Categories
SELANGOR

Jumlah mangsa banjir meningkat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 NOV: Seramai 618 mangsa banjir daripada 132 keluarga masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan, setakat jam 8 pagi ini.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badlisza Mohd Noor, berkata jumlah itu meningkat daripada 587 mangsa dan 124 keluarga semalam.

Katanya, peningkatan itu disebabkan limpahan air Sungai Selangor sekitar Kampung Asahan ekoran taburan hujan di hulu sungai iaitu di daerah Hulu Selangor.

DAROYAH BANJIR“Di Kuala Selangor ini memang tiada hujan yang banyak, jadi air dari hulu mengalir dan melimpah ke sini.

“Kita sedang mengepam kembali air masuk ke dalam sungai sejak semalam dengan menggunakan tiga pam,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, pusat pemindahan Balai Raya Kampung Asahan mencatatkan penambahan mangsa dengan 41 dari sepuluh keluarga berbanding hanya 11 mangsa daripada dua keluarga, semalam.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Parit Mahang masih kekal menempatkan paling ramai mangsa dengan 388 dari 72 keluarga dan Surau Ladang Tuan Mee pula menempatkan 29 mangsa dari sembilan keluarga.

Pusat pemindahan lain, Masjid Simpang Tiga Jeram juga kekal menempatkan 29 dari tujuh keluarga dan Balai Raya Kampung Bukit Kuching menempatkan 61 mangsa dari 11 keluarga.

Pada masa sama, terdapat 35 mangsa dari 14 keluarga di Balai Raya Kampung Bukit Cherakah dan 34 mangsa melibatkan sembilan keluarga di Balai Raya Kampung Bukit Hijau.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mangsa banjir di pusat pemindahan berkurangan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JAN: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan seluruh negara terus mencatatkan penurunan kepada 31,800 orang berbanding 34,240 semalam.

Di Kelantan, 4,784 mangsa direkodkan setakat jam 8 pagi ini di pusat pemindahan bagi empat jajahan berbanding 5,602 malam tadi.

Kuala Krai merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,522 orang, diikuti Gua Musang (1,681), Tanah Merah (387) dan Machang (194).

BanjirSementara itu, di Pahang, keadaan banjir bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di 106 pusat pemindahan di enam daerah terus berkurangan kepada 21,471 orang berbanding 22,896 orang, malam tadi.

Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang melaporkan mangsa di Pekan masih merekodkan jumlah pemindahan paling ramai iaitu 11,154 orang diikuti Temerloh (4,662), Maran (2,779), Kuantan (1,130), Bera (1,091) dan Jerantut (655).

Manakala, jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 5,545 mangsa daripada 1,562 keluarga, berbanding 5,742 mangsa daripada 1,598 keluarga susulan cuaca baik, sejak semalam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak melaporkan semua mangsa masih berada di 32 pusat pemindahan dengan daerah Perak Tengah menempatkan jumlah tertinggi iaitu 4,409 orang, diikuti Hulu Perak (606), Hilir Perak (304), Manjung (150) dan Kuala Kangsar (76).

banjirBilangan mangsa di pusat pemindahan banjir di Johor pula tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 20 orang, sejak 3 Januari lalu dan ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

Sementara itu, jumlah pengguna yang masih belum mendapat bekalan air adalah 15,468 akaun membabitkan jumlah besar 223,300 atau 6.9 peratus bagi penduduk di Kelantan.

Bagaimanapun, setakat jam 8 pagi tadi, loji rawatan air (LRA) Kuala Balah (Jajahan Jeli) sudah beroperasi semula.

Jumlah terkini LRA yang masih ditutup sepenuhnya di negeri itu adalah lapan LRA daripada jumlah keseluruhan 32 dan satu LRA masih beroperasi separa.

Dari lapan LRA yang ditutup, lima loji tidak beroperasi kerana keputusan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad, manakala tiga buah adalah disebabkan kerosakan di loji.

Di Pahang, jumlah LRA yang masih ditutup sehingga kini kekal lima buah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Jumlah pengguna yang masih belum mendapat bekalan air adalah 7,234 akaun dari jumlah besar 378,800 atau 1.9 peratus dan tiada loji ditutup akibat banjir di negeri lain.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tiga lagi mayat QZ8051 ditemui pagi ini

SHAH ALAM, 31 DIS: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) menjumpai tiga lagi mayat yang dipercayai penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonedia QZ8501 yang terputus hubungan, pada 28 Disember lalu.

Memetik laporan kompas.com. salah satu mayat yang ditemui itu dalam keadaan berpakaian pramugari dan dengan penemuan itu menjadikan jumlah mayat yang ditemui adalah enam orang, sejak semalam.

qzKetua BASARNAS, F Henry Bambang Sulistyo, dalam sidang media berkata, tiga mayat itu dijumpai pada jam 6.06 pagi, 6.45 pagi dan 06.56 pagi waktu tempatan.

Namun, beliua tidak menyebutkan tanda atau ciri khusus pada dua mayat lain.

“Pagi ini, ditemukan tiga jenazah yakni dua lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berpakaian pramugari.

“Kondisi sudah membengkak tapi bisa dikenali,” kata Sulistyo.

Categories
NASIONAL

QZ8501: Jasad ditemui dipindah ke pusat operasi sementara

SHAH ALAM, 30 DIS: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia dikerah memindahkan jasad penumpang pesawat QZ8501 Air Asia Indonesia yang dikesan jatuh di Selat Karimata.

air asiaBeberapa jenazah dilaporkan ditemui di lokasi sekitar 190 kilometer arah barat daya Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Memetik BH Online, anggota penyelamat ketika ini mula memindahkan jasad yang ditemui untuk dibawa ke Pangkalan Bun yang dijadikan pusat operasi sementara.

