Categories
SELANGOR

Kajian Merdeka Centre: 73% pengadu puas hati tindakan PBT Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kaji selidik yang dijalankan badan kajian bebas, Merdeka Centre menunjukkan 73 peratus penduduk Selangor yang aduannya diambil tindakan berpuas hati dengan prestasi pihak berkuasa tempatan kawasan masing-masing berbanding 25 peratus tidak berpuas hati.

Kajian membabitkan 895 responden yang aduan mereka sudah diambil tindakan oleh PBT itu juga menunjukkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan tahap kepuasan tertinggi dengan 83 peratus, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dengan masing-masing 78 peratus dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 71 peratus.

logo PBTManakala, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memperoleh tahap kepuasan 70 peratus; Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), 69 peratus; Majlis Bandaraya Shah Alam, 68 peratus dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 65 peratus.

Sementara itu, secara keseruhan, 54 peratus daripada 1,648 respoden yang pernah membuat aduan mengatakan aduan mereka sudah diambil tindakan dan berjaya diselesaikan.

Sebanyak 34 peratus lagi sama ada tidak tahu status aduan mereka atau tiada tindakan diambil dan tidak diselesaikan PBT terbabit.

Manakala, 11 peratus lagi menjawab PBT sudah bertindak ke atas aduan mereka tetapi tidak menyelesaikan masalah yang dikemukakan dalam aduan yang dibuat kepada PBT itu.

Grafik-Selangor-PakatanKajian itu juga menunjukkan daripada 1,648 aduan yang dibuat, 23 peratus daripadanya berkisar isu pengurusan sampah, 12 peratus isu sistem pengaliran bermasalah dan 11 peratus berkenaan isu haiwan berkeliaran.

Selebihnya, 36 peratus berkisar penebangan pokok dan pembersihan rumput (10 peratus), kerosakan jalan raya (7 peratus), kerosakan lampu isyarat (7 peratus), kerosakan infrastruktur dan kemudahan awam (5 peratus), kekurangan tempat pakir (3 peratus) dan masalah peniaga serta masalah demam denggi masing-masing, dua peratus.

-NFN-

Categories
SELANGOR

72% puas hati kualiti hidup di Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kajian yang dijalankan badan kajian bebas, Merdeka Centre mendapati 72 peratus masyarakat di Selangor berpuas hati dengan kualiti hidup yang dicapai berbanding 25 peratus tidak berpuas hati dan tiga peratus lagi menjawab tidak tahu atau tiada respon.

Kajian membabitkan 6,436 responden di seluruh Selangor itu diadakan bagi menilai prestasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha menambahbaik prestasi mutu perkhidmatan Kerajaan Selangor kepada rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dalam soalan ‘sejauh manakah anda berpuas hati atau tidak puas hati dengan kualiti hidup dalam masyarakat anda’ mengikut pecahan PBT pula, Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) mencatatkan peratusan ‘puas hati’ tertinggi dengan 78 peratus berbanding 21 peratus tidak berpuas hati dan satu peratus tidak tahu atau tidak memberi respon.

Penduduk Bukit Botak 02Penduduk bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah kedua tertinggi berpuas hati dengan 74 peratus berbanding 23 peratus tidak berpuas hati dan empat peratus lagi tidak tahu atau tiada respon.

Dalam kajian yang dijalankan antara 16 Mei hingga 6 Julai lalu juga mendapati 73 peratus penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) turut berpuas hati dengan kualiti hidup di kawasan masing-masing.

Selain itu, 24 peratus penduduk di dua PBT itu mengatakan tidak berpuas hati dan tiga peratus lagi tidak memberi respon atau menjawab tidak tahu.

Sementara itu, 72 peratus penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) berpuas hati berbanding 25 peratus tidak berpuas hati, manakala tiga peratus lagi menjawab tidak tahu atau tidak memberi respon.

logo PBTMajlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mencatatkan 70 peratus penduduk di kawasan masing-masing berpuas hati dengan kualiti hidup mereka.

Bagi penduduk di MPAJ dan MPS pula 27 peratus dan 28 peratus bagi MBPJ tidak berpuas hati dengan kualiti hidup di kawasan masing-masing apabila diajukan soalan sama.

-NFN-

Categories
SELANGOR

54% setuju ekonomi, politik Selangor menuju landasan betul

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JULAI: Majoriti rakyat Selangor berpendapat hala tuju Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) berada di dalam landasan yang betul.

Hal itu berikutan kajian yang dijalankan Merdeka Centre ke atas 6,436 penduduk di lapan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu mendapati 54 peratus menganggap hala tuju daripada segi sosial, ekonomi dan politik Selangor berada di landasan yang betul.

