Categories
SELANGOR

MCA didakwa beli tanah RM1 sekaki persegi

OLEH LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 18 SEPT: MCA didakwa membeli tanah milik kerajaan dengan harga RM1 sekaki persegi di Kampung Chempaka, di sini, dakwa Yeo Bee Yin.

Ahli Dewan Negeri Damansara Utama itu berkata, ia dilakukan pada 2007 ketika Kerajaan Negeri masih diteraju Barisan Nasional (BN).

Katanya, tanah berkenaan yang pada asalnya dizonkan sebagai ‘water body’ juga dijual kepada MCA tanpa perlu membayar premium semasa.

“Kita berasa sangat pelik bagaimana MCA boleh memiliki tanah diklasifikasikan sebagai ‘water body’.

“Betapa beraninya BN melakukan perkara sedemikian, malah mereka juga berani membuat permohonan penukaran zon walaupun Kerajaan Negeri kini diteraju Pakatan,” katanya menerusi Instagram @yeobeeyin.

Bee Yin mendedahkan perkara itu ‘kantoi’ apabila MCA membuat permohonan bagi menukar status ‘water body’ kepada status komersial kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), awal tahun ini.

“BN sangat sakit, rakyat diharap menolak ahli politik yang menyalah guna kuasa untuk mengkayakan mereka dan kroni mereka,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa penjualan berkenaan dilakukan menerusi bekas ahli parlimen MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Katanya, tanah itu bernilai sekurang-kurangnya RM400 sekaki persegi dengan nilai keseluruhan RM18 juta namun dijual pada harga RM50,000 sahaja kepada MCA.

“Kami menggesa tanah itu dikembalikan kepada Selangor atau MCA bayar harga semasa tanah berkenaan,” katanya dipetik Malay Mail Online.

Categories
NASIONAL

DAP gesa MCA isytihar aset parti

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 15 MAC: DAP menggesa MCA mengisytiharkan aset dimiliki parti itu dan mendedahkan peruntukan disalurkan kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, tindakan itu bagi membuktikan sama ada MCA benar-benar memperjuangkan kaum Cina di negara ini atau hanya menggunakan wang Kerajaan Persekutuan semata-mata.

“MCA kononnya perjuang kaum Cina sahaja dalam negara ini, jadi saya minta mereka umumkan aset dimiliki secara umum. Saya kaitkannya dengan peruntukan sekolah Cina.

“Dari jumlah aset itu, berapa yang pernah diberikan kepada sekolah Cina? (Kerana daripada) informasi yang saya tahu, MCA tidak pernah mengambil duit poket beri (kepada) sekolah Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong membidas kelewatan kerajaan menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada SJKC dan RM25 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Cina (SMKC) bagi 2016.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Ong Tee Keat keluar MCA

SHAH ALAM, 2 MAC: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat keluar MCA selepas lebih 30 tahun sebagai ahli dan pernah menjadi presiden parti itu.

Ong-Tee-KeatMalaysiakini melaporkan, Ong mengesahkan berita itu yang pertama kali dilaporkan China Press dalam satu mesej teks kepada portal berkenaan.

Menurut laporan itu, keputusan Ong untuk keluar parti berkenaan berkuatkuasa, sejak 2 Januari lalu.

Katanya, beliau merasakan tidak lagi sesuai untuk kekal dalam parti itu dan mengambil keputusan meninggalkannya.

-NFN-

UEC: MCA gagal desak pengiktirafan!

Meskipun diadakan sejak 1975 oleh Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina, Kerajaan Malaysia masih belum mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama atau UEC, seraya membuktikan MCA gagal menyelesaikan isu itu bagi pihak masyarakat Cina.

Categories
NASIONAL

Bawa masuk parti tidak relevan dalam kabinet bukti retorik politik BN

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 25 JUN: Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan penstrukturan semula kabinet dengan melantik pimpinan MCA dan GERAKAN menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata keputusan itu juga membuktikan tindakan berkenaan adalah untuk menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN) selepas penolakan nyata pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang dibela Umno.

undi-bn-end“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’ antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno.

