Categories
NASIONAL

Amaran ribut petir di 3 negeri

SHAH ALAM, 19 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

Ribut petir juga diramalkan berlaku di perairan Selat Melaka, Condore dan Selatan Reef, berterusan dalam tempoh sama.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Suhu sejuk sehingga 17 darjah Celsius dinafikan Met Malaysia

KUALA LUMPUR 14 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah Celsius yang kini tular menerusi media sosial.

Jabatan itu berkata suhu minimum yang direkodkan hari ini (semalam) ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang lazim berlaku pada awal pagi.

“Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga Ahad (esok),” demikian menurut kenyataan itu MetMalaysia.

Jabatan tersebut turut menasihati orang ramai mendapatkan maklumat sahih berkaitan cuaca menerusi laman sesawangnya di www.met.gov.myatau aplikasi mudah alih (myCuaca), laman Facebook malaysiamet, Twitter @malaysianmet dan talian 1 300 22 1MET (1638).

Maklumat yang tular itu antara lain mendakwa berdasarkan ‘Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia’ seluruh negara mengalami penurunan suhu dengan Tawau mencatatkan suhu terendah pada 17.6 darjah Celsius.

Ia juga memberi amaran menasihati orang ramai memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak dan seterusnya membawa demam panas.

=EZY=

 

Categories
NASIONAL

MetMalaysia sahkan penurunan suhu di selatan Semenanjung

 

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 JAN : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan beberapa kawasan di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu manakala Kuala Pilah di Negeri Sembilan pula merekodkan suhu terendah iaitu 21 darjah celcius sejak tengah malam tadi hingga hari ini.

Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, keadaan itu adalah fenomena biasa berlaku terutamanya ketika musim monsun timur laut.

“Cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sejak semalam.

“Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini, stesen meteorologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu 22 darjah Celsius minimum dan maksimum 25 darjah Celsius berbanding suhu biasa 30 hingga 31 darjah Celsius,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada masa sama, mengulas berkenaan isu tular di media sosial mengenai suhu sejuk yang melanda beberapa negeri sejak beberapa hari lalu.

Alui berkata, perubahan suhu itu turut disumbangkan oleh keadaan berawan dan hujan renyai di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta hujan sederhana di Pahang dan Johor.

“Kita jangka keadaan akan kembali normal hari ini selepas hujan reda, namun fenomena ini tidak melanda negeri di utara Semenanjung,”katanya.

Categories
NASIONAL

Angin kencang hingga Ahad

SHAH ALAM, 9 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) di perairan Condore, utara Reef North dan utara Palawan, bermula esok hingga Ahad depan.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, angin kencang dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 4.5 meter itu berbahaya kepada aktiviti perkapalan, perkhidmatan feri serta menangkap ikan.

Katanya, keadaan angin kencang dan laut bergelora turut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

“Ia turut menjejaskan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, selatan Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan selatan Palawan,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, bagi perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, sebahagian kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah dan Labuan, dijangka berlaku angin kencang Timur Laut sehingga Ahad.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula Khamis hingga Ahad depan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Bebas jerebu tapi risiko banjir

SHAH ALAM, 9 MEI: Penduduk di kawasan rendah diingatkan supaya bersedia ekoran hujan lebat tidak menentu termasuk kemungkinan fenomena La Nina yang mendorong kepada banjir.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, taburan hujan pada tahun ini menunjukkan corak tidak sekata dan tidak menentu hingga menyaksikan ada kalanya hujan lebat.

Katanya, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut menunjukkan El Nino yang membawa kepanasan melampau tidak akan berlaku tahun ini, justeru Malaysia dijangka bebas daripada fenomena itu.

“Setiap hari berlaku hujan dan ini membimbangkan, takut hujan terlalu lebat sehingga banjir.

“Seperti kita sedia maklum, El Nino tidak kuat tahun ini, takut sebaliknya berlaku La Nina pula,” katanya lapor BERNAMA.

MetMalaysia juga melaporkan bahawa tiada perkara (cuaca) luar biasa akan berlaku sebagaimana pada 2014 dan 2015, yang dilihat antara pendorong berlakunya jerebu.

Sementara itu, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan 35 peratus penggunaan bahan kimia HCFCs menjelang 2020 sebagai usaha untuk memulihkan masalah penipisan lapisan ozon berbanding 10 peratus pada 2015.

Wan-JunaidiWan Junaidi berkata, HPMP peringkat kedua itu akan memberi fokus kepada pertukaran teknologi menggunakan alternatif bukan HCFCs dalam sektor pembuatan busa serta larangan penggunaan HCFCs dalam pembuatan dan pemasangan sistem pemadam api.

Katanya, penghapusan HCFCs memberi peluang kepada industri di Malaysia bertukar kepada teknologi baru yang mesra ozon dan mesra iklim bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, sekali gus meningkatkan perkembangan ekonomi hijau.

