Categories
NASIONAL

Himpunan Anak “Rotan”, Desak Isa Letak Jawatan

himpunan oren felda dis 28 03

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) berjaya menyerahkan memorandum di Wisma Felda, Jalan Semarak bagi mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan serta merta demi menyelamatkan Felda.

Pengerusi GSF, Mazlan Aliman mengetuai rombongan enam individu yang dibenarkan polis menyerahkan memorandum itu kepada dua kakitangan Felda.

Mazlan yang ditemui selepas itu berkata Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berpeluang menyelamatkan Felda dengan tidak menyambung kontrak Isa yang tamat pada 31 Disember.himpunan oren felda dis 28 04

“Kita telah hantar surat tadi. Ketiadaan Isa Samad (hadir) menunjukkan beliau bacul dan tidak bertanggungjawab.

“PM perlu pertimbang tidak menyambung kontrak Isa dan menyelamatkan kemelut sekarang.

“Saya anggap (penyokong Isa)sebagai kawan bukan musuh. Semua anak peneroka…mereka adalah kawan,” katanya.

Empat tuntutan memorandum itu ialah :

* Isa mesti meletakkan jawatan serta merta,

* kembalikan semula tanah Felda kepada rakyat,

* hentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi

* hentikan campurtangan politik dalam Felda.

Himpunan tersebut turut dihadiri beberapa pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat seperti Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, AJK Pas Pusat Dr Hatta Ramli dan Idris Ahmad.

himpunan oren felda dis 28 02Turut kelihatan bekas Menteri Kabinet Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, dan aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan NGO Royalti Kelantan ‘R’.

Himpunan di hadapan Wisma Felda yang dihadiri 1,000 orang penyokong GSF turut disertai 300 orang penyokong dari Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Penyokong GSF melaungkan ‘Undur Isa Samad’ dan ‘Halau Isa Samad’ selain ‘merotan’ replika patung yang dipakaikan topeng wajah Isa.

Himpunan tersebut bersurai pada 3.30 ptg selepas memorandum diserahkan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berpuas hati dengan perjalanan perhimpunan dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak yang berjaya mengawal keadaan.

Sementara itu, risalah memburukkan imej Mazlan dijumpai bertaburan di sebuah perhentian bas di laluan perarakan himpunan tersebut. risalah mazlan hasut felda 01

Risalah bergambar itu menggelarkan Mazlan sebagai ‘Penghasut Warga Felda’ dan mendakwa bahawa keluarganya sendiri tidak merestui tindakannya mengkhianati Felda dan menentang kerajaan.

“Semua orang tahu warga Felda adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional.

“Jika warga Felda berjaya dikucar-kacirkan Mazlan Aliman akan mendapat keuntungan politik dalam Pakatan Rakyat,?dakwa salah sebuah risalah tersebut.