Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Arab Saudi kuat kuasa perintah berkurung di Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Arab Saudi mengenakan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah pada Khamis sehingga diberitahu kelak, sebagai langkah terbaru memerangi penularan wabak Covid-19, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Mengikut sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri, hanya orang dewasa dibenarkan keluar rumah untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan, dari 6 pagi hingga 3 petang.

Maksimum dua orang dibenarkan berada dalam sebuah kereta pada satu-satu masa, termasuk pemandu.

Larangan itu terkecuali kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang penting.

Hanya farmasi, kedai bekalan makanan, stesen minyak dan perkhidmatan perbankan dibenarkan beroperasi.

“Kementerian Dalam Negeri menyeru rakyat dan penduduk menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan.”

Selain itu, kementerian memberi jaminan langkah berkenaan diambil dalam usaha menjaga kesihatan masyarakat dan mencegah penularan Covid-19, tertakluk kepada penilaian berterusan pihak berkuasa kesihatan berkaitan.

Kementerian juga menyeru orang ramai memahami tanggungjawab masing-masing, mematuhi arahan serta langkah pengasingan demi kepentingan awam.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Semua penerbangan pulang jemaah umrah berjalan biasa

PUTRAJAYA, 29 FEB: Semua penerbangan pulang jemaah umrah Malaysia dari Jeddah dan Madinah di Arab Saudi berjalan seperti biasa, menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Konsulat itu, melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, berkata penerbangan berkenaan termasuk kendalian syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia.

Menurutnya, pihak konsulat telah membuat lawatan konsular ke lapangan terbang antarabangsa Jeddah dan Madinah semalam dan hari ini berikutan arahan sekatan sementara kemasukan jemaah umrah ke Arab Saudi bermula Khamis lepas bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sekiranya terdapat sebarang permasalahan berhubung penerbangan pulang ke Malaysia, wakil ejen jemaah umrah atau penumpang diminta berhubung dengan pihak konsulat untuk bantuan dan panduan sewajarnya,” kata konsulat itu.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak Covid-19, menurut Kementerian Luarnya pada Rabu.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan kerajaan negara itu turut menggantung sementara kemasukan pelawat yang memiliki visa pelancong dari negara yang terjejas akibat Covid-19 berdasarkan kriteria ditetapkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Mekah-Madinah kini hanya 2 jam sahaja

RIYADH 26 SEPT: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud merasmikan tren berkelajuan tinggi yang menghubungkan Mekah dan Madinah.

Para pegawai tempatan menyifatkan projek pengangkutan berkenaan sebagai paling terbesar di rantau ini.

Sistem Tren Berkelajuan Tinggi Haramain akan membawa jemaah Muslim serta pengguna tetap sejauh 450 kilometer antara kedua-dua bandar melalui pelabuhan Laut Merah di Jeddah dalam tempoh dua jam.

Tren terbabit juga akan bergerak pada kelajuan 300 kilometer sejam dan mampu mengurangkan masa perjalanan kepada dua jam sahaja.

SUMBER: AFP

Categories
AGAMA NASIONAL

Jemaah haji jangan leka dengan gajet semasa di Tanah Suci

MADINAH 14 JUL: Jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu leka dengan telefon bimbit mereka atau gajet-gajet seumpamanya semasa berada di Tanah Suci kerana dikhuatiri akan ‘mencacatkan’ kualiti ibadah haji mereka.

Pembimbing Ibadat Haji bagi 1439H, Ramli Ibrahim menegaskan ibadat haji adalah ibadat yang penghujung dan penggenap kepada Rukun Islam itu dan ia sepatutnya dilakukan dengan sebaik mungkin dan penuh khusyuk.

“Sifat yang digambarkan oleh Allah bagi mereka yang berjaya seperti mana yang dinukilkan di dalam al-Quran, Allah berfirman sesungguhnya orang beriman yang beroleh kejayaan itu adalah orang yang khusyuk pada solatnya, boleh kita kaitkan dengan ibadat (yang akan dilakukan nanti).

“Dalam masa yang sama, Allah mengingatkan supaya tidak terjebak di dalam perkara-perkara yang melalaikan,” katanya kepada media selepas majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat oleh kakitangan Tabung Haji Madinah sebagai persiapan untuk menjalankan tugas di sini hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan para jemaah untuk tidak mencampur-adukkan ibadat haji dengan perkara-perkara yang boleh mengurangkan tumpuan mereka kepada ibadat itu sendiri.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Letupan bom di pekarangan Masjid Nabawi

RIYADH 5 JUL: Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masjid Nabawi di Madinah Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.

Saluran Al-Arabiya turut memaparkan beberapa imej antara lain menunjukkan kebakaran di kawasan tempat letak kereta dan tubuh seseorang berhampiran tempat letupan.

Pry MadinahMenurut laporan Al Jazeera, gambar dalam media sosial menunjukkan kepulan asap daripada satu kebakaran di luar masjid berkenaan.

Sebelum itu pada awal Isnin, dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di sebuah masjid di Qatif, kawasan persisiran pantai negara itu.

Satu lagi kejadian letupan bom bunuh diri turut berlaku Isnin berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mencedera dua anggota keselamatan.

EZY