Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 50,000 terima manfaat pemeriksaan mammogram percuma

SHAH ALAM, 9 DIS: Seramai 53,364 individu menerima manfaat pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL) sejak 2010 sehingga kini, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata daripada jumlah itu bangsa Melayu paling ramai menerima manfaat iaitu 29,225 orang diikuti Cina sebanyak 17,616, India 6,360 dan lain-lain seramai 163.

“Mengikut kajian daripada Malaysia Medical Association (MMA), golongan paling berisiko mendapat kanser payudara di antara umur 50 tahun dan ke atas, manakala golongan berumur 35 hingga 50 tahun adalah mereka yang kurang berisiko.

“Selain itu kaedah pemeriksaan juga ditambah baik dengan menyediakan pemeriksaan biopsi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bernilai sehingga RM2,500 seorang,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Permatang, Rozana Zainal Abidin mengenai perkembangan program MammoSEL dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Dr Siti Mariah berkata mereka yang ingin membuat pemeriksaan boleh memohon secara dalam talian menerusi laman sesawang https://skw.yawas.my.

“Bagi permohonan yang berjaya, pihak hospital yang merupakan panel program ini akan menghubungi peserta untuk menetapkan tarikh janji temu pemeriksaan di hospital yang dipilih.

“Buat masa ini sebanyak 12 buah hospital swasta beserta cawangan telah menjalinkan usahasama sebagai panel bagi program ini,” katanya

Categories
SELANGOR

Selangor terus komited peduli wanita

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 OKT: Seramai 61 peratus peserta program Hijrah terdiri daripada golongan wanita, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, skim mikrokredit itu juga dilihat berjaya meningkatkan tangga pendapatan wanita.

“Kita berbesar hati melihat lebih separuh daripada penerima bantuan modal perniagaan dengan peruntukan RM300 juta oleh Kerajaan Negeri ini merupakan kaum wanita.

“Perolehan pendapatan itu seterusnya meluaskan peluang wanita memperkukuh ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

MAMMOSELMohamed Azmin berkata, hampir 40,000 wanita turut menerima manfaat daripada pemeriksaan percuma mammogram, (MammoSel) setakat 30 September lalu.

“Kerajaan Negeri juga mensasarkan 1 juta rakyat menyertai rawatan asas percuma menerusi Skim Peduli Sihat dengan peruntukan RM125 juta.

“Kesihatan merupakan sebahagian kualiti rakyat, maka wanita perlu diberikan perkhidmatan asas percuma dan juga perkhidmatan kesihatan khusus dihadapi wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran IWB dan Dasar Wanita Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Categories
SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

MammoSel terus dapat sambutan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan wanita di seluruh DUN.

Terbaru, 90 wanita dari DUN Kota Anggerik menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB), baru-baru ini.

Menerusi Facebook, pemeriksaan itu dijalankan secara berperingkat di Saujana Utama membabitkan pelbagai peringkat usia.

Program terbabit dikolalakn Penyelia PWB Kota Anggerik, Fida Viantymala Sakdin di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 18 selama dua hari berturut-turut, pada 18 dan 19 April lalu.

MammoSel yang dilancarkan pada 6 November 2010 bertujuan memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di Selangor.

Program itu ditambahbaik bermula pada 2016 dengan penambahan rawatan susulan ‘ultrasound’ bagi yang memerlukan atas nasihat doktor.

Ia didukung sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Categories
SELANGOR

Program MammoSel terus disemarakkan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 26 wanita dari DUN Bukit Antarabangsa menerima perkhidmatan Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) secara percuma di Hospital Columbia Asia, Setapak, baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program di bawah agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) itu turut mendapat kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dari semua DUN.

“Seluruh wanita di Selangor disarankan untuk menyertai program ini bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

“Kerajaan Negeri amat menitikberatkan soal kesihatan terutama golongan wanita,” katanya dalam kenyataan.

Golongan wanita berusia 40 tahun ke atas layak mendapatkan perkhidmatan itu secara percuma di Pusat Khidmat DUN masing-masing atau hubungi Rantaian Mesra Sdn Bhd untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri meluluskan RM1 juta untuk pelaksanaannya dengan mensasarkan 5,000 wanita menerima manfaat.

Sehingga kini, 22,505 wanita sudah menerima insentif terbabit sejak 2008.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kadar pemeriksaan saringan mammogram naik sehingga RM150

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 28 FEB: Kerajaan Negeri meluluskan penambahbaikan program Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) dengan kenaikan kadar pemeriksaan saringan sehingga RM150.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia meningkat berbanding kadar sebelum ini iaitu RM90 bagi setiap peserta.

DAROYAH - TAWAS“Kerajaan Negeri prihatin dengan cabaran semasa pembekal perkhidmatan yang terpaksa berhadapan keadaan ekonomi lemah, kenaikan harga pasaran, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta keperluan menaik taraf teknologi perubatan masa kini.

“Malah lebih penting adalah rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dan memuaskan,” katanya.

Selain itu, katanya, program itu turut ditambah baik dengan keperluan tambahan pemeriksaan susulan melalui ultrasound dengan had maksima RM100.

“Ia bergantung kepada keperluan dan nasihat doktor terhadap seseorang pesakit atau peserta MammoSel,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

MammoSel, tujuh rakan kerjasama hospital bersatu

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 28 FEB: Program Skim Kesihatan Wanita atau MammoSel yang wujud sejak 2010 akan diperluaskan tahun ini membabitkan tujuh rakan kerjasama hospital seluruh Selangor.

Mereka adalah Majlis Kanser Nasional (MAKNA), National Cancer Society Malaysia (NSCM), Columbia Asia Hospital, BP Healthcare, KPJ Hospital, Darul Ehsan Medical Center (DEMC) dan Salam Medical Center.

IMG-20160228-WA0001Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata inisiatif itu membolehkan wanita menikmati program mamogram percuma secara lebih dekat.

“Kerjasama ini akan memudahkan wanita mendapatkan perkhidmatan lebih dekat dan diharapkan lebih ramai
tampil kehadapan menerima manfaat secara percuma ini.

“Ia sebagai satu langkah pencegahan awal daripada kanser payudara,” katanya kepada Selangorkini.

Daroyah berkata, Kerajaan Negeri juga merancang bersama MAKNA untuk membawa trak mamogram ke segenap kawasan mengikut permintaan.

“Kita juga akan melaksanakan program kesedaran supaya wanita ini diberikan ilmu berkenaan perkara ini,” katanya.

-AA-