Categories
NASIONAL

Calon Pakatan Rakyat Padang Rengas Tidak Gentar Tanding Kubu Umno-BN

GRAFIK PERAK PRK 01

GERIK, 5 April : Meskipun berhadapan dengan pemimpin tertinggi Umno-BN di Padang Rengas, calon PKR Dr Meor Ahmad Isharra Ishak yakin semangat dan kebangkitan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat akan membantunya dalam pertandingan kerusi parlimen itu.

Dr Meor Ahmad berkata kempen untuk memecah kubu Umno-BN itu telah dimulakan satu setengah tahun dahulu dengan penubuhan bilik gerakan pilihanraya di kawasan itu.

?Kami yakin sebenarnya khusus di Parlimen Padang Rengas, kalau kita tengok mood atau pun kebangkitan rakyat sekarang ini bukan sahaja di Padang Rengas.

?Secara keseluruhan di malaysia, kita ambil contoh di himpunan rakyat kelmarin pun mood rakyat sangat baik, jadi dari segi mood ini pun kita yakin rakyat secara amnya mahukan perubahan.

?Kita yakin insyallah, parlimen Padang Rengas akan mampu kita menangi daripada calon barisan nasional,? kata Dr Meor Ahmad yang juga merupakan Ketua AMK Perak.

Dr Meor dijangka akan menentang Ahli Parlimen dua penggal di situ, Datuk Seri Nazri Aziz, yang juga Menteri Di dalam Jabatan Perdana Menteri.

Dalam Pilihanraya lalu, Umno-BN berjaya mendahului majoriti undi sebanyak 8,081 UNDI, untuk mengalahkan calon PKR.

Pencalonan Dr Meor Ahmad diumumkan semalam oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Categories
NASIONAL

PKR Calonkan Bekas Laksamana Di Lumut, Ketua AMK Perak di Padang Rengas

pakatan rakyat putrajaya naeem

GERIK, 05 APRIL : Bekas Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid akan bertanding di kerusi parlimen Lumut sebagai calon PKR pada pilihanraya ke-13 nanti.

Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak, diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di kerusi parlimen Padang Rengas.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan pencalonan semula Dr Muhamad Nur Manuty di Parlimen Bagan Serai, Dr Lee Boon Chye di Gopeng dan Mustafa Kamil Ayub di Pasir Salak.

Anwar berkata pencalonan Imran adalah tepat memandangkan populasi pengundi angkatan tentera laut di Lumut dan latar belakangnya yang luas di dalam badan ketenteraan itu.

?Parlimen Lumut ini kita nak letak orang yang paling arif tentang tentera laut, ketenteraan, pelabuhan dan persiapan berkhidmat dan seorang tokoh dalam bidang ketenteraan.

?Laksamana bersara Haji Mohd Imran Abdul Hamid, ini laksamana dia,? Anwar berkata di dalam ceramah siri jelajah merdekannya di Taman Semarak, di sini malam tadi.

Jawatan terakhir Imran adalah sebagai Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam pada itu, Anwar berkata pencalonan Dr Meor Ahmad adalah bagi mengiktirafkan sumbangan doktor gigi tersebut di dalam pergerakkan reformasi.

? Parlimen padang rengas kita kena letak seorang yang berwibawa, tokoh muda, punya kelayakkan, lama dalam perjuangan, lama dalam refomers.

?Iaitu Dr Haji Meor Ahmad Isharra Ishak, dia aktif sekarang ketua AMK perak dan doktor gigi,? kata Anwar di hadapan dua ribu penyokong.