Categories
PBT SELANGOR

MB puji inisiatif MPSJ sedia sut lindung diri

SHAH ALAM, 15 APRIL: Inisiatif Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan mendapat pujian Dato’ Menteri Besar.

“Tahniah MPSJ, masing-masing menyumbang yang termampu untuk cuba sedaya upaya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

MPSJ menerusi medium sama semalam memaklumkan pihaknya mengambil inisiatif menjahit pakaian PPE bagi kegunaan Klinik Kesihatan Seri Kembangan dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Inisiatif itu dijayakan 14 sukarelawan terdiri kakitangan MPSJ dan peserta Program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB) MPSJ.

Selain itu inisiatif sama turut dijayakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang menyediakan PPE bagi petugas barisan hadapan Hospital Ampang.

Categories
PBT SELANGOR

MPSJ perketat aktiviti premis makanan

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 8 JUL: Bermula September depan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal memperketatkan aktiviti penguatkuasaan ke atas premis makanan di kawasan pentadbirannya.

MPSJ dalam kenyataannya memaklumkan, penguatkuasaan itu bertujuan bagi memastikan semua pengusaha makanan mematuhi segala syarat kesihatan kebersihan ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

“Premis makanan yang memperoleh gred C dan melakukan empat kesalahan akan digantung lesen minima tujuh hari malah sekiranya melebihi lima kesalahan, lesen perniagaan mereka akan ditarik balik.

“Manakala, premis dengan gred D, lesen perniagaan mereka juga dikenakan tindakan sama (ditarik balik),” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, MPSJ berkata, bagi premis yang lesen ditarik balik perlu membuat permohonan semula di Jabatan Perlesenan dan mematuhi semua syarat ditetapkan.

Antara kriteria kesalahan diambil kira adalah tiada perangkap sisi gris atau tidak digunakan, aktiviti membasuh atau menyediakan makanan di atas jalan atau longkang, melebihi bilangan gerai ditetapkan di dalam premis.

Selain itu, MPSJ turut mengambil tindakan ke atas tiada pekerja tempatan di premis atau penggunaan warga asing tanpa permit sah, pembinaan struktur haram, perangkap sisa gris tidak melalui sistem kumbahan dan tiada tong sampah atau tidak mencukupi.

 

Categories
PBT SELANGOR

MPSJ bersedia dinaik taraf bandar raya

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 APR: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersedia dinaik taraf sebagai bandar raya, kata Yang Dipertuanya, Noraini Roslan.

Beliau bagaimanapun berkata, pada masa ini MPSJ hanya menunggu kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

“Mengikut kriteria yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MPSJ telah memenuhi semua kriteria terbabit.

“Bagaimanapun saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai beberapa pertimbangan lagi kerana Subang Jaya menjadi bandar raya di Selangor jika diberikan penarafan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Pelancaran Program Bestari MPSJ 2019 di ruang legar Pusat Membeli Belah Summit USJ di sini, hari ini.

Katanya, antara persiapan dilakukan termasuk meningkatkan perkhidmatan MPSJ kepada lebih berkualiti.

Walaupun kemudahan infrastruktur MPSJ berada di tahap terbaik pada masa ini namun penambahbaikan sentiasa dijalankan.

Sementara itu pembangunan baharu membabitkan kemudahan sukan seperti stadium tertutup juga giat dijalankan termasuk stadium khas untuk golongan wanita.

“MPSJ juga memperbanyakkan lagi ruang perniagaan dan perindustrian seperti mana sepatutnya dimiliki sebuah bandar raya,” katanya.

FOTO: ASRI SAPFIE (SELANGORKINI)

Categories
PBT SELANGOR

1,000 penduduk bantah projek Subang Ria Park

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SUBANG JAYA, 16 APR: Seramai lebih kurang 1,000 penduduk sekitar Subang Ria Park membantah projek taman rekreasi yang dibangunkan sejak 1988 untuk dikomersialkan pemaju.

Pengerusi Persatuan Subang Jaya, Ir Naicker berkata, mereka mengambil langkah awal dengan membuat bantahan supaya pihak pemaju lebih peka terhadap penduduk di sini.

 

“Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa mengambil inisiatif serta tindakan kepada pemaju di Subang Ria Park supaya ia menjadi sebahagian daripada tempat awam.

“Penjagaan dan penambahbaikan fasiliti akan lebih terjamin jika Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan mengambilalih kawasan ini,” katanya kepada SelangorKini.

Pandangan sama turut dikongsi Pengerusi Persatuan Kejiranan Wangsa Baiduri, Hanif Gordon berkata, pemaju harus kekalkan perjanjian yang sudah termaktub dahulu.

“Kini, pemaju kembali untuk pembangunan komersial dan penduduk akan mempertahankan taman rekreasi ini,” katanya.