Pelaksanaan pelan itu di bawah kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

HCFCs adalah bahan pemusnah ozon (BPO) yang dikawal di bawah perjanjian antarabangsa Protokol Montreal mengenai bahan yang menipiskan lapisan ozon.

Ia banyak digunakan sebagai bahan penyejuk dalam peralatan seperti peti sejuk, penyaman udara, pembuatan busa dan bahan pencuci.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Waspada peralihan monsun sehingga Mei

SHAH ALAM, 6 APRIL: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap peralihan monsun yang membawa impak hujan lebat, ribut petir dan angin kencing sehingga Mei ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan lemah, sepanjang tempoh itu.

“Lazimnya, kejadian hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang lebih kerap berlaku terutama waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat juga pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak,” katanya.

Katanya, orang ramai diminta mendapatkan maklumat terkini berkenaan cuaca menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, www.met.gov.my, aplikasi mobil-myCuaca, Facebook:malaysiamet, Twitter:@malaysiamet atau MetMalaysia Hotline di talian 1-300-22-1638.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Malaysia dijamin bebas jerebu tahun ini

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 MAC: Malaysia dijamin bebas daripada ancaman jerebu tahun ini, berdasarkan indikasi cuaca, corak angin dan tindakan dirangka dalam memadam kebakaran hutan, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan fenomena El Nino dan La Nina yang membawa hujan serta kepanasan melampau tidak akan berlaku tahun ini.

Katanya, ia dibantu keadaan neutral di Lautan Hindi yang dijangka berterusan sehingga akhir tahun.

“MetMalaysia juga melaporkan tiada perkara (cuaca) abnormal akan berlaku seperti terjadi, pada 2014 dan 2015 yang mendorong berlakunya jerebu.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan mengambil tindakan drastik menghalang masyarakat melakukan pembakaran terbuka bermula bulan hadapan kerana tidakan itu boleh menyebabkan situasi jerebu berkelompok terjadi seperti di Baram, Sarawak sebelum ini,” katanya dipetik Bernama.

Wan-JunaidiPada masa sama, beliau berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) turut membina telaga air tanah di 67 kawasan kering berisiko terbakar manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membina sekatan (check dam) bagi menghalang kebakaran di tanah gambut.

Katanya, tindakan efisien pihak berkuasa Indonesia menambah bilangan helikopter untuk operasi bom air turut menyumbang kepada keyakinan Malaysia bebas jerebu, tahun ini.

“Indonesia juga sudah menubuhkan pasukan petugas khas yang bertindak mencari dan memadam segera kebakaran di kawasan sering berlaku kebakaran hutan seperti di Kalimantan.

“Malaysia juga komited menawarkan pesawat Bombardier untuk digunakan dalam operasi memadam kebakaran,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Angin kencang di pantai timur, Sabah dan Sarawak sehingga Sabtu ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 27 JAN: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sabah (Kudat dan Sandakan) sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

metmalaysia-air-pasangAngin Timur Laut dengan kelajuan 10-40 kmsj dijangka bertiup di Semenanjung dan 20-40 kmsj di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

Sehubungan itu, hujan di kawasan pantai di negeri-negeri Timur Semenanjung, Sarawak iaitu bahagian Mukah, Bintulu dan Miri.

Manakala Sabah, bahagian pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Pada sebelah malam hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan semua bahagian di Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

-nR-

Categories
NASIONAL

MetMalaysia pantau pergerakan debu gunung berapi Sinabung

SHAH ALAM 24 MEI : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terus melakukan pemantauan terhadap pergerakan asap dan debu letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata setakat ini tiada asap dan debu daripada gunung itu sampai ke Malaysia dan sehingga jam 12 tengah hari tadi, tiada letusan susulan berlaku.

“Tiada asap (dan) debu dari gunung berapi Sinabung sampai ke negara ini kerana kelajuan angin di permukaan sehingga paras 5,000 kaki adalah lemah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

SinabungKatanya, MetMalaysia memantau secara berterusan pergerakan asap dan debu letusan gunung berapi itu di kawasan ruang udara (FIR) Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

“Sekiranya berlaku letusan susulan dan asap debu itu memberi kesan kepada penerbangan dalam FIR tersebut, nasihat asap debu untuk penerbangan dikeluarkan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga petang ini

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OKT: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengumumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal akan melanda beberapa negeri sehingga awal petang ini.

Amaran itu dikeluarkan MetMalaysia melalui laman facebooknya dan terdapat dua seksyen yang terbabit iaitu seksyen A untuk Perairan Malaysia antaranya kawasan Selangor, Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan).

Ribut 1Manakala, di seksyen B untuk Perkapalan dan aktiviti ribut petir dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Reef South dan Labuan dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berbahaya kepada bot kecil.

Selain itu, MetMalaysia juga membuat pengumuman akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Bagan Datoh, Perak, bermula jam 9.00 pagi tadi.

MetMalaysia memaklumkan penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren itu kerana ia hanya ujian sisitem.

-NFN-