Categories
NASIONAL SELANGOR

Tun M akhiri himpunan “Undur Najib, Mansuh GST”

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Kehadiran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi kemuncak perhimpunan ‘Undur Najib, Mansuh GST’ yang berlangsung di Dataran Merdeka.

Beliau yang tiba pada jam 5.20 petang bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut dengan sorakan rakyat.

Dalam ucapannya, Tun Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca masalah sehingga memaksa GST dilaksanakan.

IMG-20160402-WA0002“Dengarlah suara rakyat yang meminta jangan menekan mereka dengan GST.

“Rakyat berasa teruk dengan kesusuahan yang tidak pernah dirasai.

“Saya sendiri rayu kepada Najib jangan kenakan GST. Dia (Najib) tidak peduli malah laksanakan GST untuk bayar hutang.

“Sebab itu kita mesti jatukan Najib. Dia punca segala masalah yang kita hadapi,” katanya.

Katanya, sebelum ini Malaysia berada dalam keadaan baik tetapi kini rakyat turut terpaksa diberhentikan kerja.

“Saya pun kena buang juga,” katanya secara berseloroh dan merujuk kepada pengguguran beliau daripada jawatan Penasihat Petronas baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama beliau turut meminta rakyat menandatangani Deklarasi Rakyat supaya dapat disampaikan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

“Tolong tandatangan deklarasi supaya dapat kita hadapkan rintihan rakyat kepada Raja-Raja Melayu.

“Walaupun tiada dalam Perlembagaan, Raja-Raja dengar suara rakyat. Tanpa rakyat tidak akan ada raja.

“Sebab itu sokongan dan rintihan rakyat perlu didengar Raja-Raja,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL SELANGOR

“Undur Najib, Mansuh GST” berakhir dengan aman

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Himpunan Undur Najib, Mansuh GST berakhir secara aman selepas berlangsung selama tiga jam di Dataran Merdeka.

Meskipun berlangsung dalam cuaca panas, namun ia tidak menghalang hampir 3,000 peserta hadir bagi menyatakan sokongan membantah pelaksanaan GST sejak setahun lalu.

CP2A9855Perhimpunan turut diserikan dengan laungan ‘Undur Najib dan Rosmah’, ‘Bebas Anwar’, ‘Mansuh GST’ dan ‘Rakyat Bangkit’.

Selain itu, para penyokong turut membawa kain rentang dan sepanduk supaya GST dimansuhkan.

Beberapa pimpinan yang hadir adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amana Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Antara kandungan ucapan pimpinan politik Pakatan Harapan menyentuh soal dana RM2.6 bilion, perbelanjaan dan percutian perdana menteri serta penderitaan rakyat yang terpaksa membayar GST.

-AA-