Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB ucap takziah kanak-kanak meninggal, lima hari terperangkap dalam perigi di Maghribi

SHAH ALAM, 6 FEB: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak berusia lima tahun di Maghribi yang meninggal dunia selepas diselamatkan akibat terperangkap di dalam perigi.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang mengikuti laporan Rayan Oram terjatuh dan terperangkap dalam perigi selama lima hari itu menyifatkan ia berita yang menyayat hati.

“Inalillahwainailaihirajiun. Berdukacita di atas kisah menyayat hati pemergian adik Rayan Oram. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman.

“Takziah diucapkan kepada keluarga dan seluruh rakyat Maghribi,” katanya di Twitter.

Amirudin juga turut berkongsi pautan berita dari Astro Awani mengenai pemergian kanak-kanak lelaki berkenaan.

Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Rayan terjatuh ke dalam perigi kering sedalam 32 meter (105 kaki) pada Selasa di Igran, wilayah Chefchaouen.

Pasukan penyelamat berjaya menemui budak lelaki itu dan bergelut untuk mengeluarkan Rayan daripada perigi sejak kanak-kanak itu terperangkap pada Selasa.

 

Categories
GLOBAL

Maghribi beri geran pulihkan kawasan dalam Masjid Al-Aqsa

RABAT, 18 APR: Raja Maghribi Mohammed VI memutuskan untuk memberikan geran sebagai sumbangan negara itu untuk kerja-kerja pemulihan beberapa kawasan dalam Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar Maghribi pada Rabu.

Bagaimanapun kementerian itu tidak menyatakan jumlah geran tersebut.

Geran itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh Raja Maghribi untuk manfaat bandar Baitulmaqdis, menurut kenyataan tersebut.

Ia juga memihak kepada promosi identiti peradaban dan simbolisme keagamaan sebagai satu ruang terbuka untuk hidup bersama serta toleransi antara agama yang berbeza, menurut kenyataan itu.

Arkitek dan tukang-tukang yang mahir dari Maghribi akan dihantar untuk memulihara keaslian seni bina masjid itu yang telah berusia berabad-abad lamanya.

Raja Maghribi memerintahkan agar operasi ini dilaksana dengan penyelarasan pentadbiran Islamik Awqaf Jordan, menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Maghribi gagalkan 88,700 cubaan imigran

RABAT, 18 JAN: Pihak berkuasa Maghribi menggagalkan 88,761 cubaan ​​​​​​​membolosi sempadan negara itu, peningkatan 37 ​​​​​​​peratus berbanding sebelumnya.

​​​​​​​Memetik perangkaan Kementerian Dalam Negeri, agensi ​​​​​​​berita Xinhua melaporkan, 80 peratus cubaan dilakukan pendatang tanpa izin dan 29,715 migran terbabit diselamatkan di laut.

Pihak berkuasa Maghribi turut menggagalkan 229 ​​​​​​​rangkaian penyeludupan pada tahun lalu, kata ​​​​​​​kementerian dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyatakan, kira-kira 5,608 imigran memilih untuk pulang ke negara ​​​​​​​asal mereka secara sukarela.

*Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI SELANGOR

Selangor kuasai 62% industri aeroangkasa Malaysia, tingkat kolaborasi dengan Maghribi

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

KAHERAH, 13 OKT: Dunia mempunyai tiga ‘M’ yang menjadi hos kepada industri aeroangkasa iaitu Malaysia, Maghribi dan Mexico, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Sehubungan itu, beliau berkata, lawatan kerjanya ke Maghribi turut melihat perkembangan bidang berkenaan di negara terbabit juga bentuk kerjasama pada masa depan, apatah lagi Maghribi adalah salah satu daripada rakan kolaborasi Selangor dalam industri aeroangkasa.

“Selangor yang mempunyai 62 peratus daripada keseluruhan industri aeroangkasa di Malaysia harus terbabit dengan aktif bersama Kerajaan Maghribi. Saya sempat bertemu dengan Timbalan Menteri Ekonomi Maghribi dan satu komuniti yang ditubuhkan dalam kalangan syarikat utama di dalam industri aeroangkasa, di negara itu.

“Kita melihat beberapa perkara yang boleh diselaraskan termasuk membawa beberapa syarikat dari Maghribi untuk membuka pelaburannya, di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kunjungan hormat ke Pejabat Atase Pendidikan (Selangor) dan Pelancaran Projek Naik Taraf Kafeteria Asrama Selangor kepada Pusat Aktiviti Pelajar Selangor, di sini, semalam.

Turut hadir adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zamani Ahmad Mansor; Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar, Soffan Affendi Aminudin; Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Agama Islam Selangor, Azlinda Azman; Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Zahura Zakry dan Atase Pendidikan (Selangor), Mohd Yasser Abdul Ghani.

Terdahulu, Amirudin dalam lawatan kerjanya selama seminggu ke Timur Tengah turut ke Maghribi dan Jordan bagi bertemu pelajar Selangor di negara berkenaan sebelum mengadakan pertemuan dengan kelompok sama, di Kaherah.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Selangor juga hampir berjaya memuktamadkan pelaburan baru di Jordan membabitkan industri aeroangkasa.