Kapal Perang KRi Bung Tomo sudah berada di lokasi untuk mengambil mayat yang ditemui serta serpihan yang sebelum ini dikesan di lokasi berdekatan.

Categories
NASIONAL

Pelaburan kayu gaharu Kemboja perdaya mangsa RM15 juta

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 3 DIS: Lebih 1,000 pelabur seluruh negara dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan kayu gaharu Kemboja membabitkan RM15 juta.

Sindiket itu dikatakan didalangi seorang individu dikenali Yap Kim Piow @ Dr Nixon Yap, 43, yang mengaku menggunakan agensi kewangan asing sebagai jaminan kewangan dengan tiga tahun kontrak, yang mana setiap tahun jumlah keuntungan dipungut boleh mencapai 30 peratus.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, skim pelaburan itu disyaki melakukan jenayah kolar putih yang sedang menular di seluruh negara dengan tawaran keuntungan berganda bagi menarik orang ramai menjadi pelabur.

pchee2Beliau berkata, ia disebarkan sebagai pelan pelaburan ladang kayu gaharu berpusat di Kemboja dan pelabur dimaklumkan modal pelaburan mereka dilindungi institusi perlindungan modal antarabangsa-LAPIF (Latin America Private Interest Foundation) sebagai penjamin.

“Ramai pelabur mengadu mereka mengalami kesukaran mendapatkan keuntungan atau bayaran semula modal, manakala ejen bertanggungjawab mempromosikan pelan pelaburan juga mengalami kesukaran menerima komisyen.

“Mereka menyatakan pelan pelaburan ini membabitkan tiga tahun kontrak dengan pulangan tahunan 30 peratus dari modal, selain tiada dividen selama dua bulan, manakala pulangan dividen untuk 36 bulan akan datang adalah 2.5 peratus.

“Bila masalah timbul pada Jun lalu, pelabur dan ejen berusaha menemui dalang di sebalik pelaburan ini tetapi tiada sebarang respon diterima dan sebaliknya laman sesawang www.argrow.biz ditutup, pada 7 Ogos lalu,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

pcheee3Pelabur dari Kuantan, Liang Kam Youn, 56, berkata dia menyertai pelaburan itu pada Oktober 2012 dengan modal RM6,400 bagi nilai pelaburan USD2,000.

“Saya dijanjikan keuntungan 30 peratus untuk 12 bulan tetapi tidak pernah mendapat sebarang pulangan selepas itu. Selepas setahun, saya cuba berhubung dengan ejen dan syarikat pelaburan, namun tiada sebarang jawapan diterima,” katanya yang membuat laporan polis pada Oktober lalu.

Loy Sian berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Petaling Jaya Selatan menerima aduan daripada sebahagian pelabur bersama salinan laporan polis dan beliau sudah mengutus surat kepada Kim Piow bagi mendapatkan maklum balas dan perbincangan berhubung perkara itu, pada 15 Oktober lalu.

pchee1Katanya, surat balasan Kim Piow diterima melalui peguamnya beberapa hari selepas itu dengan satu salinan laporan polis.

Antara kandungan laporan polis itu adalah “Saya tidak tahu menahu tentang wang yang diserahkan kepada individu yang tidak dikenali dan jumlahnya juga tidak jelas. Dengan ini, saya datang ke balai polis buat laporan.

“Tujuan saya buat laporan ini bagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Saya ingin menyatakan di sini bahawa tidak pernah terima sebarang wang berkaitan pelaburan tersebut.

“Saya juga tidak mengenali dan tidak mengetahui individu yang menerima wang tersebut. Saya juga rela disiasat dan saya minta jika pihak saya bersalah, Hee Loy Sian boleh buat siasatan serta tindakan selanjutnya mengikut prosedur yang betul,” katanya.

Skim pelaburan itu dikatakan bermula pada September 2009 dengan catatan pulangan baik pada 2012 dan tahun lalu tetapi mengalami masalah pada tahun ini, yang mana ramai pelabur mengadu mengalami kesukaran mendapat keuntungan atau bayaran semula, bahkan ejen juga sukar mendapat komisyen.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL

MH17: Lebih ramai mangsa nahas dikenal pasti

NETHERLANDS, 16 OGOS: Lebih ramai mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dikenal pasti termasuk 16 daripadanya adalah warganegara Malaysia.

Sebuah portal Belanda, Dutch News melaporkan secara keseluruhan seramai 127 penumpang dikenal pasti setakat ini selepas pesawat itu terhempas di Ukraine, pada 17 Julai lalu.

Pesawat MH17 dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia ketika pesawat berkenaan terbang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

mh066Tragedi nahas itu mengorbankan semua 298 penumpang termasuk anak kapalnya.

Operasi pencarian mayat di lokasi nahas dihentikan sekali lagi pada minggu lalu berikutan pergolakan semakin memuncak berlaku antara Kiev dan puak pemisah pro-Rusia.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia mengumumkan mayat mangsa warga Malaysia bagi nahas MH17 dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 22 Ogos ini.

Sehubungan itu, kerajaan mengisytiharkan tarikh berkenaan sebagai Hari Berkabung Negara bagi seluruh Malaysia.

Jenazah akan dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 10 pagi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Malaysia sudah menerima laporan hasil siasatan awal dua kotak hitam pesawat MH17, lapor Berita Harian.

liow tiong laiBeliau berkata, Malaysia menyerahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk mendedahkan maklumat itu kepada umum serta melakukan siasatan lebih lanjut terhadap kotak hitam itu.

Beliau juga berkata, Malaysia tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk membawa semua mayat kru dan penumpang rakyat negara ini kembali ke tanah air.