“Pada masa sama, Najib secara tidak langsung mengakui hakikat sejarah negara yang mmepunyai perjanjian sosial dengan mengiktiraf masyarakat bukan Melayu yang mempunyai hak sama daripada segi undi dan pembetukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai yang dilantik ske dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Sementara itu, Pengerusi GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

khalid samadPada masa sama, Khalid berkata, keputusan Najib merombak kabinet tidak akan berhasil bagi meraih sokongan bukan Melayu kerana MCA dan GERAKAN tidak lagi relevan, bahkan BN masih gagal menemui formula bagi mendapatkan semula sokongan bukan melayu.

“Keputusan yang dilakukan Najib juga satu bukti segala percakapan berkenaan penyatuan Melayu dan Umno-PAS adalah retorik kerana ia tidak boleh diguna pakai untuk membentuk Malaysia kerana tidak boleh membabitkan satu kaum sahaja.

“Malah, agenda hudud yang dilaungkan Umno untuk bersama PAS juga retorik dan hanya berniat untuk mencetuskan pergaduhan antara komponen Pakatan Rakyat.

“BN juga dilihat masih gagal memahami kehendak rakyat yang mahukan pimpinan yang telus, adil, bertanggungjawab dan bebas rasuah. Kalau ciri ini tiada, masyarakat tidak akan kembali kepada BN walaupun meletakkan MCA dan GERAKAN dalam kabinet,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Umno usul hudud di Selangor, bila MCA ingin berdemo?

SHAH ALAM, 12 JUN: DAP mempersoalkan MCA sama ada parti itu menentang keras jika Umno terus mengesyorkan hudud di Selangor seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

“Sekarang Umno, rakan mereka dalam gabungan Barisan Nasional (BN) juga membangkitkan supaya hudud dikaji di Selangor. Adakah MCA beralih daripada kempen ‘katakan tidak pada hudud PAS’ kepada ‘katakan tidak kepada hudud Umno’ di Selangor.

“Adakah MCA kini akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama. Yeo Bee Yin yang dipetik daripada BERNAMA.

hududDalam kenyataannya, Yeo berkata, MCA berterusan menyalahkan DAP kerana menyokong PAS walaupun parti itu mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Katanya, MCA terus mengelak untuk mengulas berhubung langkah Umno yang menggalakkan PAS meneruskan usaha itu, bahkan membentuk jawatankuasa teknikal bersama Kelantan.

 

Categories
NASIONAL

Syabas MCA, tegur Umno kawal ahli liar mereka

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 MEI: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengucapkan syabas kepada Pemuda MCA kerana menegur Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya mengawal anggota pergerakan itu ekoran perhimpunan kontroversi mahu membakar ibu pejabat DAP, baru-baru ini.

Khalid berkata, kegiatan kotor dan samseng yang digunakan Umno adalah tindakan terdesak dan salah satu petanda awal kejatuhan Umno sendiri.

“Sabotaj nombor telefon bimbit, twitter, facebook, perbuatan samseng seperti menyerang pejabat DAP di Kuala Lumpur dan Kuantan menunjukkan tanda kejatuhan Umno. Mereka sudah tidak mampu lawan secara sihat dan kawal ahli mereka yang tidak boleh terima parti itu berada di ambang kejatuhan.

khalid samad white pc 03“Saya ucapkan tahniah kepada MCA yang sanggup memberikan peringatan kepada Khairy Jamaluddin supaya kawal sikit tindakan Pemuda Umno dan yakin taktik sistem pesanan ringkas (SMS) ini pun sama juga,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Katanya, tindakkan liar yang dilakukan anggota Pemuda Umno terhadap DAP baru-baru ini hanya mencerminkan Umno sebuah parti ekstrim yang menambah kebencian rakyat.