Kedua-dua mereka ditemui selepas sidang media pendengaran bantahan rancangan tempatan di Majlis Perbandaran Subang Jaya, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Mengulas lanjut, Michelle berkata, taman rekreasi itu penting untuk keluarga dan masyarakat bagi membina hubungan bersantai.

“Kita perlu menggalakkan aktiviti sedemikian untuk mengekalkan masyarakat yang sihat. Justeru, kita harus memelihara ruang rekreasi ini,” katanya.

Terdahulu, Subang Ria Park seluas 29.39 hektar itu bakal dikomersialkan namun penduduk sekitar kawasan terbabit membantah projek berkenaan.

FOTO: FIKRI YUSOF (SELANGORKINI)

Categories
SELANGOR

MPSJ anjur gotong royong basmi denggi Ahad ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 11 APR: Penduduk di sekitar Subang Jaya dipelawa menyertai Program Gotong-Royong Perdana Basmi Denggi, di Padang Balai Masyarakat JKP Zon 8, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Batu 13, Puchong, pada Ahad ini.

Program anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu bermula jam 7 pagi.

Gotong-royong bersepadu itu turut mendapat kerjasama Skuad COMBI Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD), Jabatan Bomba dan Pernyelamat (Bomba), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) serta pelajar Sekolah Tahfiz dari Kg Tengah, Bukit Lanchong serta Kem TUDM Kinrara.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pelbagai aktiviti diadakan seperti senam robik, pertandingan mewarna kanak-kanak, gotong-royong, pameran kesihatan dan denggi serta semburan kabus (fogging).

“Kita berharap penduduk di kawasan berkenaan akan sama-sama turun padang seawal jam 7 pagi bagi menjayakan program ini selain memberi kebenaran kepada pihak berkuasa tempatan untuk memasuki rumah bagi tujuan pemeriksaan

“Kita mahu memusnahkan tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, sebanyak 99 kes denggi dicatatkan di kawasan Kampung Tengah, Puchong, di sini sejak Januari hingga 7 April lalu sekali gus menjadikannya lokasi denggi tertinggi diterima MPSJ.

 

 

 

Categories
SELANGOR

Menembak cara MPSJ rapat hubungan 

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 16 NOV: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Program Menembak Bersama Agensi Kerajaan dan Rakan Media MPSJ 2017, hari ini.

Pemangku Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali berkata, acara tahunan itu diteruskan bagi membina hubungan dan kerjasama erat berterusan dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan rakan media.

“Kerjasama erat yang terjalin mampu melancarkan lagi perkhidmatan semua agensi terlibat kepada masyarakat.

“Kadang kala hubungan sesama agensi ini ada pasang dan surutnya, namun berharap bermula hari ini kita dapat merapatkan lagi hubungan dan kerjasama antara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Menembak Bersama Agensi Kerajaan dan Rakan Media MPSJ 2017 di Lapangan Sasar, Jalan Padang Tembak, Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah.

Terdahulu, kira-kira 100 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan dan media menyertai program terbabit.

Antara agensi terlibat adalah, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Subang Jaya, PDRM Daerah Serdang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendidikan Daerah Subang, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), SelangorKini, TVSelangor dan Sinar Harian.

Categories
PBT SELANGOR

Cemuhan asam garam laksanakan tugasan

OLEH AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 12 SEPT: Berhadapan cemuhan orang awam sudah menjadi asam garam ketika bertugas sebagai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pembantu penguatkuasa Unit Clamping, Nor Safuan Nordin, 31.

Dengan pengalaman bertugas selama 10 tahun, beliau mengakui perlu ada kesabaran tinggi setiap kali berhadapan situasi sukar terutama menjelaskan kepada orang awam mengenai kesalahan serta sebab sesuatu tindakan itu diambil.

“Setiap hari ada orang marah ketika menjalankan tugas. Dari situ perlu ada kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tugas,” katanya.

Bercerita mengenai kejadian sekitar jam 1 tengah hari pada 6 September lalu ketika bertugas bersama dua rakannya, beliau mengakui tidak menyangka akan berhadapan situasi sedemikian tambahan pemandu berkenaan turut memegang pengunci kereta.

MPSJMenurutnya, tindakan mengunci kenderaan itu dibuat mengikut sekysen dan peraturan jalan raya kerana menghalang lalu lintas.

Katanya, beliau tidak mengenali individu yang merakam kejadian berkenaan sehingga ia tular di laman sosial.

Nor Safuan pernah bertugas di kawasan Subang Jaya selama dua tahun dan kemudiannya ditempatkan di Puchong.

MPSJ mempunyai 286 penguatkuasa secara keseluruhan dan Unit Clamping baru ditubuhkan sejak dua tahun lalu merupakan unit sokongan kepada Unit Tunda MPSJ yang memiliki tiga trak penunda.

