam 11 pagi hingga 10 malam di perkarangan Pusat Konvensyen Shah Alam.

EZY

Liqa’ Ukhuwah : Program-program menarik, Rai sambutan Maulidur Rasul & Tahun Baru

Liqa’ Ukhuwah yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 1 Januari 2016