Categories
NASIONAL

Trafik di lebuh raya utama perlahan pagi ini

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan pagi ini apabila orang ramai kembali ke ibu kota selepas bercuti panjang sempena perayaan Aidilfitri dan sebahagiannya mula bekerja hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik masih tinggi dan bergerak perlahan di Bukit Beruntung menuju ke Rawang Selatan.

Aliran trafik juga dilapor tinggi dan bergerak perlahan di kawasan mendaki Bukit Berapit dari arah Changkat Jering menuju ke Kuala Kangsar.

Di bahagian di selatan, aliran trafik tinggi dan sesak di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dari Woodlands, Singapura menuju ke Malaysia.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik tinggi dan bergerak perlahan di Bukit Tinggi menghala ke Kuala Lumpur dan Sungai Buaya menuju ke Rawang.

Selain itu, kenderaan bergerak perlahan dari kawasan mendaki R&R Gua Tempurung Selatan menghala ke Tapah susulan kemalangan di KM321.8 arah selatan.

LLM menjangkakan trafik pada sebelah petang akan kembali lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik sesak di lebuh raya utama malam tadi

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Aliran trafik di beberapa tempat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Utara-Selatan dilaporkan sesak malam tadi di penghujung cuti sempena Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik sesak sekitar 26 kilometer (km) dari persimpangan Karak ke Lentang dan sekitar lapan kilometer selepas Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Di LPT1, ia berkata trafik sesak sekitar 15 km selepas persimpangan Lanchang menuju persimpangan Karak.

Bagi mengelak kesesakan di Plaza Tol Karak, anda boleh menggunakan laluan alternatif dengan keluar di persimpangan Lancang (Exit 816), katanya.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Gopeng ke Tapah dan terus ke Sungkai dan dari Behrang ke Bukit Beruntung.

Situasi serupa turut dilaporkan bagi laluan Pendang-Gurun; Sungai Petani (Selatan)-Bertam; Changkat Jering-Taiping (U) dan Kuala Kangsar-Terowong Menora.

Pergerakan trafik turut dikesan perlahan dari Pedas-Linggi ke Seremban, Machap ke Sedenak seterusnya ke Kulai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik lebuh raya mula perlahan

KUALA LUMPUR 14 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan akibat pertambahan kenderaan berikutan semakin ramai pengguna pulang ke kampung sempena Aidilfitri yang akan disambut esok.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menerusi laman Facebook, memaklumkan sehingga jam 9 pagi tadi, trafik perlahan di beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sekitar Perak.

“Trafik perlahan dari Lembah Beringin, Selangor ke Tanjung Malim, dari Behrang ke Sungkai, dari Hentian Ladang Bikam ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, dari Tapah ke Gopeng, dari Simpang Pulai ke Ipoh dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

“Selain itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan dari Kilometer 34 Gombak, Selangor ke Genting Sempah, Pahang dan dari Genting Sempah ke Lentang, Pahang,” menurutnya.

Sementara itu, semua laluan di lebuh raya sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

SUMBER: BH ONLINE

Categories
NASIONAL

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang dapat memendekkan masa perjalanan ke utara tanah air, kini sudah 35 peratus siap dan dijangka dibuka untuk laluan trafik, pada awal 2019.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh berkata, pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer (km) dan dibangunkan sejak 2014 itu dibahagikan kepada 11 fasa dan berjalan lancar mengikut jadual.

Beliau berkata, pembinaan lebuh raya itu menelan belanja RM5.04 bilion dengan RM980 juta adalah kos pengambilan tanah, dikendalikan syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd.

“Laluan di fasa 4 projek berkenaan iaitu dari Jalan Persekutuan ke Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru dan fasa 8 dari Hutan Melintang ke Teluk Intan antara yang dijadual siap serta dibuka pada awal 2019,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, baki laluan membabitkan fasa lain juga dijangka siap sepenuhnya pada 2019, kecuali membabitkan fasa 7B iaitu 10km terakhir di Tanjung Karang serta fasa 11 membabitkan sambungan ke Changkat Jering/Taiping.

