Categories
SELANGOR

LZS bantu asnaf cari kerja

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 OKT : Asnaf fakir dan miskin yang berdaftar di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) dibantu memasuki pasaran kerjaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim, berkata program yang diwujudkan sejak Februari lalu itu menawarkan bidang teknikal, operator dan pentadbiran.

Katanya, setakat ini seramai 24 orang asnaf berjaya mendapat pekerjaan melalui program yang dikendalkan Mais Zakat Sdn Bhd (MZSB).

LZS Norajun Ainun“LZS mahu golongan asnaf fakir dan miskin ini memiliki peluang pekerjaan yang sesuai untuk menambah pendapatan mereka dan membaiki kualiti hidup.

“Kriterianya mudah iaitu mereka mesti sihat tubuh badan dan mempunyai latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya kepada Selangor Kini.

Norajun berkata, golongan asnaf yang berminat boleh mendaftar di Unit Kerjaya MZSB Klang Sentral dengan menghubungi talian 03-3341 3654 sambungan 122.

Katanya, mereka juga boleh menyerahkan resume secara “hardcopy” atau “softcopy” pada email [email protected], [email protected] atau [email protected].

Selangor Kini difahamkan, asnaf akan didedahkan dengan kursus pra kerjaya, pembangunan dan persediaan diri serta menyertai program Karnival Kerjaya sebelum diserap masuk ke alam pekerjaan.

-NR-