Categories
AGENSI SELANGOR

Mahmud Abbas ketuai PKNS berkuat kuasa esok

SHAH ALAM, 30 SEPT: Dato’ Mahmud Abbas dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baharu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuat kuasa 1 Oktober.

Mantan pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal itu menggantikan penyandang terdahulu Siti Zubaidah Abd Jabar yang bersara pada 10 Ogos.

PKNS dalam kenyataan berkata Mahmud berperanan dalam pembangunan strategik sekitar Selangor selain mendukung aspirasi Kerajaan Negeri meningkatkan taraf sosio-ekonomi.

“Sebelum dilantik mengetuai PKNS, Mahmud berpengalaman lebih 30 tahun dalam korporat khususnya hartanah dan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat tersenarai awam Knowledge Economic City di Madinah,” kata syarikat hartanah itu.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Brighton juga pernah berkhidmat sebagai pengarah urusan Central Spectrum Sdn Bhd selama tujuh tahun.

Sumbangan dan khidmat cemerlangnya melayakkan beliau menerima pelbagai anugerah peribadi antaranya Chief Executive of the Year 2017 daripada Selangor Excellence Business Awards.

Categories
EKONOMI SELANGOR

Amal integriti dalam kepimpinan

OLEH AFEEQA AFEERA

KLANG, 24 JAN: Salah satu kejayaan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) adalah mengamalkan integriti dalam kepimpinan dengan menolak rasuah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mahmud Abbas berkata, perkara itu sering ditekankan kepada kakitangan kerana rasuah ibarat penyakit yang kian menular dalam masyarakat.

“Setiap minggu, saya akan bercakap perkara itu kerana masyarakat kita banyak ambil rasuah dan syarikat pemaju seperti kami memang senang berkait dengan isu berkenaan.

“Sebab itu, saya tekankan integriti dan akhlak mulia sungguh penting. Kejayaan CSSB ialah pasaran tahu kami tidak ambil rasuah, maka harga ditawarkan adalah kompetitif apabila berurusan dengan pelanggan atau pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada majlis perpisahannya anjuran kakitangan CSSB, di Selangor Bio Bay Show Gallery, Pulau Indah, semalam.

Berkongsi pengalaman selama tujuh tahun di syarikat berkenaan, Mahmud bangga apabila kakitangan diterapkan dengan elemen kepimpinan dan cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Knowledge Economic City adalah untuk membangunkan Madinah dan memperluaskan peluang perniagaan, di sana.

“Tanggungjawab di sana lebih besar tetapi fokusnya sama iaitu pembangunan, di Madinah.

“Ia adalah peluang untuk berkhidmat kepada agama dan menjadi harapan saya syarikat di Malaysia dapat berniaga di sana dan sebaliknya,” katanya.

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Wanita digalak sertai Kayuhan Basikal 180km Pulau Indah

OLEH: SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 10 OKT: Penyertaan wanita amat digalakkan dalam acara kayuhan basikal sejauh 180 kilometer (km) edisi ketiga yang bakal berlangsung di Pulau Indah pada 14 Januari tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Mahmud Abbas berkata, acara tersebut amat berlainan pada kali ini kerana meletakkan syarat setiap pasukan harus mempunyai seorang peserta wanita.

“Saya berpendapat dengan adanya penyertaan daripada wanita yang amat memberangsangkan, ia turut dapat membantu rakan-rakan sepasukan yang lain untuk bergerak lebih maju.

“Ini juga aktiviti riadah yang sangat baik dan seperti satu budaya di negara kita tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Acara bertemakan “Ride For Glory” itu terhad kepada 1,000 peserta dari dalam dan luar negara dengan penyertaan daripada 30 pasukan dan 10 penunggan basikal.

Pada masa sama, Mahmud berkata, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita terbuka, junior veteran, veteran dan berpasukan.

Program kendalian Central Spectrum Sdn Bhd itu bertujuan mempromosikan aktiviti sihat di samping memperkenalkan industri halal hab di Selangor di samping bakal menjadi acara tahunan negeri.

“Pendaftaran juga telah dibuka dan setakat ini lebih kurang 20 peserta mendaftar dan akan ditutup pada 1 Disember ini.

“Kita juga mungkin akan membuat acara ini di peringkat antarabangsa dan pelancongan supaya lebih ramai lagi peserta dari pelusuk tempat dapat menyertainya,” katanya.

Acara itu menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000.

=EZY=

Categories
SELANGOR

CSSB tolak suapan, amalan bodek

OLEH LIZAWATI MADFA

KLANG, 4 JUL: Pemberian hadiah berupa hamper atau barangan mewah lain sama sekali tidak diterima di Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmud Abbas berkata, ia bagi menjamin keluhuran integriti kakitangannya dalam mengendalikan sesuatu urusan atau projek.

Katanya, kakitangan CSSB juga menerima pendapatan dan insentif mencukupi bagi menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan penuh integriti tanpa perlu suapan luar.

CSSB“Mereka memperoleh bonus yang baik daripada CSSB, gaji cukup, makan cukup jadi jika misalnya ada kakitangan yang menghulurkan kad kredit untuk kontraktor bayarkan, mohon sampaikan terus kepada saya untuk tindakan tegas.