Katanya, projek itu bakal menjadi laluan alternatif terbaik untuk pengguna jalan raya mengelakkan kesesakan terutama pada musim perayaan

“Bagaimanapun, kita akan cuba membuka setiap laluan yang siap kelak secara berperingkat dan bila siap sepenuhnya, lebuh raya ini akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan persisiran pantai barat,” katanya.

Categories
NASIONAL

LLM: Aliran trafik meningkat

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 JUL: Aliran trafik di lebuh raya utama semakin meningkat pada sebelah petang.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan beberapa lebuh raya mencatatkan peningkatan jumlah kenderaan.

“3.40pm KLK: Trafik perlahan diantara Bukit Tinggi ke Lentang”

“3.41pm LPT1: Trafik perlahan sekitar Plaza tol Karak”

“4.15pm PLUS@E1: Trafik perlahan dari Slim River ke Sungkai & Terowong Menora ke Sungai Perak”

CmaS6NqUEAQuBtXSementara itu PLUS Berhad melaporkan kemalangan berlaku di beberapa tempat mengahala ke utara dan selatan sejak jam tujuh pagi.

Antara kawasan yang terlibat adalah Sungai Buaya ke Rawang (S), Gopeng ke Tapah (S), Tapah ke Gopeng (U), Ayer Keroh ke Simpang Ampat (U), Bidor ke Sungkai dan Kuala Kangsar ke Changkat Jering (U).

Namun semua insiden berkenaan sudah diselesaikan dan aliran trafik kembali lancar.

PLUS menyarankan pengguna supaya merancang waktu perjalanan bagi mengelakkan kesesakan sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016.

EZY

Categories
SELANGOR

1.5 juta pengguna dijangka guna lebuh raya esok

SHAH ALAM 2 FEB: Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara menghala ke ibu kota dijangka mengalami kesesakan sempena sambutan Thaipusam esok.

Timbalan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad Iskandar Zulkifli berkata kira-kira 1.5 juta pengguna dijangka menggunakan laluan itu hari ini dan esok.

lebuh raya“Pengguna jalan raya boleh merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai-Timur masih lancar dan terkawal hari ini.

Ketua Polis Gombak, ACP Ali Ahmad pula berkata antara laluan yang ditutup sempena Thaipusam esok ialah Jalan Perusahaan, Bulatan Batu Caves dari arah Selayang dan Jalan Lingkaran Tengah Dua susur masuk ke Batu Caves.

Beliau berkata keadaan trafik di kawasan berkenaan masih terkawal setakat ini.

 

Categories
SELANGOR

MB: KIDEX & LLM perlu patuhi 3 syarat

SHAH ALAM, 20 NOV: Pemaju Lebuh Raya, Kidex Sdn Bhd perlu mengemukakan secara terperinci perjanjian konsesi bersama Kerajaan Pusat jika mahu Kerajaan Selangor mempertimbangkan kelulusan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau meletakkan tiga syarat yang perlu Kidex Sdn Bhd dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) perlu patuhi, tambahan terma baru yang perlu dipatuhi sebelum perjanjinan konsesi berakhir 15 Februari 2015.

kidex“Ia perlu ada pendedahan umum keseluruhan perjanjian konsesi yang dilanjutkan,” kata Mohamed Azmin selepas perbincangan bersama LLM hari ini.

Mohamed Azmin berkata, dua syarat lain adalah pengumuman menyeluruh cadangan kadar tol dan pulangan projek Kidex termasuk pemilikan saham syarikat dan bukti keseluruhan kesan penilaian projek itu memberikan manfaat kepada pengguna dan penduduk di Petaling Jaya.