“Kalau ada yang bersorak gembira melihat pejabat DAP diserang, sudah tentu mereka juga terdiri daripada golongan sama ekstrimis dan suka keganasan dan berlawan tidak menggunakan akal.

“Bagi mereka yang mampu berfikir dan mahu keamanan, sudah tentu tidak bersetuju dengan tindakkan ganas serta memalukan Umno sendiri,” kata.

KHAIRYSejak tsunami politik 2008, Umno yang semakin tertekan dilihat bertambah agresif menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas terhadap pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Malangnya, sehingga kini Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menegur ahli parti itu, seklai gus membayangkan tindakan ganas itu mendapat restu beliau.

Selain itu, sehingga kini pihak polis juga dilihat gagal mengambil tindakan konkrit bagi membendung tindakan samseng penyokong Barisan Nasional (BN) terbabit.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

1. MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

2. Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

3. Pemilihan PKR: Undian Selangor tertinggi, 5 cabang dikira di Ibu Pejabat

4. MBPJ wajibkan 10% bangunan komersil sedia tempat letak kereta wanita

5. Krisis politik Terengganu, PAS negeri adakan mesyuarat khas

6. Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

7. Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

8. Anwar, Azizah kemalangan di Desa Sri Hartamas

9. Krisis Politik Umno Terengganu, balasan rampasan kuasa Perak

10.PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

11.PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

12.JPP Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

13.80 peserta berkonvoi selami kehidupan masyarakat

14.Soccerkids MBSA ungguli Kejohanan Bola Sepak Junior 1MCC-Yamaha 2014

15.Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

16.Hari Muzium Antarabangsa 14-18 Mei tampil pelbagai acara menarik

Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyifatkan alasan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor untuk menumpukan soal hudud adalah tidak masuk akal.

Katanya, alasan itu menjadikan rakyat bosan berhadapan pemimpin politik dan mereka perlu beri alasan yang matang bagi menerangkan kepada rakyat.

“Mengapa begitu sikap pemimpin politik ini, sering memberi alasan yang rendah kualitinya? Selalunya ini yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan mereka. Lebih teruk lagi jika pemimpin ini nanti yang dilantik menjadi menteri.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Jika saya yang dikehendaki berhujah, saya akan katakan melihat kepada keputusan PRU-13, MCA tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan ini.

“Oleh itu, MCA merasakan wajar untuk mengukuhkan dahulu kedudukan parti di kawasan ini daripada bertanding,” kata Agus menerusi laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, alasan Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya kerana MCA dalam proses konsolidasi untuk mengukuhkan parti seperti yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai hujah diplomatik yang baik.

Tinjauan reaksi berkenaan isu itu mendapati bebrapa pihak berpendapat BN sepatutnya memberikan tumpuan menghadapi PRK di Parlimen Teluk Intan berdasarkan demografik pengundi yang seimbang di sana.

Hal itu kerana, majoriti kemenangan DAP di Bukit Gelugor adalah antara yang tinggi dalam PRU-13 lalu dengan majoriti 41,778.

Selain itu, terdapat juga reaksi di kalangan mereka yang percaya Pakatan Rakyat (PR) bakal memperoleh kemenangan mudah di kawasan berkenaan kerana majoriti pengundi Cina menolak BN.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak.

ramkarpalsPenamaan calon hari ini menyaksikan calon DAP, Ramkarpal Singh, akan berhadapan pertembungan empat penjuru yang membabitkan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan serta dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dalam usaha mengekalkan kemenangan mendiang bapanya, Karpal Singh.

Pembuangan undi akan berlangsung pada 25 Mei ini, manakala hari penamaan calon adalah pada 19 Mei.

-NFN-

Categories
NASIONAL

MCA parti ‘Flip-Flop’, tidak kekal pendirian tak nak sertai kabinet

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 10 MEI: MCA perlu menjelaskan pendirian kukuh mereka dalam membuat keputusan menyertai semula Kabinet Kerajaan seperti yang ditegaskan parti itu sebelum ini.