“Tidak perlu sebarang hadiah atau hamper dihantar ke sini, kami tidak perlukan semua itu kerana apa yang kami lakukan adalah demi amanah dan bukan beroleh pendapatan menerusi cara kotor dan dilaknat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan pada Majlis Menandatangani Penganugerahan Kerja Infrastruktur Fasa 3C kepada KPS-HCM Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Mahmud berkata, beliau mengingatkan perkara itu kerana pernah menerima pelbagai jenis hadiah dan hamper daripada kontraktor sebelum ini.

“Semuanya saya pulangkan kecuali sekali menerima coklat, saya pada mulanya berfikir boleh lah tetapi apabila dibuka rupanya di bawah berisi i-Pad.

“Jadi, saya terus bungkus balik dan minta kakitangan pulangkan kembali kerana itu bukan budaya CSSB. Ia sama sekali tidak boleh diterima,” katanya.

Categories
SELANGOR

CSSB tunai zakat RM500,000 bantu penduduk Pulau Indah

OLEH AFIX REDZUAN

PULAU INDAH, 31 MEI: Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) mengagihkan 3/8 bahagian zakat perniagaan bernilai RM500,000 kepada 180 asnaf dengan 158 daripadanya merupakan golongan fakir dan miskin di Pulau Indah.

Pengagihan dibuat secara terus itu merupakan cetusan idea Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Mahmud Abbas yang mahu menyelami sendiri kehidupan golongan asnaf fakir dan miskin selepas mendapatkan pandangan serta nasihat daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Semenjak kita beroperasi, CSSB memberikan RM300,000 kepada ketua kampung dan wang ini dibahagikan kepada orang miskin.

“Tetapi tahun ini saya membuat keputusan CSSB sendiri untuk meninjau penduduk kampung di Pulau Indah dan menyerahkan sendiri duit zakat kepada keluarga susah,” katanya.

PC (14 of 41)Selangor Kini berpeluang bersama CSSB dalam Program Pengagihan Zakat CSSB di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah dengan lapan buah keluarga mendapat bantuan membaiki kediaman sementara tiga keluarga lain mendapat kediaman baru.

“Kita melantik kontraktor membina serta membaiki rumah asnaf yang rosak. Ada rumah yang kita gantikan dinding, bumbung dan pintu. Kalau rumah mempunyai ahli keluarga yang ramai, kita tambahkan sebuah lagi bilik untuk keselesaan anak-anak.

“Untuk rumah baru, kita ambil reka bentuk daripada Lembaga Zakat dengan ukuran 25×20 dan Insya-Allah dijangka siap sepenuhnya selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Selain itu, CSSB turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM1,000 serta barangan keperluan berbentuk makanan dan minyak masak.

PC (35 of 41)Mahmud berkata, CSSB berhasrat mengagihkan lebih banyak zakat tahun hadapan sekiranya berjaya memperoleh keuntungan memberangsangkan.

“Kita pun ada perancangan atau pembangunan baru Selangor Bio Bay dan saya nampak keuntungan syarikat boleh bertambah.

“Dalam pembangunan ini kita akan peruntukkan tanah-tanah yang sedia ada untuk mereka kekal mendiami kawasan berkenaan bahkan CSSB bakal membina gerai untuk membantu mereka meningkatkan taraf kehidupan.

“Kita tidak mahu maju bersendirian sedangkan masyarakat sekeliling tidak mendapat manfaat. Mengikut syarat yang diberi Kerajaan Negeri, orang sekeliling perlu bersama-sama mendapat manfaat daripada sesebuah pembangunan,” katanya. PC (27 of 41) PC (23 of 41) PC (17 of 41) PC (10 of 41)

Pulau Indah sebagai taman perindustrian moden, mampu tarik pelancong

Kerajaan Negeri yakin Pulau Indah mampu dibangunkan sebagai taman perindustrian moden serta pulau pelancongan eko di Selangor.

Eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum – Mahmud Abbas

Central Spectrum berjaya membangunkan tanah industri seluas 3,500 ekar dan berjaya menjana keuntungan RM 15 Billion dalam tempoh 20 tahun.

Ikuti video temubual Penolong Pengarang Selangor Kini bersama CEO Central Spectrum, Mahmud Abbas.

Categories
SELANGOR

Halal hub, Bio Bay lubuk pekerjaan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 1 NOV : Pembangunan pesat industri hab halal di Selangor dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor (HIS), Mahmud Abbas, berkata ia berikutan pelaburan dalam penghasilan produk itu semakin mendapat tempat dari negara luar.

Katanya, pembinaan projek Taman Perindustrian Hijau Pulau Indah fasa tiga juga dijangka mampu merancakkan lagi industri hab halal di negeri itu.

Mahmud Abbas“Ia akan mengesan peluang pelaburan dan membangunkan sektor pekerjaan ekoran permintaan tinggi dalam penghasilan produk seperti makanan.

“Ia strategi bijak Kerajaan Selangor meningkatkan ekonomi dan penting bagi masa depan negeri,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh pembangunan Bio bay, Mahmud menyifatkan ia sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri bergerak menjadi pusat pertumbuhan baru global dengan mengaplikasikan teknologi.

“Kita komited merancang ke arah itu. Kalau kita lihat gelombang yang datang dulu adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

“Ia kemudiannya akan dibawa ke dalam bidang baru iaitu bioteknologi yang dijangka akan menjadi penggerak eeutama dunia,” katanya.

-nR-