Categories
SELANGOR

PBT perlu rangka dasar kutip minyak masak untuk kitar semula

Oleh : AFIX REDZUAN

GOMBAK SETIA, 15 MAC: Syarikat Biofuels Sdn Bhd memberikan cadangan kepada Kerajaan Selangor supaya merangka satu dasar bagi membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat kutipan minyak masak di restoran untuk dikitar semula.

Ini kerana kempen kitar semula minyak masak mendapat sambutan kurang memuaskan daripada pengusaha restoran berbanding suri rumah.

2014315112332Pengurus Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels, Ja’far Adullah berkata, perkara ini telah dikemukakan kepada Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong dalam dua perjumpaan sebelum ini memandangkan sehingga kini belum ada cadangan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kita faham PBT tidak ada satu akta, jadi mereka tidak berhak untuk meminta minyak di restoran. Minyak dikira hak milik
restoran.

“Kita minta Kerajaan Negeri buat satu dasar beri kepada PBT kuasa untuk menjalankan kutipan minyak masak di restoran dan dijual kepada kami untuk proses biodiesel,” katanya kepada Selangor Kini.

Jelasnya, program ini mendapat sambutan menggalakkan di peringkat surau dan masjid terutama daripada suri rumah dan ia akan diteruskan di peringkat sekolah bagi mendidik pelajar mengenai kesedaran mengitar semula minyak masak.

“Sepanjang program kita ini, berdasarkan laporan yang dibuat melalui PBT, Alhamdulillah program masjid dan surau ini berjaya.

“Selain daripada masjid surau, kita sudah ada program di sekolah. Ia juga datang daripada rumah kerana kita mengajar anak murid supaya bila mereka pulang ke rumah, boleh maklumkan kepada ibu bapa untuk salurkan minyak masak yang sudah digunakan kepada kita,” katanya lagi.

Ja’far sebelum itu memberikan penerangan mengenai kempen mengitar semula minyak masak kepada 20 orang suri rumah di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.

Bagi Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzuan, berkata pihak Dun sendiri akan menyediakan dua tong khas yang diletakkan di PKM bagi memudahkan orang ramai menyalurkan minyak masak terpakai untuk dikitar semula.

Selain itu katanya, kempen ini akan diteruskan melalui edaran risalah ke setiap rumah bagi memupuk kesedaran masyarakat menjaga alam sekitar.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Asnaf Gembira Tidak Dilupakan Kerajaan Negeri Selangor

Gmbr yb rodziah kuala selangor 03

KUALA SELANGOR, 19 JULAI : Kira-kira 150 golongan Asnaf di sini gembira apabila Kerajaan Negeri tidak melupakan mereka di bulan Ramadan yang mulia ini.

Antara penerima tersebut,  Zaidah Jamil, 65, melahirkan rasa terharunya kerana golongan warga emas sepertinya tidak pernah diabaikan Kerajaan Negeri daripada menerima sumbangan seperti itu.

“Syukur sangat atas bantuan ini. Kalau tiada bantuan ini, tak dapatlah makcik hendak menyambut ibadah puasa dan Aidilfitri dengan rasa gembira,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Anisah Johari, 57, mengucapkan syukur apabila ada pihak yang prihatin untuk membantunya sekeluarga menyambut ibadah puasa pada tahun ini.

Beliau yang mewakili ibu saudaranya itu berkata, wang dan barangan makanan asas yang diterima itu akan digunakan sepanjang Ramadan untuk menampung keperluan harian mereka.

?Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan ikhlas ini kerana ia amat bermakna buat kami sekeluarga,? katanya.

Gmbr yb rodziah kuala selangor 02

Bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian seperti beras, gula dan minyak masak itu disampaikan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail di Balai Penghulu, Masjid Barakah, Kampung Assam Jawa.

Rodziah ketika ditemui berkata, sumbangan itu adalah bagi meraikan golongan kurang bernasib baik bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan selesa dan penuh makna.

“Program ini adalah program tahunan yang dijalankan Kerajaan Negeri di bawah portfolio kebajikan untuk memilih mereka yang berpendapatan rendah menerima sedikit bantuan wang ringgit dan barangan keperluan harian.

“Tujuannya ialah supaya keluarga yang kurang bernasib baik ini dapat menikmati bulan Ramadhan dan Aidilfitri dalam keadaan sederhana,” katanya.

Tambah Rodziah, program ini akan diteruskan lagi di masa akan datang untuk memudahkan Kerajaan Negeri merekodkan bantuan yang sesuai untuk diserahkan kepada keluarga yang memerlukan di negeri ini.

Hadir sama, Adun Ijok, Dr Idris Ahmad.

Gmbr yb rodziah kuala selangor 01