Ia ekoran jurang perbezaan pandangan yang semakin melebar antara MCA dan Umno berhubung beberapa isu mutakhir negara masakini.

UMNO BN 55Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penerimaan MCA ke dalam kabinet Kerajaan hanya daripada ehsan Perdana Menteri.

“Jadi adakah mereka ini punya agenda dua agenda? Satu nak jadi menteri, satu tak nampak boleh bekerjasama dengan BN,” kata Wong Chen ketika ditemui Selangor Kini.

Dalam Pilihan Raya Umum-ke 13, MCA cuma mampu pertahan 7 kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi dalam PRU12 daripada 40 kerusi yang ditandingi.

bn-mcaBagi kerusi negeri, MCA cuma dapat 11 kerusi dalam PRU13, berbanding 31 kerusi dalam PRU12 daripada 90 kerusi yang diperuntukkan oleh BN sehingga istilahkan MCA “parti seven eleven”.

Malahan di Pulau Pinang, Calon BN di kerusi Dun Pengkalan Kota, Pulau Pinang,menerima tamparan hebat dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon, apabila hanya berjaya memperoleh 1,803 daripada 17,468 undi dan hilang wang pertaruhan.

Wong Chen berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ahli PAS di kawasan Kelana Jaya untuk mengadakan ceramah atau taklimat bagi menerangkan soal hudud kepada masyarakat.

“Apa yang penting katanya, soal ekonomi dan sistem pemerintahan sedia ada perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum soal hudud ini dapat dibicarakan dengan lebih luas,” kata beliau.

EZY

JURNAL BERITA – PAS tidak akan sertai BN, tiada agenda tersembunyi kerjasama hudud

1. “Saya tetap terus berjuang di Malaysia walaupun ke penjara”

2. Kompleks Sukan MPSJ berwajah baru, kemudahan bertaraf antarabangsa

3. MPSJ bakal bergelar bandaraya

4. PBT: MPSJ bertaraf 5 bintang, 9 PBT peroleh 4 bintang

5. Diskaun RM20 kompaun letak kereta tertunggak sempena ‘Jom Bayar Kompaun’

6. Dr MAZA: Hudud hanya boleh dilaksanakan dalam suasana bukan kepentingan peribadi

7. Kes APA, kerajaan tidak patut bazir wang rakyat

8. Proses laksana hudud ibarat ‘ingin beli kereta’

9. PAS tidak akan sertai BN, tiada agenda tersembunyi kerjasama hudud

10.MBSA tawar hadiah RM71,000 indahkan lorong belakang Seksyen 7

11.MCA akan timbang kedudukan dalam BN jika Umno sokong Hudud

Categories
NASIONAL

MCA akan timbang kedudukan dalam BN jika Umno sokong Hudud

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu akan mempertimbangkan kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) jika sekutunya Umno bersetuju supaya hukum hudud dilaksanakan.

Beliau berkata, parti berkenaan tetap dengan pendirian supaya kembali kepada prinsip asas Perlembagaan Negara yang dipersetujui sejak BN ditubuhkan tidak kira siapa yang membawa usul perlaksanaan hudud ke Parlimen dan disokong ahli Umno.

Dalam kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau berkata, ucapan itu tidak mewakili BN dan hanya kerana Jamil Khir ahli Umno.

wee-ka-siong-The-STAR“Dalam kes ini, ia bukan pendirian yang dipersetujui BN. Saya boleh nampak lebih daripada separuh ketua parti komponen tidak bersetuju kerana kemajmukan parti dalam BN.

“Kalau berlaku perkara itu, sudah sampai masanya kita kena bincangkan kedudukan MCA dengan rakan sekutu,” katanya dalam Wacana anjuran Kumpulan Karangkraf, ‘Hudud: Bersediakah Kita’.

Sebelum ini, Jamil Khir dalam sesi penggulungan di Parlimen, berkata Kerajaan Pusat bersedia memberikan laluan kepada semua negeri termasuk Kelantan untuk dibawa ke Dewan Rakyat.

-NFN-