“Kidex Sdn Bhd dan LLM perlu mematuhi mematuhi ketiga-tiga syarat sebelum kita boleh bersetuju untuk menilai cadangan ini atau mempertimbangkan permohonan untuk lebuh raya yang dicadangkan itu,” kata Mohamed Azmin dipetik The Malay Mail.

azminKetika pertemuan itu, LLM membentangkan kajian yang mendakwa 80 hingga 85 peratus daripada 2,000 penduduk tinggal berhampiran projek bersetuju dengan cadangan pembinaan terbabit.

“Kita memberitahu mereka bahawa dokumen sebenar diperlukan dan kita akan mengkaji perkara ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LLM masih belum beri jajaran Kidex

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JUN: Pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) masih belum dimasukkan dalam mana-mana rancangan tempatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga masih belum memberi cadangan jajaran untuk pembinaan lebuh raya itu.

kidexOleh itu, katanya, desakan untuk Kerajaan Negeri tidak seharusnya timbul pada peringkat ini kerana ia masih dalam perancangan secara dasar sahaja.

“Kita mengikut tatacara dengan LLM akan memberikan jalur-jalur jalan yang mereka mahu bina, kemudian baru Kerajaan Negeri akan memberikan kepada PBT untuk hebahan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Oleh sebab kita masih belum dapat dari LLM, Kerajaan Negeri pun belum meminta PBT untuk mengumumkan perancangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini yang turut dihadiri Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

Baru-baru ini, beberapa ADUN Selangor dalam satu sidang media mendesak Kerajaan Negeri tidak memasukkan pembinaan Kidex dalam pelan rancangan tempatan di peringkat PBT.

Sehubungan itu, Abdul Khalid juga mengingatkan semua pihak untuk tidak berbincang perkara yang masih di peringkat dasar dan belum ada hitam putih.

“Isu itu sebenarnya tidak timbul sebab belum dapat dari LLM. Kalau sudah dapat baru lepas itu masyarakat boleh pantau, bincang dan tentukan sama ada boleh diteruskan atau tidak.

“Kalau belum ada apa-apa terjadi dan kita tidak tahu mana jalur jalannya, macam mana kita nak buat,” katanya lagi.

EZY

JURNAL BERITA : MB pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014

Sinopsis

1. Abdul Khalid pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014
2. MB: Tidak perlu bentang kertas putih isu air
3. MB: LLM diberi tempoh seminggu sedia kertas keja lebuh raya
4. Isu Hudud dibincang pada sidang DNS
5. Kroni Umno kaut untung bayaran sewa UiTM, rakyat tanggung rugi
6. Speaker Selangor terima usul pembangkang kaji hudud
7. Kes BSM: JAIS diarah dapat nasihat Exco & Penasihat Undang-Undang
8. Hannah Yeoh: “Saya perlu ‘neutral’ kendali DNS”
9. Skandal Bank Rakyat, Ahmad Maslan gagal bagi jawapan meyakinkan
10.Xavier ambil tindakan undang-undang terhadap Chegu Bard, Malaysia Kini
11.Umno usul hudud di Selangor, bila MCA ingin berdemo?
12.Pemilihan PKR: Syed Husin mula siasatan kes profail tinggi dalam masa terdekat
13.Saifuddin: Ahli PKR perlu tolak politik ugutan, wang
14.Pinda akta, LHDN bakal jadi 1MDB
15.397 pemilik kilang USJ 1 dapat hak milik tetap
16.Ugut Ketua Pengawas Pemilihan, 3 ahli PKR dipecat
17.Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya jadi medium perlindungan
18.Longkang terbiar Taman Sri Nanding tingkat masalah aedes

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

MB: LLM diberi tempoh seminggu sedia kertas keja lebuh raya

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 JUN : Kerajaan Selangor memberi tempoh seminggu kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menyediakan kertas kerja berhubung kemajuan lebuh raya di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada LLM dan mereka bersetuju untuk menyediakan kertas kerja mengikut tempoh ditetapkan.

lebuh raya“Kita dah panggil LLM berbincang dan mereka minta diberi masa seminggu untuk sediakan kertas kerja tentang kemajuan lebuh raya di Selangor,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Taklimat Pelabur I-City untuk pembangunan I-City Mall, dekat sini semalam.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memaklumkan akan memanggil pihak LLM ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi memberi penerangan berhubung cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan lebuh raya lain di Selangor.