Dalam kaji selidik yang dijalankan bermula 16 Mei hingga 6 Julai 2014 itu mendapati43 peratus menjawab ‘agak betul’ dan 11 peratus menjawab ‘amat betul’ apabila diajukan soalan ‘sejauh manakah anda rasa bahawa Selangor menuju ke arah yang betul atau tidak betul daripada segi sosial, ekonomi dan politik’.

Grafik-Selangor-PakatanKaji selidik itu juga mendapati enam peratus menjawab ‘tidak betul’, 22 peratus menjawab ‘kurang betul’ dan 16 peratus lagi menjawab ‘tidak tahu’ dan dua peratus tidak memberi sebarang respon.

Kajian yang dijalankan Merdeka Centre itu membabitkan 56 peratus masyarakat Melayu, 29 peratus Cina dan 14 peratus India dengan pecahan pendapatan isi rumah 43 peratus pekerja swasta, 16 peratus kerja sendiri, 15 peratus suri rumah, 12 peratus kakitangan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan, 11 peratus pesara serta tiga peratus pelajar atau tidak bekerja.

Mengikut pecahan umur pula, kajian sama membabitkan 33 peratus responden terdiri daripada usia 41 hingga 50 tahun, 23 peratus pula 31 hingga 40 tahun, 22 peratus (51-60), 12 peratus (21-30) dan 10 peratus adalah 60 tahun ke atas.

Sementara itu, mengikut pecahan pendapatan isi rumah pula, 28 peratus berpendapatan melebihi RM5,000, 26 peratus (RM1,501- RM3,000), 21 peratus (RM3,001-RM5,000), 13 peratus kurang RM1,500 dan 12 peratus tidak tahu atau tiada respon.

MB-Lantik Exco Selangor 03Kajian itu dijalankan bagi pihak seksyen PBT, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk rakyat menilai prestasi PBT secara langsung, sekali gus membantu pihak bertanggungjawab menambahbaik prestasi masing-masing dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Selangor.

Selain itu, kaji selidik berkenaan dijalankan bagi memperkenalkan budaya penyelidikan dan sumbang saran umum sebagai suatu aspek penambahbaikan perkhidmatan awam di Selangor.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lantik Najib : Umno-BN Selangor Sudah Tidak Bermaya – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 27022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 27 FEBRUARI 2013 :

1. Perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor adalah bukti jelas betapa Umno-BN negeri itu sudah tidak bermaya berdepan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.

2. Kajian Merdeka Center mendapati sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mencatatkan penurunan.

3. Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Isnin lalu, secara jelas mengiktiraf sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum itu.

4. Bagi menangani rasuah dan kronisme daripada terus berleluasa di negara ini, Pakatan Rakyat menerusi Manifesto yang dibentangkan Isnin lalu bakal memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) yang akan memberdayakan sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Categories
NASIONAL

Tinjauan Pengundi Mahukan Debat Anwar-Najib

BANGI, 5 MAC : Berdasarkan tinjauan penyelidikan yang dilakukan Merdeka Center baru-baru ini mendapati 54 peratus daripada pengundi di Semenanjung Malaysia mahu menyaksikan perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dilaporkan, 67 peratus daripada hasil undian tersebut terdiri daripada golongan pengundi muda yang bersetuju sekiranya berlaku perdebatan antara kedua-dua pemimpin itu untuk mempamerkan idea dan dasar kepada negara dan rakyat.

Menurut kajian tersebut, sokongan terhadap usul itu mencatatkan undian tertinggi daripada pengundi muda berbangsa Melayu dengan 76 peratus, sementara hanya 39 peratus undian dicatatkan di kalangan pengundi Melayu berumur 60 tahun ke atas.

“Walaupun ada sesetengah pihak yang mengatakan perbahasan (perdebatan) itu tidak perlu dilakukan kerana ia bukan sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia, namun kajian menunjukkan bahawa ia akan membantu pengundi membuat keputusan mereka semasa pilihan raya nanti,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada TV Selangor hari ini.

Antara topik-topik yang menjadi pilihan pengundi untuk dibahaskan termasuklah isu ekonomi (17 peratus), isu semasa dan nasional (9 peratus), kebajikan rakyat dan pembangunan negara (7 peratus) dan kemudian diikuti dengan isu memerangi rasuah sebanyak 5 peratus undi.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center menerusi Penyelidikan Pendapat dilakukan antara 10 hingga 23 Februari untuk  menilai persepsi pengundi mengenai perkembangan semasa politik dalam negara.

“Kajian tersebut melibatkan 1022 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59% Melayu, 32% Cina dan 9% India. Kesemua responden ini ditemubual melalui telefon dalam pengundian. Responden telah dipilih pada asas persampelan rawak berdasarkan etnik, jantina dan negeri,” jelasnya.