Categories
AGENDA NASIONAL

Manfaat penuh dana laksana program mesra rakyat

SHAH ALAM, 23 JAN: Peruntukan khas wakil rakyat melalui Pakej Kita Selangor akan dimanfaat sepenuhnya untuk program kebajikan masyarakat.

Ahli parlimen Shah Alam berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Ahli Dewan Negeri, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan untuk menyelaras aktiviti berkaitan.

Beliau yang menyambut baik pakej tersebut mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri memandangkan wakil rakyat pembangkang sukar memperoleh dana di peringkat persekutuan.

“Di Selangor, saya akui pihak berkenaan memainkan peranan berkesan khususnya dalam menyusun program demi kepentingan penduduk,” kata Khalid Abdul Samad ketika ditemui di sini.

“Kita akan bekerja sebagai satu pasukan supaya pelaksanaan program tidak bertindih selain memastikan masalah yang dihadapi rakyat ditangani segera.”

Pakej Kita Selangor memperuntukkan RM100,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri dan RM50,000 kepada ahli parlimen bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.

 

JURNAL BERITA – MB : Air lombong selamat diminum

Sinopsis

1. MB: Jeff Ooi tiada kuasa minta saya letak jawatan

2. MB: Anak muda perlu rebut peluang tingkat kemahiran

3. MB: Kerajaan tidak berhasrat haram bahan agama bukan Islam di hotel

4. MB: Stadium hoki dibaik pulih setaraf antarabangsa

5. Air Lombong selamat, rakyat tidak perlu gusar

6. Paras air empangan catat peningkatan 1.1%, catuan dilonggarkan

7. Penstrukturan air: Puncak Niaga digesa telus, beri penjelasan kepada minoriti

8. Fokus tingkat kemahiran Badan Pengurusan Bangunan

9. Program Khas Mesra Rakyat beri peluang rakyat kemuka masalah