Abdul Khalid berkata LLM yang bertanggungjawab mengawal selia lebuh raya bertol perlu memainkan peranan penting untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada orang ramai khususnya kepada penduduk di Petaling Jaya.

Beliau berkata LLM bertanggungjawab memastikan keperluan sosial dan alam sekitar dipenuhi selain menjadi pakar rujuk dalam pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol.

EZY

JURNAL BERITA : Zon Perindustrian baru diwujud pacu ekonomi Selangor

Sinopsis

1. Nilai Pembangunan Kasar Selangor RM40 bilion 5 tahun akan datang

2. Isu KIDEX: Selangor berhak persoal jika tak beri manfaat

3. LLM perlu main peranan penting dalam isu lebuh raya Selangor

4. MB: 37 operasi pembenihan awan dijalankan persiapan El-Nino

5. Sistem 4G tingkat rangkaian WiFI Selangor

6. Selesai isu tidak sekata PBT, Selangor selaras permohonan Kebenaran Merancang

7. Zon Perindustrian baru diwujud pacu ekonomi Selangor

8. Pemilihan PKR 2014: 21 dilucutkan pencalonan di Selangor

9. Selangor anjur seminar antarabangsa, rangka dasar komprehensif sistem sisa pepejal

10.Lori kuari langgar peraturan operasi, penduduk Dusun Tua tidak puas hati

11.75% pangsapuri Selangor capai status Komuniti Bestari pada 2022

12.Rakyat berpendapatan rendah terus dibantu, pelbagai program dirancang

13.Buah dadu tak boleh dibuka lebih sekali, jangan tipu rakyat

14.Bihun cap masjid, pengguna perlu waspada ciri Islamik dipergunakan

15.Kerajaan Pusat patut perjelas Lebuh Raya Kidex kurang sesak trafik 5% sahaja

16.Cadangan baru cermin gelap berakhir di Glenmarie?

17.Kerajaan BN sasar 14% hasil GST bahan api, harga barang melonjak

18.Calon Timbalan Presiden PKR dipanggil panel pendengaran khas

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

LLM perlu main peranan penting dalam isu lebuh raya Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 JUN : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dipanggil ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) esok bagi memberi penerangan berhubung cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan lebuh raya lain di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata LLM yang bertanggungjawab mengawal selia lebuh raya bertol di Malaysia perlu memainkan peranan penting untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada orang ramai khususnya kepada penduduk di Petaling Jaya.

lebuh rayaBeliau berkata LLM bertanggungjawab memastikan keperluan sosial dan alam sekitar dipenuhi selain menjadi pakar rujuk dalam pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol.

“Didapati rakyat keliru atau dikelirukan oleh pihak berkepentingan sama ada yang menyokong atau menentang cadangan pembinaan lebuh raya ini.

“Kita perlu kembali kepada LLM sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya yang bertanggungjawab mengawal selia pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia.

“Kita difahamkan syarikat konsesi setakat ini belum menghantar Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar, Laporan Penilaian Kesan Sosial dan Laporan Penilaian Kesan Trafik kepada pihak-pihak berwajib termasuklah kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPSJ),” katanya.

MBBeliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Selangor bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada LLM dalam usaha memberi penerangan kepada rakyat dengan penglibatan secara langsung wakil Kerajaan Negeri dan agensi-agensi di bawahnya.

Beliau turut memohon kerjasama daripada semua pihak supaya memberi ruang terlebih dahulu kepada pihak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan peranan mereka sebelum tindakan susulan diambil.

“Sebagai sebuah kerajaan negeri yang berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban, kita perlu mengambil kira pelbagai aspek dalam membuat apa-apa juga keputusan yang akhirnya kepentingan rakyat teramai akan menjadi keutamaan,” katanya lagi.

EZY