Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Rumah Idaman: Kediaman berkualiti pada harga mampu milik – MB

SHAH ALAM, 29 OKT: Pelaksanaan inisiatif Rumah Idaman memberi pilihan kepada penduduk Selangor memiliki kediaman yang berkualiti pada harga mampu milik, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata kediaman itu bukan sahaja lengkap dengan pelbagai kemudahan malah mempunyai persekitaran yang kondusif.

Pada 27 Oktober, beliau mengumumkan pembinaan enam projek Rumah Idaman untuk membantu penduduk yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.

Projek dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam.

Menurut Amirudin setiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000

Rumah Idaman juga dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dua ruang parkir, seunit televisyen dan peti ais serta kabinet serta kabinet selain dibina menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) dan teknologi pasang siap yang mesra alam.

Categories
NASIONAL

32,951 rumah mampu milik siap dibina sejak tiga bulan pertama 2019

CHUKAI, 20 Mei: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyiapkan 32,951 unit kediaman Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata daripada jumlah itu, bilangan tertinggi adalah di Kuala Lumpur sebanyak 7,390 unit diikuti Perak 5,688 unit; Putrajaya (4,999); Kedah (4,815); Selangor (3,777); Johor (1,964) dan Pahang (1,884).

“Pakatan Harapan (PH) sasarkan untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun iaitu 100,000 setahun. Tetapi dalam tempoh setahun sahaja kami telah melepasi sasaran dan telah sediakan 360,000 unit kediaman yang telah dimulakan pembinaan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Pusat Latihan Vokasional dan Teknikal Sistem Binaan Berindustri (IBS) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPKT Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu Dr Alias Razak.

Pusat latihan IBS di Kijal, Kemaman itu adalah yang pertama di negara ini yang dijalankan secara usahasama antara syarikat gergasi pembinaan IBS Dunia, Sany Construction Industry (SCI) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Sebanyak 150 pelatih peringkat pertama akan dipilih mengikuti latihan selama tiga bulan bermula awal Julai depan dengan 15 orang daripadanya ditaja oleh SCI.

Menurut Zuraida, kewujudan pusat terbabit akan melahirkan lebih ramai tenaga teknikal dan pakar dalam industri IBS dalam kalangan anak tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada tenaga buruh asing dalam sektor pembinaan sekurang-kurangnya 40 peratus.

“Dengan teknologi IBS, kita tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai kerana kerja 1,000 orang dapat dilakukan oleh hanya 90 pekerja sahaja. Ini juga akan membantu mempercepatkan pembinaan satu juta RMM yang kita sasarkan dengan kos yang lebih murah melalui teknologi moden serta efisien,” katanya. -BERNAMA

 

 

Categories
SELANGOR

Bina rumah transit & mampu milik di bandar utama Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 DIS: Rakyat menyambut baik usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan konsep rumah mampu milik Selangorku dan menggesa pelaksanaan pendekatan lebih menyeluruh dalam menangani isu membabitkan perumahan di Selangor.

Bagaimanapun, mereka berharap pembinaan rumah mampu milik berkenaan tidak hanya tertumpu di kawasan pinggir atau luar bandar.

tahir saleng38-interviewTahir Saleng, 38, berkata Kerajaan Negeri juga harus menumpukan usaha membina rumah di kawasan bandar utama negeri itu seperti di Shah Alam dan Subang Jaya.

“Tanah di bawah Kerajaan Negeri, bagi saya tiada masalah untuk laksanakan konsep sebegini.

“Persoalannya sama ada mahu tolong rakyat atau hanya buat keuntungan hartanah,” katanya.

Pada masa sama, tindakan bijak Kerajaan Negeri menyelesaikan 51  projek rumah terbengkalai di Selangor turut dipuji.

norlela idris30-interviewMengulas usaha itu, Norlela Idris 30, berharap Kerajaan Negeri akan menggariskan syarat lebih ketat dalam projek pembinaan rumah selain menyenarai hitam pemaju yang mempunyai rekod buruk.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga boleh mengambil inisiatif membina rumah transit seperti dilakukan Kerajaan Singapura.

“Dengan itu, bukan sahaja memberi kelebihan kepada penyewa tetapi mampu memberi keuntungan dan pulangan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

-NFN-