MB Arah Pejabat Daerah Kenalpasti Mangsa Banjir – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 08112012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 8 NOVEMBER 2012 :

1. Pejabat Daerah Kenalpasti Mangsa Banjir
2. Kualiti Air Sungai-sungai Selangor Memuaskan
3. Kerajaan Negeri Tidak Pernah Tolak Permohonan Buka Kilang
4. Pelajar Berpeluang Rebut Hadiah RM20,000 Cipta Video Pendek Alam Sekitar

Layari http://www.selangorkini.net

Agensi Kerajaan Diminta Pantau Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh – INFO 12

 

Sinopsis

Info 12 Untuk 07112012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 NOVEMBER 2012 :

1. Agensi Kerajaan Diminta Pantau Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh
2. MBPJ Diminta Ambil Tindakan Tegas Tempat Buang Sampah Haram
3. PBT Perlu Pantau Akaun Kutipan Tapak Pasar
4. Putar Belit Fakta, Nurul Izzah Ambil Tindakan Undang-Undang

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

MB Selangor lancar Portal www.Selangorku.com

SHAH ALAM, 22 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang tadi telah melancarkan portal baru media Selangor di sini.

Menurut Khalid portal ini adalah portal tumpuan bagi semua media-media rasmi kerajaan, termasuk media cetak (Selangorkini), TVS (TV Selangor), dan media internet serta media sosial Facebook dan Twitter.

“Memandangkan kita berhadapan dengan media arus perdana yang berat sebelah, peranan Media Selangorku amat penting. Matlamat Media Selangorku adalah untuk menyiarkan maklumat yang tepat berkenaan usaha-usaha kerajaan negeri Selangor untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor serta mengekalkan pentadbiran yang bersih, cekap dan beramanah.

“Kami yakin dengan pendekatan media dan penerangan yang telus dan berkesan, Media Selangorku akan membolehkan rakyat membuat penilaian yang seimbang berkenaan prestasi kerajaan Selangor.

“Di zaman internet, peranan rakyat sendiri serta wakil-wakil kerajaan untuk membantu menyebarkan dan berkongsi maklumat tepat tidak boleh dinafikan. Dengan usahasama antara semua pihak, kami yakin fakta-fakta sebenar akan tersebar seluasnya.” kata Khalid

Sebelum ini maklumat media internet serta TV Selangor dilayari melalui www.tvsnews.net.

Sehubungan itu kepada pelayar yang melayari www.tvsnews.net akan disalurkan secara terus ke website www.selangorkini.net

www.selangorkini.net yang bermotokan ‘Merakyatkan Informasi’telah melalui tempoh percubaan tiga minggu.

Selain itu www.selangorkini.net juga telah diaplikasi bagi menjadikannya mesra mobile.

Ini memandangkan sebahagian besar rakyat di Selangor dan seluruh negara terdiri dari generasi muda yang banyak menggunakan khidmat internet menerusi penggunaan telefon bimbit.