Categories
SELANGOR

MBPJ buka 8 kaunter bergerak, permudah bayar lesen perniagaan

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 30 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka lapan kaunter bergerak sempena Kempen Jom Bayar Lesen 2015 khusus bagi lesen perniagaan dan lesen penjaja.

Datuk Bandarnya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat terutama pada waktu puncak.

Katanya, kaunter akan mula dibuka di Amcorp Mall pada 3, 4 dan 5 November ini diikuti One Utama (11,12 dan 13 November), Sunway Giza (18, 19 dan 20 November) dan The Curve (14 dan 15 November).

jom bayar lesen mbpj 1Kaunter akan turut dibuka di Paradigm Mall (25 dan 26 November), Giant Kelana Jaya (4 dan 5 Disember), Jaya Complex Seksyen 14 (9 dan 10 Dismeber) serta Citta Mall (18 Disember).

“Setiap kaunter akan dibuka bermula jam 11 pagi hingga 6 petang kecuali di Citta Mall yang hanya dibuka bermula jam 11 pagi hingga 3 petang sahaja.

“Usaha ini juga diharap dapat menggalakkan dan memberi pilihan kepada orang ramai untuk ke kaunter berhampiran mereka,” katanya dalam Mesyuarat Penuh MBPJ di ibu pejabatnya, di sini, hari ini.

Bagi pembaharuan lesen penjaja, Alinah berkata, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan di 22 lokasi pasar malam, pasar awam, pasar pagi dan gerai MBPJ yang terpilih.

_MG_3849 (1)“Jika pemegang lesen menggunakan khidmat orang tengah, maka surat turun kuasa yang berkepala surat perlu diserahkan kepada MBPJ.

“Tujuan surat turun kuasa ini adalah untuk memastikan pembaharuan atau permohonan baru adalah diarahkan pemegang lesen dan tidak berlakunya penipuan atau pemalsuan dokumen,” tegasnya.

MBPJ menjangkakan 60,585 lesen akan diperbaharui pada tahun hadapan membabitkan lesen tred dan perniagaan (21,117), iklan (20,032), iklan luaran (220), hiburan (209), anjing (9,412), penjaja (9,495), hotel (42) dan kafe siber (58).

-NFN-