Unit Clamping ditubuhkan kerana pelaksanaan undang-undang boleh dilakukan dan diselesaikan lebih cepat berbanding proses penundaan yang mengambil masa lebih lama.

=EZY=

SelangorKini terima Anugerah Liputan Portal Media Terbaik MPSJ 2015


SelangorKini menerima Anugerah Liputan Portal Media Terbaik 2015 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekali gus membawa pulang wang tunai RM250 dan sijil penghargaan

Parkir baharu bantu selesaikan isu letak kereta SS15, SS14

Majlis Perbandaran Subang Jaya memperkenalkan parkir baharu bagi menangani isu letak kereta yang membelenggu pengunjung SS15 dan SS14

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pentas Selangor kejayaan pembangunan Kesenian Selangor – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 01102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Negeri akan menitikberatkan pembangunan bidang kebudayaan dan kesenian seiring dengan kemajuan bidang lain.

2. Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Jabatan Imigresen Selangor (Imigresen) menjalankan serbuan di lima pusat cucian kereta haram di Subang Jaya dan Puchong yang menjalankan operasi dengan mengupah warga asing sebagai pekerja mereka.

3. Orang ramai berpeluang menjelaskan kompaun letak kereta yang dikenakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan harga RM15 bermula 1 Oktober hingga 1 November depan.

Categories
NASIONAL

5 pusat cuci kereta haram diserbu, 16 warga asing ditahan

Cuci 01

SUBANG JAYA 30 SEPT : Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Jabatan Imigresen Selangor (Imigresen) menjalankan serbuan di lima pusat cucian kereta haram di Subang Jaya dan Puchong di sini hari ini yang menjalankan operasi dengan mengupah warga asing sebagai pekerja mereka.

Operasi bersepadu bermula kira-kira jam 2.30 petang itu dilancarkan kedua-dua pihak berkuasa berdasarkan risikan dan aduan awam berhubung aktiviti tidak sah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan mudah.

Kelima-lima pusat cucian kereta haram menggunakan khidmat pekerja warga asing itu dengan menjalankan perniagaan mereka di kawasan tidak dibenarkan seperti siar kaki lima serta kawasan tepi jalan raya.

Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Mohd Rasip Rasul berkata, hasil dari operasi itu pihaknya menyita lima tempat cucian kereta haram manakala Imigresen memberkas 16 pekerja asing iaitu 15 warga India dan seorang Pakistan.

Beliau berkata, pusat cucian kereta haram itu adalah tiga di USJ 1 manakala dua lagi di Bandar Puteri 5.

“Semua pusat cucian kereta di tepi jalan itu adalah haram. Tidak boleh dilesen atau dipermitkan. Kelima-limanya tadi banyak menyalahgunakan air dan elektrik.

“Berpandukan syarat, pusat cucian kereta mesti dibuat di dalam rumah kedai dan tidak boleh bersebelahan dengan restoran dan juga klinik.

“Sistem perairan mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu tidak boleh mengalirkan air keluar ke jalan raya manakala lantai dan dinding dibina daripada jubin,” katanya kepada media selepas operasi membabitkan 38 anggota penguatkuasa MPSJ dan Imigresen.

Cuci 02

Mohd Rasip berkata, MPSJ bertindak mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] iaitu menyelenggara tempat cucian kereta di tempat awam manakala tindakan Imigresen berdasarkan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan kerja.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan Imigresen mendapati semua warga asing itu disalahgunakan pihak tertentu untuk bekerja di tempat itu.

Katanya, MPSJ akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab dalam perkara itu.

“Pada keseluruhannya kes tempat cucian kereta haram bagi kawasan MPSJ sejak Januari hingga kini meliputi Subang Jaya, Serdang dan Puchong, jumlah kompaun ialah RM398, sitaan 38 buah manakala notis tindakan kompaun (NTK) sebanyak lima sehingga petang ini,” katanya.

Semua 16 warga asing ditahan itu dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen untuk pemeriksaan lanjut.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Negeri Terap Konsep ‘Ownership’ Tingkat Ekonomi Desa – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 22072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Strategi pembangunan luar bandar Kerajaan Selangor akan menekankan konsep ‘keempunyaan’ atau “ownership” bagi menjayakan objektif meningkatkan pendapatan penduduk dan membangunkan luar bandar.

2. Berilmu, berdikari dan berkhidmat pada masyarakat.

Demikian adalah antara teras yang diterapkan di dalam aktivis muda Briged Amal Selangor (BASE) supaya anak muda menjadi insan yang berbakti kepada orang ramai samada dalam membantu golongan miskin mahupun mangsa banjir.

3. Tiga premis pusat siber di UEP Subang Jaya diserbu penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya selepas siasatan mendapati mereka menawarkan perkhidmatan judi atas talian.